Imotiv
Nuffnang Ads
Sharing is Caring
Sharing is caring...
Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^
Nuffnang Mama Yana
Thursday, January 27, 2011
BEN ASHAARI BLOG
Mama yana nak join gak...... so ni la entry mama utk join blog BA.
1.Letakkan header BEN ASHAARI BLOG - Mama yana dah letak tau.....
2.Tajuk : BEN ASHAARI BLOG dan linkkan ke entri ini .. - Sudah letak tau...... dan akan link pada BA sat lagi....
3.Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini .. - Mama yana paling banyak update dalam sehari ialah sebanyak 4-5 entry... sekarang ada sebanyak 125 entry...
4.Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI .. - Berminat kerana bila masuk list BA akan bertambah la kenalan dan juga akan meningkat la statistik mama yang ado nih.....
5.Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ? - Sekiranya blog mama popular.... bersyukur dan akan cuba kekalkan kepopularan itu....
Wednesday, January 26, 2011
Update for today....
pic from goggle
Ye... update for today is.... got dinner company..... really busy today.... the committee have to be fit today... rushing finish works or to be not finish [hhhhaaaaaa] coz will be running for helping for big dinner tonite.
And next monday will crazy to submit my work....
Tuesday, January 25, 2011
Her eyes are beautiful
Sapa ada mata yg cantik. Si margaret ni untung... dia diciptakan ngan mata yg cukup indah... geram tengok.... tp masih lagi bersyukur kerana kita semua masih boleh melihat lagi walaupun bukan dari mata yg cantik.... Dr inbox mama.... entry bhs inggeris.... jom tgk mata dia....
Her eyes are beautiful. Most babies measuring 5ft would be considered big, but newborn giraffe, Margaret, at Chester Zoo, UK is seen as unusually small for her species. She is one of the smallest giraffes ever born at Chester Zoo but pint-sized Margaret will soon be an animal to look up to...aSh.
Little Margaret, who is the first female Rothschild giraffe born at the zoo, is being hand-reared by her dedicated keepers. The first calf for six-year-old mum Fay, Margaret, who was born two weeks early, tipped the scales at just 34 kilos (75 lbs) and is a mere 5ft tall.
Tim Rowland's, team leader of the Giraffes section, said: 'Margaret is one of the smallest giraffe calves we have ever seen. Fay isn't the largest of giraffes and Margaret was also early which might go some way to explaining her size. 'Margaret was having difficulty suckling so our keeping team are now hand-rearing her'.
Bulan madu dalam lokap
RAMPAS...Abdul Ghafar (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas.
ALOR SETAR: Baru seminggu bergelar raja sehari, sepasang suami isteri bukan sekadar meringkuk dalam tahanan, malah turut berdepan hukuman mati apabila kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah.
Lelaki 35 tahun dan isterinya berusia 26 tahun, dianggap pasangan ‘sejiwa’ kerana kedua-duanya pernah ditahan beberapa kali atas kesalahan mengedar dadah sejak beberapa tahun lalu sebelum membuat keputusan berkahwin minggu lalu.
Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, lelaki itu ditahan di Plaza Tol Gurun, kira-kira jam 3 petang Sabtu lalu manakala isterinya ditahan di rumah mereka di Kepala Bukit, Gurun, sejam kemudian pada hari yang sama.
Beliau berkata, sepasukan polis dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menahan lelaki terbabit yang ketika itu menunggang motosikal bersendirian dalam keadaan mencurigakan di plaza tol.
“Hasil pemeriksaan, kami menemui dua plastik lutsinar dipercayai heroin seberat 910 gram bernilai RM30,000 yang disorok di dalam plastik biskut dan diletak dalam raga motosikal Modenas Kriss itu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Susulan penahanan itu, suspek membawa polis ke rumahnya di Kepala Bukit, Gurun dan hasil pemeriksaan menemui sembilan ketulan plastik mampat mengandungi heroin seberat 24.2 gram bernilai RM1,100.
Abdul Ghafar berkata, dadah yang diproses sebegitu kebiasaannya untuk tujuan penyeludupan dan suspek menelannya bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
“Kami masih menyiasat sama ada suspek melakukan taktik penyeludupan demikian yang biasanya dilakukan untuk menyeludup dadah ke dalam penjara,” katanya.
Turut dirampas, tiga telefon bimbit dan motosikal daripada pasangan itu.
Siasatan mendapati bekalan dadah itu diperoleh dari negara jiran dan polis masih menyiasat sama ada suspek menjalankan urusan jual-beli dadah ketika ditahan.
