Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Tuesday, January 18, 2011

senyum... tak perlu kata apa....



Lucky Giveaway by cik dya




Morning semua..... hhheeee.... pagi2 ada jemputan giveaway dr najwa....jemputan utk

^
^
^
^

[klik atas ye kalo nak join]

[ sweet kan banner dia? :D suka. ] hmmmm... sweet sgt... mama yana pun suka....

Okeh, korang jom la join! so mama yana join ok......
dan mama yana nak tag.......

Tag : mimie, Azzeyatin , illa.

Monday, January 17, 2011

Pagi2 mood ok..=)



Pagi ni kira ok la kan mood mama.... hope smpi ke petang la kan.... last saturday dtg keja dan hampir separuh siap... tp belum lg diedit oleh bos.... atleast tak la rasa kena kejar ngan bos dan masa lg... blh buat ngan tenang dan relax kan..... tak de la stress sesangat.....=)

so mode today is happy and release....

Friday, January 14, 2011

Yoga lebih baik dr membunuh diri

pick kat pic ni utk enlarge.....




Thursday, January 13, 2011

kucen sapa la nih...???



Sian la dia... kena kurung....



sekali fikir... cam mama yana lak.... nak balik awal tp kena siapkan keja.... kena kejar dateline je..... [kena kurung gak ngan bo... hhhuuuuu...]


konsep yg sesuai utk mengurangkan penggunaan bag plastik



Satu lagi langkah bijak utk berjimat dan disamping itu menjaga alam sekitar dr tercemar dan terpupus... maaf ye... artikel ni dlm bahasa inggeris... mama yana copy dan paste je kat sini...
Sumber dr inbox gmail mama yana.

No more plastic bag concept
Sustain A Bag!
Returning Service for more durable Shopping Bags

Of course, everybody could just always take a bag from home for groceries instead of taking the plastic bags from the shop. But you often come from work or decide spontaneously to buy something and then you end up with plastic bags again. At home you don‘t know if you should keep them, because you feel bad throwing them away, on the other hand you already have so many of them....
Services can make it convenient to „share“ a product with others. Many people have access to the same product, but don’t have to deal with the organisation of sharing it, the service is doing it for you. The car sharing system “Mobility” in Switzerland for example works exactly in this way, with several advantages: The product is always available when you need it. You save resources and end up with less waste, because the product is used to almost full capacity.
That’s why I designed a service to share shopping bags. At the shop desk you can get one of these bags. It is stronger then the little plastic bags and also more appealing. It’s not as personal as your individual handbag, but still has more identity and quality than a cheap plastic bag. After paying the deposit you take the grocery home. You can do this procedure several times, before bringing the collected bags back. Once in a while, when you’re not in a hurry and go to the supermarket from home, you return the collected space saving bags, maybe together with the empty PET- and beer bottles. After scanning them (RFID), you get your deposit back and the bags are going through an automatic cleaning process. Then they will be hanged back to the cash desk, well presented and clean, ready for the next customer to use.
With Shopping Bag Sharing we can eliminate the usage of harmful one-way plastic bags and replace them with a bag that offers you more comfort and excitement. At the same time, it results in a product with a longer lifetime and thus a reduced amount of waste and resources being used.
_2010





Choose for the Sharing Bag at the Supermarket.



It is easy to fill.


It's also wearable on the Shoulder.
A Padding in the Handle offers more Comfort.
Just take two if needed.
Take a Bag several times.
You can fold and store them at home...


...until you bring them back together.
At the Returning Point you receive your Deposit.

Wednesday, January 12, 2011

Status fbku




'Pedih hati bila org tak pernah fikir utk berkorban demi aku... sedangkan segala kesusahan aku bukan apa yg aku pinta atau aku harapkan.... semuanya suratan.....'

Rasa2nya org tu faham tak maksub status fbku itu...???? mungkin faham atau tak faham... atau buat2 tak faham..... entah la.... kekadang teringin memberontak... mempamerkan rasa hati.... tapi berbaloikah..???? sah2 dikatakan tak waras..... salahkah aku jika aku dikurniakan kelebihan..... atau peluang terbaik bg diriku memperolehi apa yg selalu aku idam2kan.... salahkah aku berjuang utk dlm kehidupanku..... apa salahnya bg peluang utk aku bahagia... atleast perolehi apa yg selalu aku idam dan aku fikirkan terbaik utk aku.... apa salahnya sokong aku.... bagi sokongan moral.... aku bukan buat jahat..... aku bukan mencuri... aku bukan merompak.... aku sedih.... apa yg aku harapkan kepercayaan... kefahaman.... tp aku sering dibiarkan..... dibiarkan... apa yg penting... aku harus berkorban.... masa tenaga.... tanpa fikir yg aku juga ada impian.... salahkah aku perolehi impian.... aku juga manusia.... bukan robot... bkn hanya penyelesai masalah... bkn hanya perlu patuh mengiyakan apa saja....

