Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Tuesday, November 12, 2013

Grow up..

Assalamualaikum...

hai... lama tak update.. kiki... arini sajew nak cite kisah aritu.. masa kaki kita membengkak dan sakit... gara2 kaki takde mata.. kahkah

Me kan sakit kaki ari ahad pagi.. Tp smpi malam baru la tergedek2 nak cari klinik.. Ingat tuh keadaan terkawal.. Malas nak gi klinik wlpun masa tuh cam bengkak sikit dan sakitnya ya allah berdenyut2..

Lepas maghrib gitu me ajak papa bw mama gi klinik.. Tak tahan sakit.. Pastu risau sikit sebab me cam takleh nak pijak penuh kaki tuh... Takut la patah ke apa kann...

Masa me siap2 tuh... Boleh dia tanya.. 'Mama tak bawa baju ke.. Karang kena tahan kat hospital takde baju lak'

Amboi... Dia ingat sakit mama serius sgt kot.. Smpi suruh bawa baju... Kiki... Suka ke mama kena tahan masuk ward..??

Papa ckp la.. 'Mama nak gi klinik jew.. Nak minta ubat.. Kalu doktor ckp teruk baru gi spital.. Nnt kena tahan ward maman la jaga mama yer... Hihi'

'Ok.. Boleh jew...'

See... Dah matang sikit kann teruna mama... Hihi... Siap nak suruh mama dok spital lagi... Suka la tuh.. :)

Sunday, November 10, 2013

Apa komen anda pasal jenama ini

Assalamualaikum...






mak mentua dan adik ipar mama dah pakai lama.. dah nmpk perbezaannya... semua dah cerah dan jeragat mil pun dah hilang.. skrg muka mil lagi cerah dan nmpk muda jika nak dibandingkan ngan menantu kesayangannya ini... kiki


kita pun nak jelita jugak... kahkah...:-)

nnt boleh la ckp... cam cantik jew... cam comel jew.. kannnn

Thursday, November 7, 2013

Semakin sembuh... :-)

Assalamualaikum...






me suka drive tak pkai kasut.. kiki... sila jgn saman yer bapak polisi.. :-)


arini cuba2 bawa keta... alhamdulillah.. bengkak dah semakin kurang.. berdenyut sakit pun belah malam jew... tp takper.. telan jew ubat tahan sakit kannn... :-)

arini mama cuba drive ke umah mil... ala bukan jauh pun... dalam 15minit jew pun :-P

dan arini mama drive hantar maman dan adam (sepupu maman) gi sekolah agama... seronok la anak mama.. kiki... tak pernah2 mama hantar dia gi sekolah... :-)





thanks buat kawan2 yg mendoakan kesembuhan mama... alhamdulillah... :-)

Wednesday, November 6, 2013

WW | Spm


Selamat berjuang adikku semoga berjaya hendaknya...

Bagaimanakah anda menilai pekerjaan anda?

Assalamualaikum...


Adakah anda mendapat kepuasan bekerja yang setimpal dengan usaha yang anda berikan?

    Sebagaimana yang kita ketahui, seseorang itu tentunya akan meletakkan keutamaan masing-masing apabila memilih pekerjaan. Untuk mengetahui sama ada pekerjaan atau kepuasan yang diperoleh daripada pekerjaan yang penting kepada anda, sila buat latihan yang telah disediakan di bawah. Latihan di bawah HANYA memberikan anda gambaran kasar tentang kepentingan pekerjaan anda dan kepuasan yang anda kecapi daripada pekerjaan anda itu.

