Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Wednesday, December 12, 2012

Tuesday, December 11, 2012

Blogging time cuti..??

slm

Bila cuti kami kaum wanita akan berkejar basuh baju dan menjemur (kejar time tengah panas.. Kalu ujan pening pulak nak jadi kreatif jemur dlm bilik..)

Sambil2 tuh bersarapan dan mengemas dan sambil2 layan anak tgk movie (byk movie yg ambik dr kawan (dia download sebab dia guna unifi) tak tertengok2.. Huhu)

Tgk2 movie sambil belek2 kain baju tak berlipat.. Sambil2 jeling mesin basuh, jeling jam utk memasak.. :)

Kena memasak harini bila si anak mula berkata..

'Lama dah mama tak masak lauk ayam goreng'

'Mama masak ayam kicap boleh..??'

'Boleh.. Sedapnya ma.. '

Kikiki.. Belum masak dah dia kata sedap so kena jugak penuhi permintaan anak kaannn

Tgk2 habis sekerap hari dah hari nih.. Tak sempat nak belek2 tab utk update blog atau blogwalking.. Huhu



#eh.. Tanpa sedar tertaip kat  dan sent ke blog.. Hahaha.. Jadi la kannnnn... Lepas rindu nak mengedate blog.. Kikiki


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, December 10, 2012

Nak Jual.. Ada yg nak beli..??



Salam..

mama pernah citer, bag mama yg kiranya baru lg.. harga bleh tahan mahal (for me) but sudah rosak.. so mama beli yg nih..


yg nih mama punya..

Honestly, mama dah surf kat tenet dan dah ada yg berkenan tp bila gi sana ngan papa, papa tak berkenan ngan pilihan mama, dia berkenan ngan yg diatas (pic). Well, mama beli dan guna la.. but mmg serba tak kena la.. huhu.. rasa cam tak sesuai ngan mama.. huhu.. maybe sesuai utk org lain..

Ni ada mama surf kat google bagi korang lebih jelas ttg bag nih..






Label: Charles & Keith
Bag Type: Shoulder Bag
Bag Style: Casual
Bag Feature: Zip
Material Description: PU
Dimensions(Approximately): 380mm(L)x150mm(W)x260mm(H)


Rasa2nya ada yg berkenan tak..??

Mama beli bag nih dlm awl nov dan hanya guna dlm 2-3 kali jew, harga mama beli Rm179.90 (jika tak silap).. so mama ingat nak jual dlm 150 jew bersertakan dust bag dan byrn pos.

so ada berminat sila PM mama kat email : mmaiman765@gmail.com (Kalu boleh, yg betul2 berminat ye)

thanks u.




~Kalu tak laku, so boleh buat pameran dlm almari jew la nih.. hahaha.. ~


Dugaanmu Dugaanku

Salam

Sampai hari isnin jew.. kompom jadi morning blues.. hahaha

Psl luahan rasa mama ari jumaat lepas tuh.. terima kasih berbanyak bg cadangan dan nasihat.. ikutkan mmg taknak smpai putus sahabat kann.. hari ahad baru ni mama check akaun pun masih dia tak bayar lg so mama rasa mama diamkan jew dulu.. tgk smpi ujung bulan.. maybe dia tengah betul2 terdesak kot.. takper la.. bagi dia peluang lagi sekali.. huhuhu.. #terasa diri ini lembut sgt hati kannn..

Cerita hari minggu.. hhhmmm..

hari sabtu duit terbang beli nih.. terpaksa la beli.. dah penat dah makcik nih.. uhuk.. pernah meroyan kat SINI hahaha



tp sebelum tuh... gi ambik nih.. tgk pic dibawah.. :p

kan pernah tanya pendapat kawan2 sebelum ni.. Entry SINI so mama pilih yg no dua.. boleh la kannn..




Kalu korang tgk picture tuh apa yg korang boleh agak..?? hehe..  papa kena bodek ngan pekerja brother utk tukar mcm2 lagi barang.. huh.. sesungguhnya banyak sungguh godaan.. kah.kah..