Tuesday, January 11, 2011

11.01.11



Luahan hati....


Salam semua..... kekangan masa buat mama tidak sempat nak wat sebarang entry.... malah nak fikir pasal entry apa2 pun tertangguh.... sibuk dan penat seharian bekerja..... kuar keja gelap dan balik keja pun dah gelap..... berpinar mata seketika tak jumpa cahaya matahari.... 


si kecik nih pun sampai blh ckp...'mama blh tak berhenti keja je.... sibuk je..' sian kan anak2... terkedu seketika.... tuntutan keja kan.... kalu kita ni mmg senang tak kesah pun dok umah jd suri umah tangga....


berkisar tentang nombor cun tuh... gamaknya ramai yg guna nombor nih utk date ke.... tunang ke... nikah ke...
hheeee..... cun tuh..... rindu tul ngan bdk nih.... pesanan....'mama syg maman tau..... jgn nakal2... jgn manja2.... peluk syg mama hanya utk maman.... segalanya utk maman'



Pesawat AirAsia Terbabas



11 Januari, 2011 12:40 PM
Pesawat AirAsia Terbabas: Lapangan Terbang Kuching Masih Ditutup



KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang ditutup sejak malam Isnin selepas pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.

Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitahu Bernama sebanyak 24 penerbangan terjejas setakat 11 pagi Selasa.

Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 7.30 pagi Selasa iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur, kata MAB.

Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings.

Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

MAB berkata dalam kejadian pukul 10.02 malam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.

Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu pemberita pada Selasa, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di sini.

-- BERNAMA

Monday, January 10, 2011

Menanti penuh sabar.....=)



Yes..... menanti dengan penih penuh sabar.....


Saturday, January 8, 2011

Apa sebenarnya....??? pasti ada hikmah disebaliknya...



apa lg kehendaknya.... 
apa lg muslihatnya.... 
apa lg helahnya....

sabar dan bersabar.....????

tak faham apa maunya....
tak faham apa hendaknya.....
tak faham apa helahnya.......
tak faham maksudnya.......

yg pasti aku akan tetap bersujud pada Ilahi....
akan ku tabah mengharungi dugaannya.....

moga hati tetap sabar dan menerima segalanya.....
suratan takdir.... suratan Ilahi....
dengan redha....
amin.

Friday, January 7, 2011

Ni baru kepala batu



Gerun tengok....


Ada yg beran.......???? hhaaaaa...



Tiada alasan Kerja GRO





Tiada alasan kerja GRO



PEMBABITAN dalam kerjaya yang jelas status pengharamannya masih banyak berlaku di dalam negara kita.

Pelbagai alasan diberi oleh sebahagian mereka untuk mengurangkan rasa berdosa atau lebih berbahaya, menyatakan dan ‘membenarkan’ tindakan mereka sebagai halal atau harus.

Menyentuh hal ini, saya bersetuju kita tidak boleh terus menghina petugas seperti itu seolah-olah mereka tiada lagi peluang untuk memperbaiki kerjaya mereka.

Khususnya penghinaan tanpa usul periksa kerana mungkin ada yang terjebak kerana diperangkap sindiket ‘hitam’ akibat nafsu muda atau kerana kejahilan sendiri.


Namun begitu, kita harus sedar teguran dan kecaman terhadap mengutuk pekerja- pekerja yang rela dan dengan sendirinya memilih kerjaya terbabit.


Kutukan perlu dibuat terhadap kerjaya kotor itu dan bukan tertumpu sangat kepada individu, ini perlu dilakukan sesuatu pihak supaya kesedaran dan kehinaan dosa itu dapat dibangkitkan.

Pada masa sama, ada pula pihak pendakwah lain mencuba teknik berbeza iaitu dengan kaedah lembut dan memujuk. Namun, kita tidak boleh menyalahkan teknik ‘kutukan’ dan ‘kecaman’ kerana teknik itu juga bersumber daripada al-Quran dan al-Hadis.