Baca setiap soalan dengan teliti dan tandakan (/) untuk jawapan YA atau (X) untuk TIDAK.
Bagaimanakah Anda Menilai Pekerjaan Anda?
1.   Mahukah anda membatalkan cuti anda jika anda mendapat peluang untuk kenaikan pangkat pada waktu yang sama?
2.   Adakah anda menaruh harapan untuk hidup seperti seorang bintang filem pada satu hari nanti?
3.   Pernahkah anda idamkan untuk membeli sebuah rumah yang lebih besar pada masa hadapan?
4.   Adakah anda bekerja dengan harapan untuk membuka perniagaan anda sendiri pada satu hari nanti?
5.   Apabila tiba masanya untuk membuat sesuatu keputusan, adakah mudah bagi anda untuk melakukannya?
6.   Adakah anda mempunyai nilai-nilai diri yang boleh membuatkan anda berjaya dalam kerjaya anda?
7.   Adakah menjadi terkenal itu menarik perhatian anda?
8.   Adakah anda seorang yang sanggup menerima pujian daripada kerja yang telah dilakukan oleh rakan sekerja anda?
9.   Adakah anda seorang yang suka memberi arahan kepada orang lain?
10. Bolehkah anda bekerja dengan orang yang anda tidak suka jika keadaan ini dapat meningkatkan lagi kedudukan anda di pejabat/syarikat itu?
11. Mahukah anda menerima tawaran pekerjaan yang lebih baik walaupun pekerjaan itu akan memisahkan anda daripada keluarga anda?
12. Adakah anda berasa yang anda lebih berkebolehan daripada orang lain?
13. Adakah anda akan menghadiri majlis atau perjumpaan yang diadakan oleh ketua/majikan anda daripada menghadiri majlis yang diadakan oleh rakan-rakan anda?
14. Adakah anda berasa bosan jika anda mengambil bahagian dalam permainan yang tidak mendapat perhatian ketua anda?
15. Pernahkah anda memikirkan bagaimana anda hendak meraikan kejayaan anda sebagai seorang jutawan?

Bagaimanakah kedudukan anda?
Setelah melakukan latihan yang diberikan, anda dikehendaki mengira jumlah markah yang anda peroleh. Untuk setiap jawapan YA, berikan diri anda 1 markah.
         Jika markah anda di antara 9 hingga 15, anda seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai azam yang kuat. Anda menggunakan pekerjaan anda untuk mendapatkan kejayaan dan kekayaan. Anda mungkin kecapi kepuasan bekerja tetapi kepuasan bekerja itu tidak memainkan peranan yang penting dalam hidup anda.
         Markah di antara 5 hingga 8 menunjukkan bahawa anda bekerja hanya untuk mendapatkan wang dan tidak lebih daripada itu. Hal ini bukan bermakna anda tidak ada peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, tetapi anda masih belum bersedia untuk melakukan pengorbanan yang diperlukan dalam pekerjaan itu nanti. Pada banyak ketika, anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan. 
         Jika markah anda ialah 4 dan ke bawah, anda seorang yang tidak mementingkan darjat atau gaji yang lumayan. Anda lebih suka memilih pekerjaan yang memberikan anda masa lapang. Anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.



SUMBER : SINI


 hehe... jom cuba memahami kita sendiri dalam pekerjaan yg kita lakukan skrg... cuba perbaiki diri jika mmg kita nih berada dalam ruang lingkup jauh dari apa yg kita hendak... semoga kita akan berjaya... :-)

lagipun nih awal tahun kann... elok kita berazam utk berubah... demi hidup yg lebih baik...



Tuesday, November 5, 2013

Video lumba lari yg mengecewakan





Assalamualaikum...


First time upload video kat sini... :-)

Nih video yg papa ambik masa sukaneka sekolah maman ari ahad lepas...

terdengar suara papa ckp.. "maman last sekali"

dan dibangkang oleh bestfriend maman... kiki...





nih la alif... sepupu maman yg bersemangat bagi sokongan padu utk maman... :-)


tp sayang... maman dpt no last dlm acara lumba lari 50m ... maman dpt no satu dalam lumba lari masukan air dalam botol... pastu maman dah tak larat dah... penat.. kata maman...


takper la... janji maman enjoy sudah... kannnn... bg mama... mama berbangga ngan maman... :-)

 pagi tu lg dia cam takmo gi.. maybe dia dah tau lawannya kuat2 belaka kot... haha




Selamat menyambut tahun baru uols... semoga sama2 berazam utk berubah kearah yg lebih baik... insyaallah... :-)


Dinding rumah unik bercorak batik

 Update: saksikan kekreatifan mereka...