Papa pujuk mama utk tukar pesen baru bg no plate tuh psl dia kata tak lawa.. so mama ok jew sebab tak lama kann plus dia nak kuar modal kann.. tp jadi berejam2 pulak psl papa mudah tergoda.. so dipasang mcm2 aksesori lak sebab keta tuh mmg type basic jew mama ambik.. hahaha... mama buat donno sebab mama dah kering tahap ikan kering dah nih.. huhuhu..

mmg pasni smpai ujung bulan kena makan nasi ngan ikan kering jew la kami sekeluarga.. hahaha.. kalu kwn tuh byr atleast boleh la jugak kami mkn nasi ngan lauk ayam.. kannn..:)

tp sapa la kita nih.. perancangan kita takleh lawan ngan perancangan yg diatas kann.. bertabah la kann.. huhuhu








Friday, December 7, 2012

Bila Mama menagih


slm..

pernah luahkan rasa hati disini -  Luahan hati. Sekarang lak jadi penagih.. penagih hutang.. aduhai..

Jika diingat2 malu *malu nak minta2 kann..

Minta ngan dia tengah bulan nov, dia respon baik.. dia nak byr.. tunggu ujung bulan.. so tunggu la kann..

tgk2 dah nak habis minggu pertama dia diam jew.. sms tak reply.. so cara cam nov aritu gak.. msg kat fb pulak.. tunggu any respon from her.. aduhai.. mmg serik dah uols.. buat baik kena berpada2 kann..
laju gak dia reply kat fb, dia bg reason tak menasabah.. tp kekadang dia kena faham jugak erti perjanjian.. dulu janji sebulan jew.. nih dah nak masuk 5bln.. tah la kann..

Rasanya bukan dengan cara berdiam diri utk dia menyelesaikan masalah.. bila ditagih baru sibuk kasi alasan mcm2.. katanya bos siap potong gaji dia.. apasal kena potong kalu takde apa2 dia buat kann..
this time mama takleh nak berdiam diri.. dengan serik, dengan hati tak sedap mama tegaskan jugak, mama nak pakai duit.. ai nak pakai beli mesin basuh yg rosak.. kannn..


update: skrg dia ckp dia terkilan ngan mama.. aduhai.. pelik org2 skrg..


~Nak diluahkan mati kawan, nak ditelan mati akal.. huhuhu..~



Hadiah sebelum krismas

Cuba teka apa dlm kotak tuh... Hehehe..

Ok-ok.. Dlm kotak tuh ada coklat. Buat kunyah2 belah petang.. Almaklum tengah lapar jew nih.. ;)



Hadiah dr company.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Aku ambil serius


Salam..

Setiap insan pasti berbeza dari segi penerima sesuatu benda baru dalam hidup.. lagi2 bila ada arus perubahan kegiatan hidup seharian.. bertambah2 dengan cabaran dari tahap kesihatan individu.. pasti 'tough' bg yg jenis sensitif kan..

me type sensitif.. sebab me selalu fikir jika me melakukan sesuatu perubahan makanya selalunya me kuatkan semangat, kiranya selalu memikirkan risiko jika apa yg diubah tidak mengikut apa yg diidam2kan..

tp bila sudah melepasi tahap 'percubaan' dan rasanya me bukan lah insan yg melakukan sesuatu kerja dengan sambil lewa.. me konsentrate, me serius.. tp..

'mana sy punya surat kompom..??' terdetik dalam minda selepas rakan yg masuk keja lewat sebulan sudah diberi surat penetapan jawatan.. apa yg pelik ialah dia dapat surat penetapan jawatan selepas sebulan lepas dia letak pelepasan jawatan dan dipanggil utk berbincang masalah yg dilakukan oleh insan2 yg takde hati perut disini..

mungkin harus mencari jalan lain kah..?? sudah dua kali diperingatkan tentang tahap 'percubaan' sy sudah pun berakhir.. tp cam dia buat bodo jew.. ke dia bodo..?? #huh.. main kasar pulak bahasa..??

kan sy ambik serius.. salah kah.. itu hak sy.. huh

lagipun insan yg sama2 datang dengan saya sudah dapat surat dia.. so bila lagi saya..?? aduh.. stress ke.. atau patut bersyukur sebab kalu dpt keja lain boleh blah dari sini hanya dua minggu dari dua bulan menunggu.. uhuks.

ahhh.. lapar jadinya bila stress..