Abdul Ghafar berkata, kedua-dua suspek pernah beberapa kali ditahan akibat kesalahan dadah itu dikenakan tindakan Orang Kena Pengawasan (OKP) mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Memang sehati sejiwa....
Sumber : Metro
Hidup ini memang mencabar
Hidup ini sememangnya mencabar. Tapi, bagi setiap cabaran, mesti ada cara nak memenanginya.
Andai kita menganggap life is hard maka itulah yang menjadi mindset yang diserap oleh minda separa sedar kita.
Bila dalam fikiran suda terserap life is hard (hidup ini sukar) maka semua yang lakukan akan jadi sukar. Kesannya, Anda jadi tertekan, kurang bermotivasi serta lebih cenderung menyalahkan takdir.
Semua yang keras, pasti ada cara melembutkannya.
Anda ada yang susah, mesti ada cara menukarkannya menjadi senang. Semua yang senang, pasti ada cara menjadikannya lebih senang dari senang yang biasa. Untuk menjadikan Anda seorang pemenang berdepan dengan cabaran hidup, perlu ada ‘power’.
Power ni datang dari beberapa sumber, antaranya ilmu pengetahuan, semangat yang tinggi dan inspirasi yang tak pernah putus. Lebih banyak sumber ni dikumpul, maka semakin power, semakin energetik Anda jadinya.
Ramai orang berkata, knowledge is power. Itu betul, bahkan telah dibuktikan oleh orang-orang berjaya sebelum ni.
Mereka berjaya kerana mengaplikasikan apa yang mereka tahu. Seperti mereka, Anda juga menjadi lebih power bila mengaplikasikan apa yang Anda tahu.
Selain mengaplikasikan ilmu, Anda boleh berubah menjadi semakin power bila bersemangat tinggi, disamping membara dengan inspirasi setiap masa, setiap kali Anda bernafas bukan setakat sehari dua. Ini cara untuk memenangi cabaran hidup. Masalah, emosi down, perbalahan, pertengkaran, kesilapan dan kegagalan tetap akan muncul dalam proses kita menempuh cabaran. Tetapi, itu semua sementara.
Lama-kelamaan, semua yang sementara akan menghilang dan sesuatu yang lain akan menggantikan tempatnya, dengan syarat Anda mesti sanggup berubah terlebih dahulu. Bukan mahu, tapi mesti berubah!
Pandang hidup ini dari sudut yang positif. Cabaran membentuk Anda menjadi seorang yang kuat. Kuat di minda, emosi dan rohani.
Serap masalah menjadi cabaran lalu tukarkan ia menjadi sesuatu yang positif. Berfikiran positif membolehkan diri Anda memenangi cabaran tu lalu menggenggam kejayaan di akhir garisan.
Dalam sejarah tak pernah ada orang berfikiran negatif menang setelah berdepan cabaran, semuanya kecundang.
Jadi, sematkan dalam hati, Anda tekad, BERANI berubah untuk kecemerlangan hidup!
Notakaki:copy & paste dr gmail. Buat motivasi dipagi hari. Buat yg tengah tak bersemangat harap bersabar dan cuba hadapinya dengan cara yg paling positif. Insyaallah.
Monday, January 24, 2011
Banyak benda dlm hati....
Banyak benda dlm hati.... apa la maksubnya ye...??? hhheee.... keja yg banyak dan hari ni i mengamuk.....[membebel sebenarnya....] but nasib la baik takde yg menjawab.... semua diam je.... gamaknya terkejut kot....
dah la sangkut kat jem dekat sejam lebih..... panas hati bila keja berlambak2..... kira pg td sesi luah perasaan la....
tengahhari dah ok dah.... dah boleh bercakap dengan officemate ngan bahasa yg indah dah.... [ckp baik2....] ada diskusi pasal keja dan mama yana dah kira blh tarik nafas sikit.... dia sanggup tolong.... kiranya sesi luah perasaan pagi td berjaya la..... hhheeee...[tak sengaja ok... sesentap lebih pg td...]
ptg lak... meeting.... still ok.... lepas meeting [cabut awal sebenarnya] solat magrib dan belek2 tugasan yg belum settle lg.... siap2 blk.... jem again.... hhuuaaa... hujan rintik2..... sampai umah... nasib baik darl i ok.... dia paham... dan skrg berblog.... nak tunaikan satu permintaan dr dia.... dia nak pic dia ada dlm blog mama nih.... so.... ini lah pic u darl.... ni mama pilih dr yg terpilih ok.....
katanya mama sengaja sembunyi kehadiran dia dlm hidup mama.... ahaks... merapu je... i tak nak exposed sgt... takut la u tak suka darl.... hhheee..... ok la kan... rasanya semua pembaca blog mama nih dah kenai darl i nih... dia nak glamer dr i la tuh..... hhheee....
jANgAn tErKejUT tAu..... HHHeeeeeeeeeeeee
Mmg blog mama yana.... bkn blog fake ok... just tengah sengal dan belek2 dan blogwaking blog org... semuanyer cantik2..... geram jugak wei.... tukar la jugak... lantak la org nak ckp tak tetap pendirian ke... jenis cepat buhsan ke...??? its me ok.... hhheeee..... daaaa.... meeting lagi ya....