Dinding Rumah Unik Bercorak Batik Di Negara Paling Miskin
Mud Rumah TiΓ©bΓ©lΓ©, Burkina Faso Afrika. TiΓ©bΓ©lΓ© adalah sebuah kampung di Burkina Faso, sebuah negara miskin di Afrika Barat. TiΓ©bΓ©lΓ© terkenal kerana seni bina yang menakjubkan Gourounsi tradisional mereka dan dinding rumah dihiasi  mereka.




Burkino Faso mungkin merupakan negara termiskin di dunia tetapi orang-orangnya yang begitu kaya dengan budaya dan menghias rumah-rumah mereka dengan cara ini adalah sebahagian daripada warisan budaya indah mereka.

Orang Kassena telah menetap di wilayah Burkina Faso dalam 15 abad. Orang Kassena membina rumah-rumah mereka sepenuhnya bahan-bahan semulajadi,tanah, kayu dan jerami. Selepas pembinaan, wanita itu membuat mural di dinding menggunakan lumpur berwarna dan hitam putih. Reka bentuk yang juga berfungsi untuk melindungi dinding diri

__,_._,___
Sumber email.
Me tak pasti kalu picnya dpt korang tgk ke tak... Hehe... Nih update blog melalui email jew nih.. Kalu ikutkan kat pandangan me skrg pic dia cam takde la.. Huhu

Monday, November 4, 2013

Ini takdirnya...

Assalamualaikum...

Minggu lepas semasa teman2 ofis sibuk bertanyakan siapa yg bercuti hari isnin..almaklum la cuti tersepit.. kiki

Me senyum dan cakap me tak cuti... cuti tinggal 2 hari jew lg... me nak simpan cuti utk hal2 yg diluar jangka... tp jika nak dikatakan hal sebenarnya ialah.. hati dan perasaan me meronta2 malas nak gi kerja... lagi2 la ngan keadaan meja yg tak besh.. takleh nak curi masa (teruk kan me) hihi...kerja jew.. robot pun boleh meletup nih... kiki

tp tuh la.. kejadian pg ahad mengubah segalanya... bukan hanya boleh lepak malah kena melepak.. sebab kaki sakit.. nak bergerak pun susah... wuhuwuhu

yg best tuh.. maman jadi my penjaga.. kiki.. dia takmo gi umah wan (mil) dia... sekolah tutup arini.. sebenarnya siapa yg jaga siapa nih.. kannnn.. :-)


Sunday, November 3, 2013

Malang Tak Berbau



Assalamualaikum..



nmpk tak pic tuh..??


kaki kita sakit la awak.. hehe.. terlanggar pintu pagi tadi.. bangun nak gi ambik air sembahyang subuh tadi.. bergelap jee... camner tah.. sakit tak hengat... berdenyut2 ok.. huhu

nmpk cam biru sikit kat belah tepi jari keliking kaki kanan mama... dah letak yoko yoko nih.. tp maybe nak kena gi klinik kot.. huhu

dah arini maman ada sukaneka kat sekolah.. tak dpt la nak tgk anak mama berlari arini...:'(

pray for all gud thing in my life uols... huhu

Saturday, November 2, 2013

Happy Deepavali


Happy deepavali and enjoy ur holiday friend... :p



Pic : snap kat depan lobi office.

Friday, November 1, 2013

Gurau senda

Assalamualaikum...

Pg2 biasa bertegur sapa ngan opisboy sebab skrg dia duduk dpn me.. dia selalu berpindah randah punya.. takde meja khas utk dia pun.. kalu ada meja kosong situ la dia duduk.. kiki.. skrg my jiran org Filipina.. dia blk kg for renew visa tgk2 tak dpt renew.. so dia stuck kat sana.. dah dkt sebulan dah..

Dia tegur me.. katanya.. ari2 kau mkn roti.. kaya kau..

Eh.. mana ada.. kau ari2 mkn nasi lemak tuh.. lg kaya..