Kita perlu sedar, teknik dakwah adalah hal yang perlu diambil perhatian, kerjaya GRO atau Guest Relation Officer mempunyai banyak takrifan dan bidang tugasan.

Bagaimanapun, selepas melakukan semakan, kedapatan ada GRO yang mempunyai tugasan tertulis yang ‘neutral’ dan benar-benar bersifat pentadbiran.

Namun begitu, tugasan yang ‘tidak bertulis’ itulah yang merumitkan, di mana ia kerap melewati tugasan tidak sihat iaitu melayan kehendak pelanggan walau hingga ke dalam bilik.

Jelas di sini, tema utama tugasan adalah ‘melayan pelanggan sehingga sasaran perniagaan tercapai’.

Merujuk kepada situasi ini, penggunaan GRO di negara kita perlu dikaji berikutan ia bercampur antara dua bidang tugas iaitu yang haram serta yang tidak haram.

Ini kerana, jika dilihat daripada laporan media, kerjaya GRO digambarkan dan digunakan secara kerap kepada ‘kerjaya pelacur’.

Justeru, menjadi tanggungjawab pendakwah untuk membidas tugasan ini daripada dilakukan mana- mana wanita atau lelaki Islam, walau dalam apa keadaan mereka sekalipun.

Oleh itu, saya ingin menegaskan secara umum kepada sesiapa saja yang cuba mencari alasan dan ‘justifikasi’ untuk membenarkan umat Islam bertugas dalam kerjaya GRO dan yang sepertinya dengan beberapa fakta iaitu:


1. Apa saja tugasan dan kerjaya haram mesti disebut sebagai ‘haram’, khususnya kerjaya GRO dan pelacur.

Menjadi tanggungjawab mereka yang berilmu untuk memaklumkan gesaan berhenti serta-merta dan bukan memberi masa. Jangan sesekali kita bertindak luar biasa untuk memberi apa saja kenyataan yang seolah-olah memberi izin untuk mereka meneruskan kerjaya itu atas alasan darurat.

Klasifikasi darurat tidak boleh diguna pakai tanpa ilmu dan kajian khusus. Jangan sewenang-wenangnya menggelar keadaan itu darurat bagi mengharuskan yang haram.

Perlu diingat kaedah fiqhi yang menyebut, “apa yang diharuskan kerana darurat mesti diikat dengan limitasinya (batasan).”

Sejauh mana batasannya dipantau dan dipatuhi? Jika darurat, ia perlu dinilai mengikut timbangan kerosakan dan kebaikan yang terhasil, jika kerosakan lebih banyak, ia maslahat yang tertolak.

Oleh itu, yang perlu ditegaskan adalah gesaan mencari kerjaya lain dan bertaubat dengan serta-merta.

Taubat di dalam Islam memang perlu disegerakan kerana Imam Al-Ghazzali mendefinisikan taubat sebagai: “Meninggalkan maksiat dengan serta-merta dan berazam kukuh untuk meninggalkannya pada masa depan, dan berusaha menebus dosa lalu.” (Ihya ‘Ulumiddin, 4/5)


2. Kerjaya haram GRO dan yang sepertinya akan mengakibatkan hilangnya keberkatan dalam kehidupan petugas itu, akibatnya akan menjauhkannya daripada kesedaran dan bukan memberi ruang untuk dia meneruskannya.

Justeru tidak wajar timbul cadangan dari sesiapa juga untuk ‘biarkan sehingga dia merasa bosan dan sedar’, atau memberinya masa terus bergelumang dengan dosa.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang mukmin itu, adalah apabila dia melakukan dosa, wujudlah satu titik hitam di hatinya, apabila dia taubat, hilanglah titik hitam itu dan licinlah hatinya semula, namun apabila ditambah dosanya, semakin tertutuplah hatinya, maka itulah karat yang disebut oleh Allah di dalam Kitab-Nya.” (Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Ibn Hibban dan Al-Hakim)


3. Rasulullah SAW mengajar umatnya supaya usah bertangguh dalam mengerjakan hal baik, khususnya taubat.

Dalam hal ini kita sewajarnya menyeru pekerja dalam sektor haram sebegitu dan yang lainnya untuk segera bertaubat dan bukan memberi mereka masa seolah-olah kerjayanya boleh diterima dengan hujah inginkan perubahan dengan kesedaran dan bukan dipaksa.