Manusia istimewa tanpa kaki
mama yana terharu..... sungguh gigih.....
The 24-year-old Doug Forbis sacral agenesis.
In this rare disease in humans do not develop the lower body.
But Doug does not let his hands and did not become a vegetable.
He leads an active life, playing sports, drives a car and works as a volunteer in the center of rehabilitation.
kalu hidup jadi kuli
Bengkek hati.... benggang sungguh.... tak faham betul.... mana letaknya maksud 'urgent'.... katanya ada
pic from goggle
haruskah aku marah...?????????
Sunday, January 23, 2011
Gadjet baru yg sekian lama diidamkan.....
Mama yana ni bukan tergolong dalam golongan senang.... mcm org biasa2... teringin semua benda... pantang lepa terpandang.....hhhheee... tp kekangan ekonomi dan tanpa sokongan yg sepatutnya dr hubby so.... tersangkut lama la wishlist mama yana.... hhheee....
tapi tetap akan jadi igauan dan kata2 manis la buat hubby..... and lastly dia giveup dan follow apa kehendak mama yana..... atlast ok.... manis sungguh bila benda yg kita dok jeling dan igau2kan dpt dlm gengaman tangan..... so sweeetttt..... ni la benda nye....
external harddisk 500 Gb
sebenarnya mmg dah lama dah nakkan benda ni.... dekat setahun gak rasanya..... tu la kan..... usaha tangga kejayaan.... akhirnya dpt kelulusan.... hhheee..... nakkan yg 320Gb je..... last2 dia kata harga dekat2 nak sama je .... tak byk beza so beli je la 500 Gb... kot2 pasni nak minta lg..... betul gak katanya.... guna dan guna tgk2 dah hampir separuh dah gb mama dok masukkan dlm external nih... hhheeee... so kiranya berbaloi2 la jugak.... hhheeee...
Kena pasang beg udara utk keselamatan
Kenderaan wajib pasang beg udara
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, dua syarikat pengeluar utama, Proton Holdings Bhd (Proton) dan Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) sudah diberitahu mengenai peraturan baru itu.
Menurutnya, mesyuarat diadakan minggu lalu bersama wakil kedua-dua syarikat pengeluar tempatan itu dan secara dasarnya, mereka bersetuju.
"Kajian sudah dibuat mengenai pemasangan beg udara ini bersama beberapa agensi keselamatan lain bagi memastikan keselamatan setiap pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih terjamin.
"Walaupun ia bukan satu perkara yang dikuatkuasakan tetapi kita akan mewajibkan pemasangan ini sebagai satu langkah pencegahan awal," katanya ketika merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina di pekarangan stesen kereta sewa, semalam.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh.
Cho Ha berkata, perbincangan itu dilaksanakan bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan JKJR serta terbukti beg udara adalah aksesori keselamatan yang paling penting dalam semua kenderaan.
Info : Kosmo
Usaha gigihku
Salam semua.... sihat tak...??? bagaimana hari minggu anda...??? mama??? hhheeee..... ini aktiviti usaha gigihku......
menyudahkan usaha mama yg terbengkalai sekian lama..... jahit langsir utk tingkap bilik.... beli kain awal bulan ni rasanya.... org sibuk belek kain nak jahit langsir kita pun sama.... org dah siap gantung kita br terhegeh2 potong dan jahit.... tu pun berhari2 cari pita ukur tak jumpa2... last2 potong gitu je... main agak2 je la.... tak sempat nak gi cari dan beli.... nnt akan ilang lak mood mama yg nak menjahit nih..... hhheee..... disaat mama buat entry ni... br siap satu tingkap..... nak buat langsir utk dua tingkap... so siap satu satu je la dulu.... td start memotong kain pun sambil mengadap tv tgk melodi.... ahaks..... nnt tunggu time lak nak gantung..... jadi la janji siap..... kan...... kan.....
Saturday, January 22, 2011
Bagaimana harus sabar....???