Betul tak..?? hehe

Kita mkn roti pun rege rm0.60 jew satu.. kadang2 telan satu kadang2 dua.. hehe









Kalu tgk smpt nak beli telan biskut kat office.. apa de hal… kannn


Orang kaya ke..?? hahaha










Thursday, October 31, 2013

Signorina frm salvatone ferragamo

Assalamualaikum...
New perfume... Mula2 cium cam teringat2.. Ada keinginan nak beli tp cam mana boleh terlupa... (rasanya terlupa sebab money takde masa tuh.. Eh.. Bila la money ada eks.. Time gaji kot.. Sekejap.. Pastu kering blk.. Kiki)



So lama juga ai terlupa smpikan sis in law tunjuk dia beli.. Dan sekali lg tercium baunya me termimpi2 lg.. Kahkah


Dan bila dpt semalam terus sembur kat baju dan dibawa tidur.. Kiki.. Tp tak ingat ada mimpi ke tidak.. Kahkah.. Dasyit dek penangan minyak wangi nih.. :)


Dan pagi nih pakai lg.. Perasaan me skrg cam.... Hhhmmmmmm... Nape perasaan teruja dan besh itu hanya sebelum dpt..?! Maybe kena pakai lg dan lg baru rasa kerasiannya... Kena kasi 'rasi' sebab dah beli.. Kannnnn



Baunya lembut.. Sesuai utk pakai gi opis arr.. Takde la nak menarik perhatian si hidung belang.. Cuma takut belah petang karang baunya tak mampu kaver bauan makanan, bau rokok, bau asap keta (persekitaran) dan bauan dr diri sendiri like peluh.. Kiki.




Kalu rajin kena bawa la myk wangi tuh ke opis... Sembur lg buat belah petang.. Belah ptg la yg harus di kaver kannnn... Kiki.. But me nih malas nak bawa.. Kalu bwk pun kadang2 lupa gak nak menyembur.. Not my habit la... Kiki



Macam2 eks.. :)


Wednesday, October 30, 2013

Exsiden pg tadi



Gmbr ambik kat kwsn rumah... Nak kuar ke highway putrajaya-cyberjaya...



Dan try test kamera tipon aka nak jadi wartawan cabuk... :)



Motor sama motor... Dua2 sakit... Dan dua2 belah jalan sangkut.. Kita yg nak masuk office awal pun tetap masuk lewat.. Itu takdir...

WW |faham ke idak..??

Assalamualaikum...






cuba teka.. berapa jumlah yg ditulis..??




mula2 me fikir no 6 tp silap.. hihi



Tuesday, October 29, 2013

Bila 'Makcik' dpt kamera baru

Assalamualaikum...

Kisah nyonya2 kat office nih.. haha.. (dua org jew pun tp kecoh sgt..) diorg nih selalu jadi bahan gelak ai... hahaha

Venue : office
Time : lunch hour

Me lepas makan.. cepat2 buka blog dan blogwalking.. syok2 tuh.. dengar diorg gelak.. pusing belakang tgk diorg dok snap muka sendiri.. yg obvious is.. guna kamera baru.. kamera baru di repeat ok.. hahaha

Bukan main lg kann.. geleng kepala jew la..

Tgh nak sambung balik my blogwalking.. dtg si pei..[pei nih amoi yg tegur pasal tudung me] kami borak2 jew la.. almaklum jika kat tmpt lama dulu ari2 senyum2 ngan dia wlpun takleh nak borak.. jadi la kann.. skrg  me membelakangi jln/laluan diorg2 nih.. so tak nmpk apa la diorg buat.. diorg lak nmpk apa ai buat.. mana aci kannnnn

Me : ada org beli tipon baru arrr

Pei : kiki.. biar arr dia.. 

Me : diorg kaya boleh la kannn

Pei : u kaya apa.. Cuma u jenis down to earth.. tak suka tunjuk2..

Me : mana ada.. kalu ai kaya.. ai tak kerja tau

Pei : jgn suka rendah diri sgt la.. know la u..