Fakta sebenar di dalam ilmu Islam, perkara haram dilarang kerana ia memudaratkan diri dan orang lain, ia mesti dihentikan serta-merta tanpa tangguh.

Sesiapa saja yang ingin memberi motivasi dan membetulkan keadaan tidak boleh berlagak kononnya ingin memahami kesukaran petugas GRO, menjaga hatinya lalu sewenangnya ‘memberi tangguh’ sedang Allah dan Rasul-Nya tidak memberi tangguh dalam hal maksiat.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa, 17)

Imam Al-Ghazzali juga menjelaskan bahawa: “Wajibnya taubat itu adalah dengan segera tanpa keraguan dan tangguh, kerana sifat maksiat itu pemusnah iman seseorang. ( Ihya ‘Ulumiddin, 4/7). Namun, jika setelah kita memberi nasihat, lalu pelaku maksiat dengan sendirinya ingin mengambil masa sebelum berubah, itu adalah isu lain, namun kita tak boleh memperuntukkan tempoh tangguh tersebut.


4. Tidak boleh diterima alasan bahawa dia tidak mampu membuat kerja lain atau pihak berwajib atau pendakwah belum menyediakan tugasan alternatif untuk pekerja sebegitu, ini kerana selaku manusia yang sihat, setiap individu yang diberikan oleh Allah akal dan tubuh yang sihat.

Manusia sepatutnya bijak dan bertanggungjawab penuh menggunakan seluruh anggotanya untuk belajar sesuatu yang berfaedah dan menggunakan ‘skil’ itu untuk memperoleh pendapatan halal, bukan menjual tubuhnya untuk nafsu serakah manusia.

Kewujudan tugasan alternatif bukan syarat untuk berhenti dari melakukan dosa terbabit, kerana alternatif sebenarnya wajib difikirkan dan diusahakan oleh si pelaku itu sendiri jika dia masih beragama Islam.

Tanggungjawab menyediakan alternatif seterusnya jatuh pada ketua agama di sesebuah negara. Pada hukum asalnya, itu bukan dibebani oleh pendakwah dan pemberi nasihat.

Ketiadaannya jangan sekali menyekat pendakwah daripada memberi nasihat dan teguran tepat walau pedas dan berbisa. Lihat saja kisah Nabi Musa AS dan Harun menegur Firaun dengan terang dan jelas. Cuma nadanya yang lembut dan tenang serta petah, iaitu bukan dengan maki hamun.

Imam al-ghazzali menyifatkan orang yang melakukan dosa tanpa taubat dan berhenti tapi ingin Rahmat Allah SWT dan dimudahkan kepada pendapatan, kehidupan yang bersih dan halal adalah seperti: “seorang yang membelanjakan semua hartanya, dan meninggalkan diri dan keluarganya dalam keadaan fakir, namun sentiasa menunggu kurniaan dari Allah untuk memberinya rezeki, menemui harta yang tersimpan di dataran yang kontang. (Ihya Ulumiddin, 4/58)

Beliau mengulas lagi selepas itu dengan berkata, penantian itu memang boleh dilakukan tetapi ia adalah suatu tahap kebodohan dan kejahilan yang tinggi. (Ihya Ulumiddin, 4/58)

Jika ada yang mengatakan petugas ini boleh berniat tidak reda dan berusaha sedikit demi sedikit untuk mencari kerjaya lain, kenyataan sebegitu adalah tersasar kerana pelakuan maksiat yang dilakukan tanpa paksaan ke atas nyawa dan harta tidak diterima di dalam Islam.

Malah perbuatan itu menghancurkan objektif (maqasid al-shariah) yang lebih tinggi iaitu kerana kerjaya itu bakal menghancurkan agama si pelaku, menyebabkan maruah dan kehormatannya hilang, menyebabkan tali keturunannya rosak dan hartanya tidak diberkati.

Kesimpulannya, ada pihak menjadi cemburu atau tertarik dengan jumlah pendapatan lumayan yang berjaya diperoleh melalui kerjaya ini berbanding kerjaya halal tapi bergaji rendah.

