Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Wednesday, November 6, 2013

Bagaimanakah anda menilai pekerjaan anda?

Assalamualaikum...


Adakah anda mendapat kepuasan bekerja yang setimpal dengan usaha yang anda berikan?

    Sebagaimana yang kita ketahui, seseorang itu tentunya akan meletakkan keutamaan masing-masing apabila memilih pekerjaan. Untuk mengetahui sama ada pekerjaan atau kepuasan yang diperoleh daripada pekerjaan yang penting kepada anda, sila buat latihan yang telah disediakan di bawah. Latihan di bawah HANYA memberikan anda gambaran kasar tentang kepentingan pekerjaan anda dan kepuasan yang anda kecapi daripada pekerjaan anda itu.

Baca setiap soalan dengan teliti dan tandakan (/) untuk jawapan YA atau (X) untuk TIDAK.
Bagaimanakah Anda Menilai Pekerjaan Anda?
1.   Mahukah anda membatalkan cuti anda jika anda mendapat peluang untuk kenaikan pangkat pada waktu yang sama?
2.   Adakah anda menaruh harapan untuk hidup seperti seorang bintang filem pada satu hari nanti?
3.   Pernahkah anda idamkan untuk membeli sebuah rumah yang lebih besar pada masa hadapan?
4.   Adakah anda bekerja dengan harapan untuk membuka perniagaan anda sendiri pada satu hari nanti?
5.   Apabila tiba masanya untuk membuat sesuatu keputusan, adakah mudah bagi anda untuk melakukannya?
6.   Adakah anda mempunyai nilai-nilai diri yang boleh membuatkan anda berjaya dalam kerjaya anda?
7.   Adakah menjadi terkenal itu menarik perhatian anda?
8.   Adakah anda seorang yang sanggup menerima pujian daripada kerja yang telah dilakukan oleh rakan sekerja anda?
9.   Adakah anda seorang yang suka memberi arahan kepada orang lain?
10. Bolehkah anda bekerja dengan orang yang anda tidak suka jika keadaan ini dapat meningkatkan lagi kedudukan anda di pejabat/syarikat itu?
11. Mahukah anda menerima tawaran pekerjaan yang lebih baik walaupun pekerjaan itu akan memisahkan anda daripada keluarga anda?
12. Adakah anda berasa yang anda lebih berkebolehan daripada orang lain?
13. Adakah anda akan menghadiri majlis atau perjumpaan yang diadakan oleh ketua/majikan anda daripada menghadiri majlis yang diadakan oleh rakan-rakan anda?
14. Adakah anda berasa bosan jika anda mengambil bahagian dalam permainan yang tidak mendapat perhatian ketua anda?
15. Pernahkah anda memikirkan bagaimana anda hendak meraikan kejayaan anda sebagai seorang jutawan?

Bagaimanakah kedudukan anda?
Setelah melakukan latihan yang diberikan, anda dikehendaki mengira jumlah markah yang anda peroleh. Untuk setiap jawapan YA, berikan diri anda 1 markah.
         Jika markah anda di antara 9 hingga 15, anda seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai azam yang kuat. Anda menggunakan pekerjaan anda untuk mendapatkan kejayaan dan kekayaan. Anda mungkin kecapi kepuasan bekerja tetapi kepuasan bekerja itu tidak memainkan peranan yang penting dalam hidup anda.
         Markah di antara 5 hingga 8 menunjukkan bahawa anda bekerja hanya untuk mendapatkan wang dan tidak lebih daripada itu. Hal ini bukan bermakna anda tidak ada peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, tetapi anda masih belum bersedia untuk melakukan pengorbanan yang diperlukan dalam pekerjaan itu nanti. Pada banyak ketika, anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan. 
         Jika markah anda ialah 4 dan ke bawah, anda seorang yang tidak mementingkan darjat atau gaji yang lumayan. Anda lebih suka memilih pekerjaan yang memberikan anda masa lapang. Anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.



SUMBER : SINI


 hehe... jom cuba memahami kita sendiri dalam pekerjaan yg kita lakukan skrg... cuba perbaiki diri jika mmg kita nih berada dalam ruang lingkup jauh dari apa yg kita hendak... semoga kita akan berjaya... :-)

lagipun nih awal tahun kann... elok kita berazam utk berubah... demi hidup yg lebih baik...



1 comment:

eelobor said...

Yer betul tu, jom sama2 berubah....tp ada sesetengah perkara tetap x boleh nak berubah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...