~Entry yg mungkin akan didelete bila tahap kewarasan mulai merajai akal fikiran.. buat sementara itu sila teman2 yg baik menasihati insan yg sensitif ini.. ~

Hibah dalam Islam

Hibah dalam Islam

Hibah mungkin suatu yang asing dan jarang di dengar masyarakat Islam di negara ini berbanding zakat, sedekah, hadiah, wakaf atau wasiat. Namun, hibah bukanlah instrumen kewangan yang baru kerana sudah wujud sejak awal Islam lagi.

Hibah ialah suatu akad mengandungi pemberian milik seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Hibah diberi atas dasar kasih sayang sesama manusia.

Hibah dibolehkan sama ada kepada ahli keluarga (waris) atau bukan ahli keluarga, hatta kepada bukan Islam. Islam juga tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan kerana harta yang hendak dihibahkan daripada milik pemberi hibah.

Terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan. Walaupun begitu, jika harta hendak dihibahkan kepada anak-anak, Islam menggalakkan ia dibuat secara adil.

Jumhur ulama Hanafi, Maliki dan Syafie berpendapat, sunat menyamakan pemberian antara anak. Melebihkan pemberian kepada seorang daripada mereka adalah makruh hukumnya, walaupun pemberian itu sah. Menurut mazhab Hanbali, keadilan dalam pemberian hibah kepada anak adalah perkara yang wajib.

Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan selepas memenuhi empat rukun hibah iaitu pemberi hibah (al-Wahib); penerima hibah (al-Mawhub lahu); barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub) dan sighah iaitu ijab dan kabul. Setiap rukun itu pula mempunyai syarat tertentu.

Disyaratkan pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian, sempurna akal, baligh, mestilah tuan punya barang yang dihibahkan dan mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya. Penerima hibah pula boleh terdiri daripada sesiapa saja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta.

Penerima hibah yang belum akil baligh, kanak-kanak atau kurang upaya, hibah boleh dibuat melalui walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah juga disyaratkan boleh memegang, menguasai atau mengawal harta dihibahkan.

Barang atau harta yang hendak dihibah hendaklah barang atau harta yang halal, mempunyai nilai di sisi syarak, milik pemberi hibah, boleh diserah milik dan benar-benar wujud semasa dihibahkan.

Barang atau harta yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan daripada penggadai atau peminjam. Manakala, sighah hibah disyaratkan ada persamaan antara ijab dan qabul serta tidak bersyarat.

Menurut mazhab Syafie dan Abu Hanifah, penerimaan barang (al-qabd) adalah syarat sah hibah. Al-qabd bermaksud mendapat sesuatu, menguasainya dan boleh melakukan tasarruf terhadap barang atau harta itu.

Ertinya, akad hibah tidak sempurna dan tidak berkuat kuasa jika sekadar ada ijab dan kabul semata-mata, melainkan selepas berlaku penerimaan barang oleh penerima hibah. Oleh itu, pemberi hibah berhak menarik balik hibah selama mana harta berkenaan berada dalam pemilikannya.

Jika berlaku kematian antara salah satu pihak sebelum penerimaan barang, maka hibah terbatal.

Bagi harta tak alih seperti rumah dan tanah, al-qabd boleh berlaku dengan cara mengosongkan harta itu, menguasainya dan melakukan tasarruf terhadap harta seperti menyerah kunci dan seumpamanya. Bagi harta alih pula, al-qabd boleh berlaku dengan cara mengambil harta itu, memindah atau mengasingkan harta dengan harta lain.

Satu kelebihan hibah berbanding wasiat, seorang boleh menghibahkan hartanya kepada waris atau seseorang lain semasa dia masih hidup dan jumlahnya tidak terhad. Berbanding wasiat, kadar yang boleh diwasiatkan terhad satu pertiga daripada keseluruhan harta dan tidak boleh mewasiatkan harta kepada waris yang tidak berhak menerima pusaka kecuali dengan persetujuan waris lain.