Ingat, jika pekerja GRO atau mana-mana petugas dalam industri haram terus dalam pekerjaan kotornya dan kelihatan mampu menyara hidup dengan baik hasil duit kotor itu, malah kelihatan lebih mewah dan ‘berjaya’ daripada mereka yang berpendapatan halal, ia secocok dengan sabda Rasulullah SAW bahawasanya: “Apabila kamu lihat Allah memberi limpahan kurnia di dunia kepada hambanya, sedang segala maksiat disukainya (dan diperbuat), ketahuilah sesungguhnya itu ‘istidraj’.”

Kemudian Rasulullah SAW menyatakan, Allah SWT berfirman bahawa: “Dan tatkala mereka melupakan apa yang diingatkan kepada mereka, kami sengaja memberi kurniaan dunia dari pintu yang pelbagai, sehingga apabila mereka bergembira dengan yang diperoleh, kami akan rampas darinya secara tiba-tiba, ketika itulah mereka berputus asa.” Al-An’Am ayat 44. (Riwayat Ahmad & At-Tabrani)

‘Istidraj’ yang disebut di dalam hadis tadi bermaksud kurniaan ganjaran keduniaan kepada penjahat dan pelaku dosa dan maksiat untuk menghumbannya terus ke neraka tanpa peluang kembali ke pangkal jalan.

Hal ini serasi dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud: “Di dalam hati mereka ada penyakit (dosa dan mereka biarkan), lalu Allah menambahkan penyakit di dalam hati mereka.”

Oleh itu, mereka yang berilmu dibenarkan untuk memaksa pekerja sebegini berhenti daripada kerja GRO, pelacuran dan lain-lain kerjaya haram sama ada melalui nasihat atau kecaman.

Jangan sekali-kali membuka jalan serta memberikan gambaran wujudnya ruang keharusan untuk dia terus bekerja di situ.

Namun, hulurkan bantuan dan kasih sayang, antara tanda kasih sayang itu adalah menasihatkannya supaya terus berhenti dan pihak berwajib perlu menyediakan alternatif dengan segera.

Sumber dr Metro.

Berday seseorang ari ni



Morning semua......pepagi nih buat timesheet dan teringat rupe2nya ari ni berday my hubby.... kuang...kuang.... dah ada remainder pun termiss gak.....
biasa la kan.... insan biasa yg penuh kekurangan.... dah call dan dah wish......
nasib cukup baik dia okey je.... hhhaaaaaa....
dah tau keterlupaan mama sudah tahap gaban dah....
so... happy berday papa....
fikir2kan hadiah apa papa nak but within
budjet mama yg kita dah discuss ari tu...[baca ke hubby i blog mama nih...]

so sapa2 yg ada berday someone tuh belek2 tarikh ye.....
takut termiss like me... sian org tuh....

Thursday, January 6, 2011

phase 3 - 2011.....????

Alahai...... akan ada phase 4 ke....???? we see ok...... hhhhaaaaa.....
jgn nak panjang melalut ok....

mama yana sambung cite lak pasal kami cari pasal kat 

Afamosa safari animal world

sebenarnya xbanyak cite pun.... mcm biasa je.... naik bas pusing2 penempatan haiwan.....
dapat tgk ngan dekat..... anak sy suka la.... semua binatang dia suruh ambik gambar... smpi bateri low la melayan haiwan2 tu berposing.... ahaks...

peace no war okey......

ini semua teman2 maman tau.....

org layan show koboi tembak menembak..... dia... layan dodo.....



last but not least.... kena posing ngan spek mata br okey... senada ngan baju....

dan barangan yg diborong di'souvonier'kan [taram je betul ke tak ejaan.... mama dolo2 dapat A2 je BM..... tu kira okey apa......hhhaaaa..... sukasuki merojakkan bahasa......]

rasanya cukup2 la phase utk cite percutian mama nih.... bukan grand by the river meriah pun.... biasa2 je..... maklum la mama yana nih hidup dlm taraf kesederhanaan je......
sederhana serba serbi...... 
entry ber'phase2' nih pun pasal nak buat entry mengada2 panjang berjela-jela..... [mcm org baca sgt blog mama yana nih kan..... syok sendirik je....]
ok la.... cukup setakat nih je pasal coti2 nih.... keja meningkat banyaknya.... sibuk memanjang....[kalah menteri bak kata hubby i...]

moga mama yana perolehi kepintaran utk mengatur masa....
utk berkerja dan masa utk berhibur atau menghiburkan org.... [i mean berblog la....hheeee]
dddaaaaa.....








