me salah sorang peminat cite bersiri Keluarga Iskandar kat astro 104 ke 105...(tak sure lak psl suka tukar2 rancangan.. hehehe) mmg menghiburkan sungguh.. siri2 setiap episod tuh mmg banyak bagi penginsafan dan cukup2 kelakar.. hahaha
nih mama kongsikan sipnosis cite nih... :P
Sinopsis Episod Drama Keluarga Iskandar
Episode 1
Keluarga Mak Jah bersiap-siap untuk perkahwinan Azlan tetapi masalahnya, Azlan tidak mahu naik pelamin. Pada masa yang sama, Kamal, suami Azura mendedahkan bahawa beliau belum memberitahu isterinya yang beliau telah diberhentikan kerja sejak 3 bulan yang lepas.
Episode 2
Azlan teruja memulakan hidup barunya bersama dengan Nur tetapi baru mendapat tahu bahawa Jojo, anak Nur, tidak suka Azlan berkahwin dengan Nur. Lebih teruk Lagi, Jojo mengugut Azman. Kamal mereka cerita tentang seorang pekerja yang telah dibuang kerja disebabkan sakit perut kepada Azura tetapi penipuannya diambil serius oleh Azura dan membuat Kamal terperangkap. Pada masa yang sama, Adibah terpaksa berkongsi bilik dengan Mak Jah yang sering mengigau.
Episode 3
Kay ( Kak Ngah ) dan Abang Ngah mendapat tahu bahawa anak kandung mereka Om, telah diturunkan kelas walhal anak angkat mereka Salahuddin amat cemerlang dalam mata pelajaran. Insiden ini membuat mereka mempersoalkan baka keturunan masing-masing. Apabila Adibah dengan berjayanya mendisiplinkan seorang kanak-kanak mengada di sebuah restoran, Azlan meminta tunjuk Adibah bagaimana untuk mendisiplinkan kanak-kanak.
Episode 4
Hari Ramadhan Pertama bersama keluarga Iskandar. Kamal dan Azura terlepas sahur, Azlan tidak bersetuju apabila mendapat tahu Nur mengupah Jojo duit untuk berpuasa, Abang Ngah dan anak-anak lelakinya lemah menonton tv sepanjang hari dan dari pengalaman tahun-tahun sebelum, Mak Jah tidak mahu memasak disebabkan ketamakkan anak-anak membeli makanan berlambak semasa puasa.
Episode 5
Kamal tidak dapat bergaul dengan adik beradik Jua semasa bulan puasa terutama sewaktu bermain bunga api dan mercun kerana phobianya takut dengan api. Mak Jah cuba mengekalkan tradisi membuat kuih raya tetapi anak-anaknya lebih gemar membeli kuih raya.
Episode 6
Adibah dipaksa oleh Mak Jah untuk mengambil kursus Ekonomi seperti arwah suaminya, Haji Iskandar.
Episode 7
Abang Long mendapat tahu bahawa Kamal telah diberhentikan kerja dan sudah sekian lama menipu pada Azura.
Episode 8
Mak Jah masuk Facebook dan menyebabkan satu Keluarga Iskandar havoc. Sejak mengetahui rahsia Kamal sudah diberhentikan kerja, Kamal dibuli Abang Long .
Episode 9
Azura memberikan Kamal layanan senyap ( silent treatment) sejak mengetahui yang Kamal telah menipu beliau selama beberapa bulan. Ini membuat Kamal tidak senang hati.
Kak Ngah dan Abang Ngah panik apabila Om ketagih dengan permainan Angry Birds.
Episode 10
Gilirin Kak Ngah untuk mengatur jamuan hari jadi Mak Jah tetapi segala cadangan Kak Ngah tidak diterima oleh adik beradik yang lain disebabkan masalah bajet. Pada masa yang sama Kamal mula bekerja dengan Abang Ngah tetapi Abang Ngah merasakan Kamal seorang yang pelik.
Episode 11
Norlina, sepupu yang paling poyo dan tidak disukai oleh semua ahli Keluarga Iskandar datang melawat dan membuat semua orang sakit hati.
Episode 12
Hari jadi Om dan Adibah memberi Om hadiah arnab yang tidak di sukai oleh Kak Ngah. Pada masa yang sama, adik Kak Ngah , Rubi datang melawat dan memberi Mak Jah peluang untuk berbicara dalam bahasa Inggeris.
Episode 13
Apabila Azlan menawarkan rumahnya dan Nur membuat kenduri doa selamat, semua ahli keluarga cuba menyakinkan beliau agar buat di rumah lain disebabkan rumah mereka yang kotor.
Abang-abang Adibah tidak berkenan dengan pilihannya seorang lelaki berambut panjang.
Episode 14
Salahuddin hairan kenapa jenis darahnya tidak sama dengan jenis darah ibubapanya. Kamal yang rajin posting resipi istimewanya di YOUTUBE dapat tawaran untuk menjadi hos rancangan memasak dan ini tidak dipersetujui Azura.
Episode 15
Azlan kecewa bila mendapat tahu Kak Ngah mengandung sekali lagi dan beliau dan Nur masih gagal mendapatkan anak. Kak Ngah dan Abang Ngah membawa Salahuddin berjumpa dengan Azman Tugiman, ayah kandung Salahuddin. Kamal yang rajin posting resipi istimewanya di YOUTUBE dapat tawaran untuk menjadi hos rancangan memasak dan ini tidak dipersetujui Azura.
so jom sama2 menunggu rancangan nih.. cite ni ditayangkan setiap selasa kul 10mlm.. hehehe.. kalu tak sempat boleh tgk siaran ulangan tp tak sure sgt yg ulangan tuh sebab mama kekadangan tak peratikan sgt kul berapa dan waktu mana.. main tgk jew ulang2.. tp ulang2 pun besh jew.. hahaha
skrg dah masuk episod yg ke 12 dah nih... tak syok arr pasni bila rancangan nih habis.. huhuhu
Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...
muah... muah.. ;)
****************************
3 comments:
saya mmg [eminat setia citer ni...
bila dok tgk sorg2 pun ble tergelak2,,,
kelakar...=))
ala, da nk abes ke..??
Akak pun suka tengok citer ni. Orang ada jugak kutuk2 kata sama macam modern family sitcom US tu. Tapi sebenarnya konsep je sama sebab cakap depan kamera camtu. Isi citernya sangat lain dan sesuai dgn adab2 timur kita ni. Tertunggu2 je kan hari Selasa.
mula2 tgk jgk, tp makin lama makin boring pulak huhuhuhu
Post a Comment