Deklarasi hibah perlu dibuat secara bertulis, dengan khidmat peguam syarie bertauliah, supaya dokumen itu tidak berlawanan dengan hukum syarak dan undang-undang. Hibah secara bertulis atau sempat dilaksanakan semasa pemberi hibah masih hidup mungkin tidak mendatangkan masalah.

Jika isu mengenai hibah timbul selepas pemberi hibah mati dan hibah tidak dibuat secara bertulis, pengesahan status hibah perlu di buat di Mahkamah Syariah. Masalah mungkin timbul ialah saksi tidak cukup, saksi sudah meninggal dunia atau kesaksian yang tidak konsisten.

Hibah dapat membantu ekonomi umat Islam, merapatkan ikatan persaudaraan dan pertalian kasih sayang sesama insan. Konsep hibah wajar disuburkan kembali dalam kehidupan masyarakat masa kini.

Kata orang, harta tidak boleh dibawa mati. Namun, disebabkan harta yang tidak diurus dengan baik berdasarkan peraturan dan hukum Allah semasa hidup, maka roh si mati tidak aman di alam kubur, lantaran waris yang masih hidup berebut sesama sendiri.

HIBAH

* Hibah dibolehkan sama ada kepada ahli keluarga (waris) atau bukan ahli keluarga, hatta kepada bukan Islam.

* Jika harta hendak dihibahkan kepada anak, Islam menggalakkan ia dibuat secara adil.

* Empat rukun hibah iaitu pemberi hibah (al-Wahib); penerima hibah (al-Mawhub lahu); barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub) dan sighah iaitu ijab dan kabul. Setiap rukun itu pula mempunyai syarat tertentu.

* Penerima hibah yang belum akil baligh, kanak-kanak atau kurang upaya, hibah boleh dibuat melalui walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya.

* Barang atau harta yang hendak dihibah hendaklah barang atau harta yang halal.

Oleh Tuan Musa Awang
Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan boleh dihubungi melalui e-mel sekretariatpgsm@yahoo.com


copy paste dr SINI



~Sekadar pengkongsian ilmu.. Salam jumaat yg barakah teman2.. ~

Thursday, December 6, 2012

PR1MA

salam..

Jom pakat2 check dan register kat SINI bagi mendapatkan rumah bagi golongan tak mampu atau sederhana.

ok nak share kat sini..




Apa itu PR1MA?
PR1MA (Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia), adalah satu program Kerajaan untuk
menggalakkan pemilikan rumah yang lebih meluas, terutama sekali di kalangan kumpulan gaji pertengahan, dengan menyediakan lebih banyak perumahan dengan harga berpatutan di bandar-bandar utama di seluruh negara.


Adakah PR1MA sebuah pemaju perumahan, penyelaras program atau pihak berkuasa bagi
pembangunan-pembangunan perumahan tersebut.
  • PR1MA akan menjadi satu pihak berkuasa yang akan membangun, mengurus dan mengendali rumah mampu milik PR1MA yang dibina di bawah programnya.
 Unit PR1MA, di bawah Jabatan Perdana Menteri, juga akan memberi sokongan dalam memperuntukkan rumah-rumah yang dibina oleh pihak swasta, yang telah menerima bantuan daripada Kerajaan.
  •  Struktur organisasi PR1MA adalah tertakluk kepada keputusan dan kelulusan Kabinet serta akta yang berkaitan yang akan dibentangkan di Parlimen. Satu pengumuman rasmi akan dibuat kelak.



  • Nak tau lebih lanjut baca kat SINI


    ~Nak check kot2 cukup syarat memohon.. hehehe.. jom... ~


    Diamonds

    Retis mesti la suka diamonds kannn... hahahaha






    Rihanna - Diamonds




    ~Retis-retis pun bila mesin basuh rosak.. kena gak membasuh tangan.. hahahha.. #sofunny.. :) ~

    Bila mesin basuhku rosak


    Salam..