2011 - phase 2





Salam pagi semua.... skrg mama yana still kat umah.... 
mmg sengaja pegi office lambat...
bos kata ok.... hhhhaaaaa.... ni pasal semalam la.... 
ada urusan keja yg harus disiapkan semalam juga jd mama yana kena stayback... 
lg 5minit pukul 11 malam br boleh bertolak balik....
sampai umah dah kul 11.30 mlm.... sakit segala urat saraf mama.....
so mama relax sikit2 ari ni......

melalut pulak...... cite pasal cuti pun terke'laut' lak.....
so pagi ni mama rasa baik mama buat entry utk phase 2 kan......
hhhmmmmmm.....

ari jumaat tu tiba2 hubby call suruh kemas baju.... katanya nak bercuti.....
bertolak dlm kul 3-4ptg dah.......
gi sama2 adik2 hubby....
sampai sana..... layankan kolam mandi je la diorg..... hhheeee.......
belah malam lak kami semua gi tgk show koboi...... plus sambut tahun baru kul 10mlm......


ni main sembur2 api.....

budak ni cam enjoy je....

yessss..... sambutan tahun br kul 10 mlm...... 

ok gak la sambut kul 10.... kami pastu blk.... cr mkn utk dinner pasal masuk tgk show tu 
kul 8.30 mlm.... ramai2 dok kalut jadi lambat rombongan cik kiah kami.... 
lepas show br lapar u.....hhhaaaa...
sampai umah terus landing tau.... ada bunga api besar-besaran pun kami tak layan......
sebab esok nak layan Animal Safari lak..... 
kena ada tenaga utk esok.....
ok la nnt mama yana sambung blk utk phase 3 lak.....
nak siap utk berkeja lak..... hhheeee..... jgn mare....

Wednesday, January 5, 2011

PONAT DEN...!!!!



Ye... masih berkerja lg nih..... gigih sungguh.....
tulun.... ponat....

Sakit kepala.... celaru sungguh...



Salam semua....
semalam start keja.... dan sudah ada rakan keja baru...
ari ni sy sungguh celaru....
semua seakan nak kena ikut arahan dia....
tau la senior tp aku kan lagi lama kat sini....
atleast dengar la sikit kan...
kena ikut cara keja sini la... kan dah keja sini....
pening...pening.....

Saturday, January 1, 2011

Sambutan tahun baru 2011- phase 1



Salam semua..... pada tahun 2011 ni mama yana harap sesuatu yg terbaik dalam hidup... kematangan hidup dalam menempuhi segala halangan dan dugaan yg akan mendatang.....
sesuatu yg manis pada thn 2011 ini sudah pastinya...
maman dah masuk sekolah.....
cepat anak membesar... seakan terasa baru lagi maman lahir...
makin tua la mama kan.... hhhaaaaaa.....[perasan mudo ya tuan2 dan puan2...]

Banyak impian dan harapan mama yana utk thn 2010 yg belum tercapai.....
tapi tak nak terlalu 'push'.... just follow the flow.....
dugaan banyak dan mama harap mama dah lakukan yg terbaik..... sehabis baik....

Dan sambutan tahun baru ni adalah sesuatu yg mama yana tak terfikir dan tak pernah harap tapi
dpt surprise dr hubby....
so mula2 layan pic nih dulu.......hhheee...
[nak syok sendiri sikit.... bykkan entry br blog mama yana nih...]

kat ne eks....???

kat sini......

till next phase ya..... penat tak abis lg nih.....
mlm ni nak kuar beli brg dapur lak....
dddaaaaa.....

Friday, December 31, 2010

11 ramalan untuk tahun 2030

1. Pada tahun 2030, belajar bahasa kedua akan tidak lagi diperlukan.

Sebuah komputer kecil yang pas di telinga anda, dan menterjemahkan apa yang anda dengar ke dalam bahasa anda sendiri? Ini bukan farfetched sama sekali. Pada kenyataannya, semua teknologi yang diperlukan ada hari ini, dan semua yang hilang adalah bagi seseorang untuk menyambung titik-titik.

NBF - Google sedang melakukan banyak dengan suara masa terjemahan nyata dan memaparkan dalam balang boleh memberikan maklumat tambahan ditambah. Perlu untuk mengklarifikasi seberapa baik ini akan mendapatkan dalam ramalan. Sebuah standard emas akan menjadi sebaik penterjemah PBB atau benar-benar menukar atau menambah penterjemah PBB.

