Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Friday, June 29, 2012

Ujian hanyalah penguat jiwa

Salam....*_^

Pagi yg indah dan mama kongsikan artikel nih... mama dpt dr email. baca dan fahaminya.. pg nih mama rasa tenang bila baca artikel nih.. bagaikan bangkit semangat dr diri...:)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kesusahan dan kepayahan yang dilalui dalam hidup adalah lumrah. Setiap daripada kita pasti melaluinya. Tidak ada sesiapa pun yang berani untuk mengatakan bahawa mereka tidak pernah berdepan dengan kesukaran di dalam hidup.

Anda, saya mahu pun sesiapa yang bergelar manusia wajib untuk menempuh dengan beribu gulungan ombak bahtera kehidupan. Kadangkala kita terolang ke kanan, terkadang teraling pula ke kiri. Dan natijahnya, adakah kita kuat untuk melalui kesemuanya itu? Tepuk dada tanyalah hati anda.

Ya, kita yang hidup ini perlu meneruskan hidup. Kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang. Yang hidup perlu teruskan misinya.

Yang sudah berlalu maka biarkanlah ia pergi , usah dikenang lagi. Ungkapan seperti ini sepertinya sudah menjadi kelaziman kepada dunia kita pada hari ini. Dan saya amat sukakan kalimat seperti ini.

Barang yang lepas usah dikenang. Betul? Tuan, puan, abang, kakak dan adik-adik semua… hidup kita ini sememangnya medan ujian untuk menguji sejauh mana kekuatan kita. Adakah kita ini benar-benar kuat, atau adakah kita ini sekadar pelengkap kejadian manusia di muka bumi ini.

Bukankah Tuhan juga ada menyebut di dalam kitab sucinya, kita ini sebagai manusia adalah sebaik-baik ciptaan kejadian. Disuruh untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jadi, perlukah untuk kita mencari bukti-bukti lain untuk menjelaskan bahawa kita ini benar-benar ciptaan yang terbaik daripada Maha Pencipta?

Dan apabila kita telah sedia maklum bahawa kitalah sebaik-baik ciptaannya, maka itu kita mesi tunjukkan bahawa kita ini memang berhak untuk dikatakan sebaik-baik makhluk dan kejadian..

Ya, bersedih itu tidak salah, tetapi berlebih-lebih di atas kesedihan, itu yang salahnya. Jadi, tunjukkan kepada dunia, buktikan kepada semua bahawa kitalah sebaik-baik ummat. Kitalah yang berhak untuk
menjadi pewaris ummat Muhhamd SAW.

Apa guna memandang cantiknya pakaian orang, kalau pakaian sendiri pun tidak pernah dilihat, sesekali itu lihatlah lebihnya apa ada pada diri kita, mungkin disitu terselit seribu kecantikan yang tidak pernah kita terjangka.

Kita ini hebat, kita juga sebenarnya mampu untuk mendepani setiap ujian daripada DIA, jadi mengapa mesti mudah mengalah, percayalah pada diri sendiri, anda pasti berjaya.

sumber: email.

********************************************************************************

Indahnya kehidupan bila hati lembut menerima setiap kegagalan dan cuba menhadapi segalanya dengan sabar dan tawakal.






Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************

7 comments:

RamRamCute said...

setuju...suka dengan entri ni...tq for sharing mama yana :-))

Kakzakie Purvit said...

Betullah Yana. Sentiasa pandang diri kita dulu utk berubah jadi baik daripada asyik nak komen org tak betul tak guna - dosa yg dapat...

ariana said...

Nice sharing..sama-samalah baja dan gilap hati kita dgn melakukan amalan dan ibadah kpd Allah..

Aziela said...

Yang pasti, kita kena redha dengan setiap ujian kan...

Anonymous said...

apapun yang terjadi kita kena berbalik kepada yang SATU... pasrah n redha!

aizamia3 said...

belajar untuk menerima sesuatu ujian dengan tabah dan sabar kerana tiap ujian tu ada hikmahnya..

eelobor said...

yup...setuju

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...