    Bagi sapa2 yg pernah kena/ditimpa masalah cam mama sure pening kann.. dah dekat seminggu dok tgk timbunan baju kotor dan takde/kurang tenaga nak membasuh tangan.. mama usahakan basuh tgn... ambik sikit2 kain, rendam seharian dan bila balik keja terus basuh.. tp tetap menimbun... haiii pening tau..

    Punca kerosakan sudah dikesan...


    habis wayar digigit cikti.. suka benar dia eks.. huhuhu

    
    Sebelum nih mesin basuh kat dlm bilik air mama.. jadi sempit dan kompom la terkena air bila mandi manda... kami usahakan letak kat luar.. kat balkoni belakang.. tgk2 laluan cikti la pulak.. dah letak dah racun tp tak jalan.. kebal sungguh..

    Ada tak org yg pandai baiki mesin basuh jenis samsung automatik.. kalu boleh area puchong arr.. tp kena kasi specifik rega dulu.. takmo cam dulu.. kata dlm rm250 last2 kena rm400.. mana nak cekau duit weiii..

    tp.. semalam dah gi survey mesin basuh baru.. ai ckp target mesin basuh manual jew.. sebab takde bajet nih.. tgk2 terberkenan ngan yg nih.. huhuhu...




    ada kawan2 pernah guna ke..??? ok ke..?? yg berkenan tuh sebab ada cam alat filter air kotor.. sebab kawasan sini mmg air dia kuning.. sakit hati nak kena basuh/belek baju2 warna putih.. ceh.. dasar pemalas eks.. kikikiki..

    :p


    Kata Mama : Please bagi rekemen mesin basuh jenama yg terbaik yg tahan lasak, kalu boleh yg anti-rat.. ada kann..?? please.. please.. makcik terdesak nih.. :p


    Wednesday, December 5, 2012

    Didik Anak Hargai WANG!

    WANG ANDA: Didik Anak Hargai WANG!
    Oleh Irfan Khairi




    Baru-baru ini di kaca TV, saya ditanya soalan, "Bila kah masa yang terbaik untuk mula mendidik anak mengenai kewangan?". Jawapan saya adalah "Seawal yang mungkin"

    Dalam soal kewangan, keluarga memainkan peranan penting. Tidak cukup, seorang isi rumah sahaja yang peka dengan kewangan, tetapi sekiranya suami, isteri atau anak-anak tidak mengambil berat soal menjaga kewangan keluarga, pastinya gagal juga mencapai matlamat kewangan anda.

    Dalam hal ini, komunikasi bersama keluarga soal kewangan diperlukan. Sudah berlalu zaman "tak baik cakap pasal duit" dalam isi rumah. Suami dan isteri perlu tahu apa matlamat kewangan masing-masing, dan anak-anak juga patut ambil tahu kepentingan kewangan dalam keluarga.

    Ketika anak masih kecil, biasakan sikecil menabung. Tidak semestinya mereka tahu jumlah wang, tetapi memadai apabila anda pulang dari rumah, dan mempunyai beberapa duit syiling dalam poket, berikan kepada anak kecil anda untuk masukkannya ke dalam tabung. Setiap hari, ibu atau ayah pulang dari rumah, anak memasukkan duit syiling ke dalam tabung.

    Apa akan terjadi adalah, ia akan membiasakan anak anda menyimpan wang apabila diberi peluang. Memasukkan syiling ke dalam tabung akan menjadi tabiatnya sejak kecil lagi.

    Apabila anak semakin besar, beri peluang kepada anak untuk mula "buat duit" dari rumah. Mungkin tidak dengan cara aktiviti rutin harian seperti membasuh pinggan mangkuk selepas makan malam atau keluar buang sampah dan memebersihkan rumah- kerana aktiviti ini sepatutnya menjadi aktiviti keluarga. Tetapi, dengan memeberi upah pada kerja-kerja yang mungkin dilakukan seminggu sekali seperti mencuci kereta, mengemaskan laman dan lain-lain.

