Assalamualaikum...
Sharing is Caring.. Kredit pd SINI
Sharing is Caring.. Kredit pd SINI
Sejak akhir- akhir ini, banyak sekali masalah yang datang kerana suami curang,.. ada yang sampai terlanjur, baik dengan isteri orang atau wanita bujang.. iman kita semakin rapuh, … nipis dan keluar masuk dari dalam diri lebih laju dari biskut ‘sekejap ada, sekejap tak ada’… astaghfirullahilazim.muga ALLAH berbelas kasihan dan mengampunkan dosa-dosa kita…. tidak hairanlah bala bencana alam di sana sini,..ingatan dan amaran dari Allah bagi yang menggunakan akal fikiran.
para isteri yang terlibat, ada yang cuba mencari ketenangan dengan membaca pelbagai buku, blog dan laman web untuk merawat hati yang dah hancur luluh, agar mampu bangun dan menghirup udara Allah ini dengan kekuatan baru dan tidak terusan kecundang dalam penderitaan. pelbagai persoalan timbul dalam benak fikiran.. apakah mahu diteruskan perkahwinan ini.. bagaimana dengan nasib anak-anak..???
sebenarnya , jodoh dan pertemuan adalah di tangan Allah,.. sekiranya jodoh kita telah tiada, maka jalan ke arah itu amat mudah dan dilorongkannya tanpa banyak onar. namun, jika jodoh masih panjang, maka usaha kita mahu memutuskannya akan dipenuhi dengan pelbagai masalah dan rintangan,..
ada isteri yang berfikir dan mengambil kira nasib anak-anak lalu berniat untuk meneruskan perkahwinan dan mahu menerima kembali suami mereka walau mengetahui kecurangan suami…namun, yang menjadi halangan untuk hidup kembali seperti dahulu adalah emosi yang tercalar dan hati yang dah terluka.. bagaimana mahu merawatnya…
setiap sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita Allah jadikan atas sesuatu asbab dan punya hikmah yang tertentu… tidak ada suatupun yang dijadikanNYa dan yang ditaqdirkanNYA berlaku itu dengan sia -sia dan tanpa perancangan….
kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allahlah yang hebat dan yang pasti berlaku. kita merancang untuk hidup bahagia, dari mula bercinta sehingga ke akhir hayat, namun Allah merancang untuk menjadikan perkahwinan kita sebagai medan ujian ,,untuk melihat sejauh manakah kita mengaku menjadi hambaNYA.. namun dosa dan kebaikan yang kita lakukan adalah dengan pilihan kita sendiri dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti… Allah mengizinkan dan Dia yang Maha Mengetahui…
untuk isteri, yang paling utama bagi merawat hati yang terluka atas tindak tanduk suami adalah fikir dosa sendiri,.. jangan fikir dosa suami dan dosa orang lain.. nampak’ peranan’ kita dalam ‘mendorong ‘ suami berdosa… muhasabah diri kita… kenapa ALLAH uji kita begitu…
tiada guna kita asyik fikir kenapa suami sampai hati melakukan dosa, tidak takutkah dengan Allah, tidak ingatkah pada anak-anak.. tidak sayangkah pada kita dan bagai.. kerana ini bukan penyelesai masalah.. malah makin mengeruhkan suasana dan membuatkan kita semakin menderita sedangkan kita tidak mampu berbuat apa-apa.. ‘what done cannot be undone’.. dosa hanya terampun dengan taubat kepada ALLAH.. sesungguhnya DIA maha pengampun dosa-dosa besar…
muhasabah diri kita.. apa yang tidak beres dalam hubungan dengan suami ,.. apa yang dia benci tapi kita tetap buat walau telah ditegur atau ada suami yang pendiam tidak bersuara walau tidak berkenan dengan perangai isteri..simpan dan pendam dalam hati sehingga jadi nanah yang besar dan hanyir..bila pecah hanya tinggal bekas lombong yang besar kerana isi dah busuk…
adakah kerana mulut, yang kuat berleter dan menjawab.. adakah kerana muka yang mudah masam dan memuncung… adakah kerana lidah yang lincah mengeluarkan kata-kata yang pedih, penuh sinis dan sindiran … atau bagai..
anggaplah ia kerana kafarah dosa kita sendiri atau sebagai ujian dari Allah untuk menaikkan martabat kita..
untuk merawat hati yang terluka,..kita perlu fokus pada diri kita.. dosa kita dan hubungan kita sendiri dengan ALLAH.. tak boleh sekali-kali kita merasional hati kita bahawa kita perlu fikir tentang dosa dan tindak tanduk suami.. tak akan terubat hati kita..kerana fikirkan dosa suami hanya akan menarik bisikan syaitan, haiwan dan nafsu yang tidak pernah menjanjikan penyelesaian sebaliknya kemusnahan yang besar..
nampaklah ALLAH dalam segala hal.. anggaplah ini sebagai kasih sayang ALLAH agar kita tidak terusan lalai,.. agar kita tersedar dari tipu daya dunia yang tak pernah alpa menarik manusia untuk terusan melupakan kehidupan yang sebenar di akhirat nanti..
insyaallah.. carilah ilmu atau rawatlah diri dari belenggu emosi dan bisikan buruk dalam hati kita..
sesungguhnya dunia ini hanya sementara..anak dan suami adalah tempat kita berbakti sebagai bekal di akhirat nanti..insyaallah..
2 comments:
Untuk mengelak kita melakukan perbuatan jurang cuma jaga pergaulan.. pergaulan tu la punca kita terjerumus dalam curang tak kira di luar atau di laman sosial
yana ok kan??
walau apapun y berlaku,
bersabarlah..s
setiap org diuji dgn ujian rumahtangga..
maybe dgn terjadinya pkara mcm ni blh mbuka mata kt seluasnya..blh juga kita audit diri n psangan kt.
Post a Comment