2. Pada tahun 2030, ribuan, mungkin jutaan, orang akan mempunyai harapan hidup 150 tahun.

Aubrey de Grey berkata: Saya fikir kita mempunyai peluang 50% untuk mencapai rawatan yang mampu membuat orang menjadi 200 dalam dekad 2030-2040. Menganggap kami memang melakukan itu, pencapaian sebenarnya 200 mungkin akan di dekad 2140-2150 - itu akan menjadi seseorang yang hampir 85-90 pada saat terapi yang relevan dikembangkan.

NBF - bergantung pembiayaan. Sebuah wang jauh lebih banyak telah pergi menuju sambungan kehidupan sejati.

3. Pada tahun 2030, hanya 2% daripada penduduk dunia akan hidup dalam kemiskinan tegar.

Pemberantasan kemiskinan yang melampau akan terjadi dalam hidup kita. Pada tahun 1990, 42% daripada penduduk dunia hidup dengan kurang dari $ 1.25 (malar tahun 2000 dolar, PPP). Pada tahun 2005, jumlah yang telah jatuh menjadi 25%. PBB menganggarkan bahawa pada tahun 2020, hanya 10% dari penduduk dunia akan hidup dalam kemiskinan mutlak. estimasi berani saya adalah bahawa pada tahun 2030, hanya satu dalam 50 akan.

NBF - Saya tidak berfikir itu akan terjadi kerana semua itu akan turun adalah untuk 160 juta orang di negara-negara untuk tetap berada di tempat yang kebanyakan mengacaukan hidup dengan kurang dari $ 1.25. Kurang dari 5% hidup dengan kurang dari $ 1.25 malar 2000 dolar pada hari PPP.

4. Pada tahun 2030, makanan yang terbaik akan ditanam di gedung pencakar langit.

Tanah pertanian yang berasaskan sangat kuno. Tidak ada pendek dari sebuah revolusi pertanian sedang berlangsung, didorong oleh visioner Dr Dickson Despommier dari Columbia University. Rencananya adalah untuk membina greenhouse 30-cerita di bandar-bandar di seluruh dunia, yang akan membolehkan kami untuk menghasilkan lebih banyak makanan, kurang wang, dengan cara yang sihat, sementara membebaskan tanah yang subur untuk alam.

NBF - Akan ada beberapa kes pertanian menegak gedung pencakar langit, tetapi tidak akan lebih dari 1% dari semua pertanian. Ini akan menjadi makanan terbaik dalam hal ini sebahagian besar akan untuk Restoran high end memiliki makanan segar dan untuk kedai runcit mewah.

5. Pada tahun 2030, kereta driverless akan biasa.

Saya yakin anda pernah bermimpi: Mendapatkan ke dalam kereta, menendang kasut anda pergi dan bersandar kembali dengan filem yang baik dan bir dingin saat kereta anda self-driven selamat membawa anda ke destinasi anda, tanpa anda perlu bimbang tentang arah atau pejalan kaki. Nah, teknologi kita perlu membuat kereta yang ada.

NBF-perlu mendefinisikan biasa. Ini ada sekarang skala yang sangat kecil di Masdar City dan lapangan terbang Heathrow. Perlu terjadi dan hal ini boleh terjadi tapi berapa banyak yang akan yang sebenarnya berlaku? Undang-undang, insurans dan masalah sosial yang lain yang perlu diatasi.

6. Pada tahun 2030, 18 bandar akan mempunyai lebih daripada 20 juta penduduk, dan New York City akan menjadi bandar ke-16 terbesar di dunia.

Saya benar-benar berfikir ini adalah anggaran yang konservatif. Walaupun penduduk global meningkat pada kelajuan yang mengejutkan, bandar-bandar di dunia memiliki laju pertumbuhan yang lebih tinggi. Saat ini, 50% daripada penduduk dunia tinggal di kawasan bandar, tetapi pada tahun 2030 nombor yang diproyeksikan mencapai 60%. Dan 93% daripada pertumbuhan bandar akan terjadi di negara-negara membangun.