Bagaimana harus sabar ngan kerenah bujangku ini....???
hhhuuuuaaaa...... mmg memerlukan kesabaran yg maksimun bila menjadi ibu..... teringat sabar sungguh ibu kita melayan kerenah kita kan.... sungguh sakit hati bila si bujang ni asyik main je.... tak nak belajar....
Friday, January 21, 2011
Bagaimana ilmu agama ditarik
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”
(al-Bukhari)
Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang sangat mendorong umatnya untuk menuntut ilmu. Istilah ulama pula digunakan pada orang yang sangat memahami permasalahan agama dan mendalami ilmu agama. Di zaman ini, hampir tiada lagi ulama’ yang mempunyai penguasaan ilmu yang pelbagai melainkan hanya yang pernah belajar beberapa bidang ilmu tetapi hanya menguasai satu atau dua cabang ilmu sahaja. Berbeza dengan zaman lampau, orang yang disebut sebagai ulama’ adalah mereka yang menguasai dengan “ahli” banyak cabang-cabang ilmu. Dengan perkataan lain golongan ulama’ semakin lama semakin pupus. Justeru dengan waktu yang semakin singkat di akhir zaman ini ditambah dengan kesibukan dan kelalaian kita sendiri dalam mengurus waktu marilah kita sama-sama mengkaji dan mengambil ilmu daripada mereka kerana kehidupan ini tidak akan berjalan dengan tertib tanpa bimbingan dari para ulama’. Tetapi kenyataannya, ramai orang pada hari ini yang tidak memahami situasi tersebut sehingga mereka merasa mampu mengatur kehidupan dunia tanpa merasa perlu melibatkan golongan ulama. Bahkan ulama dianggap sebagai kelompok mereka yang tidak mengetahui situasi dan kondisi, tidak memahami perkembangan zaman dan hanya berbicara dalam masalah ibadah dan akhirat semata. Akibatnya timbul sikap menolak meremehkan golongan ulama dan keterlibatan mereka dalam urusan pengaturan dunia. Justeru tidak hairan ada golongan manusia yang menjadikan orang-orang yang jahil dan bodoh sebagai pemimpin mereka hingga akhirnya membawa kepada kesesatan dan kemusnahan.
Hati tengah pening...
Haahhaaaa.... pening pasal teringatkan baju dinner tak ada..... kena usaha atau pusing2 belek2 baju yg ado.... semuanya tak lawa rasanya.....
Bila tamak.... yg banyak pun terasa sikit....
Salam semua.... sebenarnya tak ada isu utk dibuat entry... ada gambar utk kejadian semalam pun tak leh nak upload pasal cabel telepon tak bawak..... so cite punya cite..... terkeluar la idea... cite pasal org tamak haloba.... ada juga zaman sekarang.... ada gaji yg dah cecah lima angka, ada umah dah cecah harga 300 ribu riban, ada anak yg bijak2 tp masih nak berdengki... kalu hati sudah busuk.... busuk gitu la walaupun wajah ditepek mekap mahal2 pun... hati tetap tak wangi ok..... sepere la minyak wangi banyak2 dan habis sebotol pun... tetap busyuk ok.... beringat la.... hidup seperti roda... sekejap je kalu tuhan nak tarik nikmat hidup kamu tuh.... benci arr tgk muka org yg banyak pakai topeng nih...... benci dan tak ingin jadi gitu.... walaupun org layan kalu baik sebab malas nak bergaduh ngan kamu... ingat.. tuhan nampak semua....
mask copy dr goggle image
ye... jgn jadi tiga rupa ye.... suka melakonkan watak yg kunun baik sgt..... pantang lepa kau la yg tukang batu apinya..... mmg tak fikir akan apa akibatnya.... sebab belum kena batang idung sendiri..... so insaf2 la kamu... masuk berwajah sepuluh atau berjuta....
Thursday, January 20, 2011
Wednesday, January 19, 2011
Duit terpijak
kutip jgn tak kutip... pic dr inbox gmail...
duit tu mmg la terpijak... tp halal ke tidak...??? buat apa la mengadai nyawa utk duit yg bukan hak kita.... tak dapat apa kecuali dosa kering je... (kering ke kalu ambik hak org tanpa rela...) mama tak pandai sangat... tp rasanya lebih baik pulangkan atau sedekahkan kat masjid atau org susah... kalu guna nnt jd darah daging... susah nak minta halalkan dr empunya hak....
Terapi Minda
Notakaki: copy paste dr inbox gmail. Terapi utk mama yana jugak.... dpt penyakit sibuk ngan keja dan tak ada idea nak update blog....
Subscribe to:
Posts (Atom)


































