Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Thursday, June 20, 2019

Assalamualaikum...

Lupa ada blog.. hahaha

Apa khabar semua.. sihat ke.. sihat la kannn... Dpt buka blog.. bc entry nih.. entry yg cuba nk upkan semangat.. saje..

Busy as always.. stress as always.. meroyan as always.. well.. i'm just being a woman with all responbility.. either its should i carry with or not.. hahaha.. pilih la yg mana mana rasa 'kena' ngan apa pun..

Beshnya ada blog nih.. nak meroyan mcm mana pun xdop sapo halang.. buat je kann.. adoiiii.. nih nk luah rasa hati sikit psl kerja... Aci la eks.. sekok dh dlm dada nih...

As kuli.. i penat sometime with arahan kerja yg tak patut2.. kerja yg berulang2. Depa xreti nak managed keja.. depa suruh aku yg sakit kepala lyn keserabutan huruhara depa.. ingat makcik ada masa nk sakit kepala???

Why some people xnk kerja betul2.. masa xde keja nk keja sgt... pastu masuk kerja xtau apa.. gaji nk byk.. ingat makcik xnak gj byk jugak ke??? Dh la thn nih xde naik gaji.. nih makcik syak sbb makcik mc dkt 2 minggu sbb jari kaki patah.. ngan mc limit 10 hari je.. kena potong annual leave.. pastu bila nk cuti.. annual leave dh abis.. kena unpaid lak.. ingat makcik kaya.. adoiiii..
Makcik redha dlm terpaksa.. nama pun kulik batak khennnnnn


Ok la.. xmoh byk sgt meroyan.. xbaik.. nnt cepat tua.. hahaha...

Eh.. anyway.. selamat hari raya.. maaf zahir batin yer.. mana tau ada salah taip terkena kehati.. maaf yer.. mana tau umur kita nih limit takat mana.. huhu..



Kenapa ada orang benci kita???


Kenapa ada orang benci kita??

****

Ramai orang kalau boleh dalam hidup ni, dia nak semua orang suka dia. Dia nak semua orang sayang dia, dan semua orang "senang" pada dia.

Dia seronok dan gembira bila orang puji dia, rasa best dan tenang bila ada orang yang hargai dan appreciate dia, dan rasa puas dan bersyukur bila dia tahu yang orang selalu berkata yang baik-baik pasal diri dia kat orang lain.

Di sebabkan tu, dia rasa semangat nak buat benda.

Tapi, tiba-tiba, dia dapat tahu yang ada orang benci dia, kutuk dia, fitnah dia, menyampah dan menyirap dengan dia, mengumpat dia sangka buruk dengan dia, menjaja nama dia kat orang dengan jajaan yang buruk-buruk, dan lain-lain.

Hatta, ada orang yang seakan-akan nak jatuhkan dia. Apa yang dia buat mesti orang tu komen buruk dan seakan-akan ANTI dia. Dia explain banyak kali pun diorang still benci dan tak nak dengar dan terima dia.

KENAPA BENDA NI TERJADI??

Saya akan bagitahu korang semua beberapa HAKIKAT yang korang kena sedar. Sebab bila tak faham hakikat ni, kita akan stress.

1)Kita kena sedar, yang, kita TAKKAN MAMPU untuk nak PUASKAN HATI semua orang. Kita takkan mampu nak buat semua orang suka kita. Baik macamanapun korang, mesti akan ada orang yang benci jugak. Percayalah.

ALLAH, zat yang maha mulia, paling baik, yang maha pemurah dan dah bagi nikmat yang TAK TERKIRA pada kita pun, still ada di kalangan kita yang BENCI ALLAH!!!

Rasul, insan yang paling perfect dari segala sudut, pun, still ada orang yang fitnah kutuk umpat benci menyampah dan sebagainya.

Inilah hakikat.

2)Kenapa Allah jadikan "ada orang akan benci kita"? Kerana.....

"Bayangkan, kalau semua orang puji dan suka pada kita, kita akan bangga, kita akan lupa diri, kita akan rasa diri sempurna, sampai satu tahap, kita akan lupa Allah!!!

Tapi, Allah jadikan ada orang benci kita kerana ALLAH NAK JAGA HATI KITA dari perasaan bangga diri, ujub, sum'ah dan segala penyakit hati yang lain. Allah sayang kita, Allah tak nak kita bangga, sebab tu Allah buat ada orang benci kita supaya kita sentiasa sedar diri, lantas mengadu, menangis dan merintih pada Allah....."

3)Bila kita tak faham hakikat ni, akhirnya, kita akan sentiasa mengejar pujian dan sanjungan. Kita bersemangat untuk beramal bukanlah sebab Allah. Tapi sebab kita seronok di puji!! Bila ada orang kutuk, kita stress, kota down, dan ada yang tinggalka  terus dakwah tarbiah ni.

Lalu, akibat nak PUASKAN HATI semua orang, akhirnya kita terpaksa buat benda yang bertentangan dengan syarak. Lantas, dia buat allah marah.

Apakah ini?

***

Apa yang saya nak sampaikan  ialah, janganlah rasa down sangat bila ada orang benci dan kutuk kita. Allah maha adil. Allah nak kita jaga hati kita.

Lalu, cara terbaik untuk kau tetap teguh walaupun di benci ramai, kau kembalilah merintih pada Allah. Bila kau buat Allah puas, percayalah, HATI kau akan rasa puas dan nikmat, walaupun ramai orang tak puas hati dengan kau....

Dan, jangan kau ukur KEJAYAAN KAU pada sejauh mana kau di sukai, di terima ramai, banyak pengikut, ramai follower, banyak like dan sering di puji ramai. Juga, jangan lau ukur KEGAGALAN kau pada sejauh mana orang benci, kutuk dan tak terima kau.

Tapi, kejayaan kau adalah apabila kau tetap PUASKAN Allah dan rasul dengan mengikut segala suruhan mereka tak kira tika kau di puji atau di caci....

Nabi nuh, ramai pengikut yang benci pada dia. Tapi dia tetap teguh menyampaikan kebenaran, di sisi Allah, dia berjaya!

Muhasabahlah.

#copy n paste frm fb.. buat peringatan diri..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...