NBF - bandar mungkin lebih dari itu, tapi tidak terlalu menarik

7. Pada tahun 2030, kapal terbang automatik akan mengangkut manusia.

Mungkin banyak cepat, sebenarnya. Mengembangkan rangkaian penghantaran yang berfungsi dengan baik pesawat akan membuka jalan bagi kepercayaan dalam rangkaian praktikal dari pesawat memberikan orang. Manusia memiliki kemampuan navigation terkenal miskin di persekitaran tiga-dimensi, sehingga kenderaan terbang tak berawak tampaknya pilihan yang lebih selamat daripada mereka terdedah kepada kesalahan manusia.

NBF - akan suatu autopilot pada DARPA terbang hitungan Hummer? Kemudian pada tahun 2016 dalam uji coba dan 2020 di beberapa penyebaran pilot.

8. Pada tahun 2030, pelancongan akan ruangan awam, dan 40.000 manusia akan bekerja di orbit.

Space Island Group, bekerja sama dengan British Airways, merancang untuk membina, antarabangsa multi-tujuan, stesen angkasa komersial yang, untuk memulakan dengan, akan merangkumi hotel, kemudahan penyelidikan, Restoran gourmet, dan arena olah raga (untuk baru graviti sifar- sukan) bersama-sama dengan puluhan kegunaan lain yang tidak boleh dibayangkan hari ini. SIG hanyalah salah satu dari sedikit syarikat yang bekerja pada projek serupa.

NBF - mesti mempunyai ruang hotel terjadi pada tahun 2014 dan lebih pelancongan sub-orbital boleh peralihan ke orbital dengan cara yang lebih besar. 40.000 orang secara total pada 2030 yakin. 40.000 orang di ruangan angkasa semua pada satu masa memerlukan banyak hal untuk pergi benar. Juga, hal-hal berjalan dengan betul juga akan bererti bahawa robotik dan teleoperasi tidak boom untuk mengurangkan keperluan bagi orang-orang yang sebenarnya untuk pergi.

9. Pada tahun 2030, pelakon filem yang paling akan keluar dari pekerjaan kerana persaingan dari pelaku komputer murah animasi.

Computer Generated Imagery (CGI) teknologi akan membolehkan kita untuk membuat filem dengan watak animasi untuk manusia hidup bahawa mereka menjadi tidak boleh dibezakan dari manusia, rendering pelakon (dalam filem sahaja) usang.

NBF - Akan ada filem yang lebih. Lebih Avatar dan lebih teratur filem. Lebih banyak permintaan untuk filem dari China dan India dan Korea dan Brazil. Jadi lebih bekerja untuk pelakon dan lebih CGI.

10. Pada tahun 2030, China akan mempunyai 250 bandar dengan lebih dari satu juta penduduk.

Hari ini, 90% dari orang di Inggeris dan 80% dari Amerika tinggal di bandar, manakala di China hanya 46% melakukannya. Inggeris mempunyai lima kawasan bandar dengan lebih dari satu juta penduduk. AS mempunyai 37. China 90. Itu hari ini, dan sedangkan Inggeris dan Amerika Syarikat telah memuncak dalam hal pembandaran, China hanya setengah jalan urban. Syarikat perunding McKinsey meramalkan bahawa China akan mempunyai 220 bandar dengan lebih daripada 1 juta penduduk pada tahun 2025.

NBF-mungkin, tetapi tidak begitu menarik. China akan berada di sekitar 80% pembandaran.

11. Pada tahun 2030, sejumlah besar orang akan mempunyai kekasih robot.

Ini mungkin ramalan. Bila saya aku bertanya lelaki adakah mereka akan mendapatkan pacar robot, kebanyakan daripada mereka mengatakan tidak intuitif. Mereka berfikir robot dan mereka berfikir logam, kabel, gerakan canggung dan menatap kosong. Aku akan mengatakan tidak untuk itu juga, jika mereka adalah persatuan saya dengan kata robot. Tetapi bagaimana jika pasangan robot anda nampak, terasa, terdengar dan bahkan bercakap seperti manusia? Robot yang secara fizikal tidak boleh dibezakan daripada manusia hanya 15-20 tahun lagi.

NBF - Bukan ramalan  berani benar-benar seperti mereka puluhan ribu boneka seks



Notakaki: ilookforward.com has 11 predictions for 2030. Ramalan ni jgn kawan2 percaya sgt. Hanya sebagai informasi sahaja.

Tapi 2011 yg paling dekat ngan kita kan.... so apa azam anda utk thn depan.. esok je kan.... cepat masa berlalu...... umur pun bertambah.... cukup matangkah kita...????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...