Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Friday, November 11, 2011

Terbiar tepi tandas | Siyes.. sian


Terbiar tepi tandas
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my



COMEL...Sofea ditemui menangis ketakutan malam Sabtu lalu.

MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah menangis ketakutan ditinggalkan bersendirian di tepi tandas lelaki di pusat beli-belah Mahkota Parade dekat sini, malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilihat ditinggalkan seorang lelaki sebelum ditemui kakitangan pusat beli-belah berkenaan.

Kakitangan terbabit menunggu beberapa ketika, namun tiada sesiapa tampil mengambilnya sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada pengawal keselamatan.

Pengawal keselamatan turut membuat pengumuman bagi mengesan penjaga kanak-kanak terbabit, namun tiada yang tampil sebelum menghubungi polis.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah, Rozana Ngawamin berkata, kanak-kanak seberat 11 kilogram itu diserahkan kepada polis kira-kira jam 11.45 malam pada hari kejadian. Katanya, polis kemudian membuat laporan sebelum membawa kanak-kanak malang itu ke Hospital Melaka (HM) bagi menjalani pemeriksaan.

“Siasatan awal dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah itu mendapati, kanak-kanak perempuan ini ditinggalkan sehelai sepinggang oleh seorang lelaki di tepi tandas lelaki.

“Ketika ditemui, kanak-kanak ini yang belum petah bercakap hanya menangis ketakutan.

“Identitinya juga belum diketahui kerana dia juga tidak begitu memahami bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Rozana berkata, selepas melawat kanak-kanak yang dipanggil dengan nama Sofea di Hospital Melaka kelmarin, pihaknya memfailkan permohonan perintah jagaan sementara di Mahkamah Majistret, semalam.

“Sofea akan ditempatkan Kami mendapat perintah jagaan sementara bagi tempoh sebulan diputuskan Majistret Muzila Mohamed Arsad bagi menempatkan kanak-kanak ini di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan, mengikut peruntukan Seksyen 25 (2) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan itu, pihaknya akan melakukan siasatan dan menyediakan laporan sosial, sebelum memohon perintah jagaan tetap jika kanak-kanak perempuan itu tidak dituntut warisnya.

“Sesiapa yang kehilangan anak atau orang ramai yang mengetahui kanak-kanak ini diminta menghubungi Pejabat JKM Daerah Melaka Tengah di talian 06-2324797,” katanya.

**Apa kes buang-buang nih... aduhai.. emo pepagi tgk berita dan baca berita psl nih.. Cumil giler budak tuh.. bak aku je la bdk tuh.. aku nih kempunan anak perem nih... hhhuuuu..


****************************

Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


****************************

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Doakan kakak mana tahu kakak boleh memiliki anak ini. Kakak nak berhubung dgn JKM itu...

mama maman aka yana said...

kakzakie: sy br berkira2 akak dan nak ambik action.. apa2 hal sy doakan akak berjaya dptkan baby tuh.. :)

tak faham mengapa la dibiarkan anak2 cumil nih terbiar sebegini rupa.. parah jiwa org yg tinggalkan bdk nih.. tak kesian ke..?? kering mata hati tuh la kannn...

wan habibah said...

Kalo tak nak meh lah bg aku....

Qhaifa Nur said...

moga nasib anak kecil ini terbela...
mereka tidak berdosa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...