    Baru-baru ini, ada sepasang ibubapa memberitahu saya, anak mereka selalu boros dan meminta wang untuk membeli itu dan ini. Sehingga mereka membuat satu system di mana, anaknya itu perlu membuat kerja di rumah dan memperolehi pendapatan sendiri untuk membeli barangannya.¬ Apa yang terjadi adalah, apabila diberi upah dan wang yang dikumpulkan cukup untuk membeli barang yang diinginkan, anaknya itu tidak jadi membelinya. Dengan alasan, dirinya rasakan sayang membelanjakan wang yang dikumpulkan dari usaha sendiri! Misi selesai!


    SUMBER: EMAIL.




    ~Satu ilmu berguna buat kita mendidik anak2 dalam berjimat cermat dan pandai menguruskan kewangan.. ~






    Nak tengok Perempuan Cantik..??


    Slm.

    Pagi2 borak ngan adik sebelah... dia rupanya bekasan blogger.. hehehe.. dia ckp dulu dia ada blog pasal dia suka blog2 kecantikan dan sebab suka tengok perempuan cantik.. hahaha.. dia suka follow blog yg penulisnya perempuan cantik, dia suka baca psl tips2 kecantikan.. tp skrg dah pencen katanya.. hihihi

    Rasanya itu adalah lumrah.. ye dak..?? sebab semuanya nak cantik dan fanatik utk lebih cantik.. hahaha.. bukan la bermakna kami nih lesbian... aduhai.. :)




    kalu korang tgk keywords blog mama nih.. sure korang nampak.. ada ke patut.. huhuhu
    'saya lesbian di malaysia' ayoyooo.. karabale.. 

    apakah..?? macam2 eks korang surf.. last2 masuk ke dlm blog mama lak.. huh. sudahnya berduyun2 (2-3kerat pun kira berduyun2 ke..??)... nnt org ingat ai lesbian lak... kiki.. tolong la wei.. ai nih original taste to men ok.. eh.. broken english tul kann.. omg..

    selain suka tgk perempuan cantik.. kami jugak ada berminat ngan kereta2 ala-ala mewah.. almaklum materialistik.. aduh.. *statmen gempak uols.. huhuhu..





    ~Pilihan yg manakah akhirnya dipilih... ???hhmmmm...
    mungkin  yang sedang-sedang jew.. :P ~



    Tuesday, December 4, 2012

    Antara Honda, Toyota dan Nissan.. Mana yg akan dipilih..??

    honda city
    vios tuh.. :p
    almera.. dengar2nya besar dan luas dalamannya..

    Perem nih dr dulu suka berangan..

    masa belajar dok bayangkan akan sambar CRV sebijik, rumah banglo sebijik, dan laki cam aaron aziz sebijik.. auwww.. hahaha #yg tang laki sebijik aaron aziz tuh tipu.. tak kenal lg dulu.. hahaha.. tp suka yg ketak-kretak la kunun..:) skrg dpt nan ado.. ketak2nya sukar nak dikira u.. kikiki.. *mati mama sukasuki kutuk laki sendiri.. :)

    Eh.. jom terus berangan.. hahaha..

    Geram eks.. ujung2 tahun nih banyak tul promosi keta2 baru nih.. dah la ai nih br masuk keja sini.. tunggu kompom dulu boleh tak.. kahkahkah..


    ~Nih la lebih kurang TEASER mama.. hehehe.. kunun2 GEMPAK tuh.. :) ~

    2 tahun | BE Mama Yana






    Perlu ke letak/pamer BE yg kita dpt..?? nak tunjuk ke wlpun berbulan2 tak bergerak2.. hehehe
    malu ma..
    tp itu la realiti eks.. sudah 2 tahun berblog dan hasilnya itu la.. jadi la dr takde eks..

    :)





    2tahun..?? ada yg tak puashati ngan mama..?? ada yg kenal..?? atau ada yg tak kenal.. obviously yg tak kenal la kann.. takpe.. nama pun blog personal so banyak merapu dari yg mendapatkan faedah.. hehehe






    ~Simpan jew BE tuh biar jadi juta-juta.. kikiki.. #tah bila la kannnn.. :p ~







    Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


    muah... muah.. ;)


    ****************************

    Permulaan Jatuh Cinta

    Slm

    Apa salahnya setelah diam seribu bahasa semalam.. hari nih sy bercerita panjang sedikit.. hehe.. cerita pasal permulaan sy jatuh cinta...



    pic from google.


