Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Sunday, January 23, 2011

Kena pasang beg udara utk keselamatan




Kenderaan wajib pasang beg udara




RANTAU PANJANG – Kerajaan akan mewajibkan penggunaan beg udara bagi semua kenderaan, kecuali kenderaan pacuan empat roda, sebagai aksesori utama bermula 2012 dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, dua syarikat pengeluar utama, Proton Holdings Bhd (Proton) dan Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) sudah diberitahu menge­nai peraturan baru itu.

Menurutnya, mesyuarat diadakan minggu lalu bersama wakil kedua-dua syarikat pengeluar tempatan itu dan secara dasarnya, mereka bersetuju.

"Kajian sudah dibuat mengenai pemasangan beg udara ini bersama beberapa agensi keselamatan lain bagi memastikan keselamatan setiap pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih terjamin.

"Walaupun ia bukan satu perkara yang dikuatkuasakan tetapi kita akan mewajibkan pemasangan ini sebagai satu langkah pencegahan awal," katanya ketika merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina di pekarangan stesen kereta sewa, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh.
Cho Ha berkata, perbincangan itu dilaksanakan bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan JKJR serta terbukti beg udara adalah aksesori keselamatan yang paling penting dalam semua kenderaan.

Info : Kosmo

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...