    Yer tuan-tuan puan-puan.. Permulaan sy jatuh cinta pd blog bermula lebih dr 2thn sebelum terciptanya blog mamayana ini sendiri.. Sy jadi si anoymous yg membaca setiap coretan dengan minat, menyiakan dlm hati, menitiskan airmata dlm diam..

    Tp sy anoymous yg baik yer.. Dlm erti kata menbaca tanpa mengomen.. Kalu komen karang kena carut lak kann.. Org sure nak tau empunya diri kannn.. So jadi pembaca setia la gitu.. ;)
    Enjoy sekali dan terasa seakan satu kehilangan (mising) kalu tak baca a few blog fav ai masa tuh.. Hehe

    Teringin sekali mengikuti setiap entry yg ada... Teringin mengetahui lebih mendalam setiap apa yg diutarakan.. Teringin nak menyapa, teringin nak disapa teguran kita.. Huhu #cam lg teringin lak kannnnn ;)

    Lama2 keinginan menjadi kian menebal, ku kuatkan semangat, ku kekalkan tekad... Blog akan aku ciptakan.. Wlpun mmg takde ilmu, tak tau apa2 ttg blog, yg pastinya 'aku mahu ada blog jugak.. Tak kira..' Hahaha

    Masa tuh sy tak kenal pun apa itu 'google' 'blogger' 'url' 'BE' 'nuffnang' malahan sapa2 blogger hebat dlm dunia blog itu sendiri.. Cinta sy jatuh pada blog ibu2 yg bercerita tentang anak, ttg kerja, ttg kehidupan seharian atau sekeliling.. Tak la kiranya gah sgt tp disebabkan sy sendiri hidup dlm ruangan sebegitu so sy jatuh hati. Mudah jatuh hati eks..??

    Dengan blog sy temui ilmu baru, sy tau mengunakan google, sy buka minda utk memahami bahawa hidup ini tidak hanya ttg kita sahaja.. Malah banyak lg yg boleh kita teladani utk menjadi lebih baik..
    Ye.. Sy nak jadi insan yg lebih baik.. Byk yg kurang dlm diri ini, mengenali teman2 yg baik, teman2 yg lucu, teman2 yg memahami atau sehaluan membuat sy lebih tenang dan bahagia.. Erti bahagia banyak cabangnya kann... Alhamdulillah.. ;)

    Terima kasih buat yg menjadi pencetus minat (maaf tak dpt nak di senaraikan.. Terlalu banyak sekali) tp rasanya ada yg sedar mungkin dia adalah orgnya.. Hehehe.. Tak kisah sapa orgnya sedar atau tidak kini sudah 2 thn blog ini hidup.. malah sy sendiri pun tak pernah terfikir begini lama sy ada dlm dunia penulisan blog ini..

    Dulu masa remaja, mmg ada minat kunun2 menulis cerpen, minat nak jadi penulis novel (poyo jew). Dan sy selalu mulakan dengan kununnya dgn tulis madah, puisi hati la.. Kelakar jew tak sangka jadi penulis blog wlpun blog ai tak fames u.. Kikiki.. Jadi la kannn

    Terima kasih bg yg selalu komen, yg sudi follow dan ada jadi friendlist kat fb kita.. Hehe.. Kat twitter pun ada gak.. Wlpun nan ado sgt sy kat situ.. Hehe

    Doakan kesejahteraan sy, famili sy, kehidupan sy, apa yg sy cuba lakukan sepanjang sy diberi peluang oleh ilahi.. Moga2 apa saja kesilapan sy pohon dimaafkan, mmg sy tak pernah dpt lari dr membuat silap.

    Ttg jangka hayat blog, mungkin ada lagi atau tidak tahun depan, sy sendiri tak pasti, bergantung pd ilham atau tahap kemerapuan sy mcm mana la kann.. Hahaha.. kalu ada yg undi atau ada yg suka insyaallah kita boleh sambung lg episod br.. Hahaha #apakaumerapunihbedah..??

    Hhhmmm.. Sy ingat nak cuba pasnih utk update entry yg lebih bermanafaat semetah usia tuan blog yg kian meningkat bukan kian ke mudabelia.. Hehe.. Entry yg kurang emo, entry yg sejuk mata memandang gitu.. ;)

    Officially.... Sudah dua tahun.. huhuhu.. bahagia, duka, ketawa dan airmata.. :)



    *cam seronok lak cite psl bagaimana sy jatuh cinta pd blog nih.. Kalu tiba2 sy update versi ke dua.. Korang baca jugak tau.. Jgn emo2 tau.. Hahaha.. luv u... ;p



    Terkedek2 update blog.. 'haaaiiii uols...'


    slm..

    semalam kita tak update blog.. pasal demam uols.. huhu.. *ada yg rindu ke..?? hehehe

    masuk2 office, komputer sudah bertukar baru.. guna window 7 lak.. so kena berbelek2 dulu lak yer.. hahaha..









    Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


    muah... muah.. ;)


    ****************************

    Saturday, December 1, 2012

    Kisah Retis Lagi



    dilayangkan dengan penuh harapan moga2 disayangi dan dikasihi
    Saje2 hantar pic to hubby.. time sengal2 la tuh.. hahaha..


    dia reply.. aauuwww..

    kikiki.. perasan retis.. takleh blah kannnn

    #pengsannnn... :)



    ~Entry auto schedule.. sabtu nih ada hal yg gempak uols.. hahaha.. nnt kita cite2 dlm nih yer.. ada yg nak tau ke..?? kikikikiki.. ~

    Friday, November 30, 2012

    Punca Rezekiku








    Salam..

    Sudah dua tahun, mungkin ramai sudah mengenaliku.. #muntah color blocking eks.. hahaha

    *tak caya blog mamayana dah dua tah eks.. :)

    Hari ini ingat nak buat perdedahan sikit pasal kerjaanku hari2, minggu2, bulan2. hehehe. Bukan la kerja yg istimewa apapun, biasa2 jew.. bukan kerja senang dan jugak bukan kerja susah.. eh.. kalu la hari2, minggu2, bulan2 kerja senang.. mmg takde erti stress dalam hidupku.. hahahaha

    Kerja sekarang banyak beza dengan dulu, tp dulu2 pun pening2 jugak.. hahaha.. tp cite yg sekarang sudah.. sebab apa nak cite.. sebab sekarang pening2 lalat buat kerja belum pernah buat dan sekarang kena pecah2 lemak utk faham camne benda nih nak siap.. hahaha.. kompom pasni terer arr.. kah-kah-kah..

    skrg berbekalkan motivasi 'KITA TENANG KITA MENANG' insyaallah.

    Apa yg sebenarnya tugasan mama kena buat..??

    ok.. nih dia penjelasan bg pic diatas.. skrg mama kena siapkan ramp (laluan yg menghubungkan dr level bwh ke atas.. ala yg korner baring tuh).. nih proses bukan senang tau.. hahaha.. mama kena design acuan yg sesuai utk bina ramp tuh.. :)

    org bahagian engineering/construction tau arr benda nih..:)


    kena siapkan setiap level mcm nih.. yg nih level 1 ke level 2

    skrg kena siapkan dr level 2 ke level 11..

    mampu ke ai nih uols.. huhuhu



    ok sambung keja.. tak siap karang.. buat cincau2 runtuh lak ramp ai.. hahaha



    :p







    Amalan Mulia


    klik pic utk lebih jelas

    sumber: email.




    ~Jom sama-sama mencontohi amalan baik ini.. Dan last but not least.. Ucapan Selamat Hari Jadi ke 36 buat saudara BEN ASHARI.. moga teruskan berblog dan berjaya dalam apa jua cabaran dan dugaan serta berbahagia didunia dan akhirat. ~



    --------------------------------------------------------------------------------
    ♥ THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥
    --------------------------------------------------------------------------------

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...