Me : mana ada.. u jgn buat fitnah tau.. ai nih lg susah dr u tau.. huhu

Kami sama2 tergelak.. (korang jgn fikir lain lak.. dia bergurau tuh... dan sy berdoa dlm hati agar guraunya menjadi... amin)


Sebelum dia gerak ke tmptnya.. sempat dia ckp.. tmpt u nih tak sesuai nak buka internet tau.. ai ckp la ai tau.. tp ai buka time lunch hour.. kalu time kerja ai buka jugak ar… tp time ai betul2 boring arrr but ngan hati2 wlpun pernah kantoi.. hahaha

Well mmg nak kena belajar meninggalkan internet dan blog time bekerja.. sori blog.. ai will miss u.. nnt kita jumpa time ai free kat umah jew la yer.. insyaallah...


Takkan Ada Sama

Assalamualaikum....

Sajer nak sharing kat korang... Common kan... Mesti tak pernah rasa ada cukup... Sedangkan baju dah melimpah2 dah.... Kiki


Pic from fb.

Konvo Dia Bukan Konvo Aku..

Assalamualaikum...

Konvo Dia Bukan Konvo Aku.. tp Aku yg Lebih..

Title entry bukan main lagi kontroversi.. kiki.. me like.. :)

Kami bermalam kat  homestay satu malam dan pagi2 bergerak ke Umt... :-D

My sis dah settle dah dianya Master (mana tau kalu dia rajin.. nak suruh dia buat terus phd)... so kami ramai2 nak sama2 bagi semangat kat dia.. biasa la.. kami masing2 dah lama dah tinggal dunia belajar nih.. kiki..



ini la orgnya.. :)

cumil like her sister.. kiki.. 


pic nih semua me ambik kat fb my sis.. dia yg rajin kombined kan semua pic yg ada... cumil jer kann... jimat space.. senang nak upload pun yer.. :)



pasni nak tunggu yg last tuh grad.. lama lg kannn.. 



atau next year yg ini lak grad.. hehe

my amirul husni (brother)

budak yg dulu me bawa kehulu kehilir masa dating ngan pakwe kahkahkah
sekarang dah mengalahkan bapa org dah..
:)



siapakah pilihanku.. cehwah.. budjet laku la tuh.. kahkah


Sori teman.. skrg mmg tak sempat nak update blog.. nih pun laju2 sebab semua org meeting.. kahkah... 

do take care n jgn serik dtg blog mama yer.. 

nnt ai try blogwalking belah malam cuma skrg my line tenet dah azab dah.. dia minta nyawa (suruh topup la tuh.. masalahnya belum ada gaji lagi... tunggu yer tenet yer)

:)







Friday, October 25, 2013

Slang tak reti tukar


Assalamualaikum semua... Moga kwn2 ceria semuanya... :-D


Arini nak sembang ngan uols... Sambil nak cite kisah kelakar me masa bw tokma ke hospital kota bharu aritu.. Kiki... See dah tergelak sendiri dah... Me teringat dah nih... Kiki

Ok.. Kita cite yer... ;p


Masa jumpa doktor lepas sedutan pertama tuh.. Me just follow belakang tokma jew sambil wassap ngan papa... Sambil update psl tokma ngan sms adik mama kat umah... Tokma duduk kat kerusi yg berhampiran meja doktor.. Meja doktor semuanya tengah2 antara katil pesakit... Eh harus uols ingat yer.. Ini bukan kat wad yer tp kat tmpt emergency zon kuning (separa kritikal)

So kiranya doktor kat situ doktor yg on-call jer semua... Muda2 lg doktor aritu... Adik2 kot dr ai nih... Hihi


Ok.. Melalut... Sori uols...

Me duduk sebelah tokma bila ada yg beralih gi ambik ubat... Me sebenarnya tak tahan dah berdiri jew... Nmpk kerusi je me duduk.. Hihi

So dtg la sorang doktor perem nih check dada dan belakang (nak dengar tahap semput kat paru2 tokma... Pastu dia tanya history sakit tokma.. Dia nmpk cam blur jew.. Pastu dia tanya ngan sorang lg doktor lelaki... Tokma bisik kat me dulu (1okt) doktor tuh jugak yg check tokma... [tokma dah pernah serah diri pd 1okt aritu... Tokma ingat dia dah redha kalu kena tahan ward dah tp tak kena tahan]

So that doktor lelaki check blk tokma dan dia bertanya ngan tokma... Me lak masa tuh mendongak kepala pandang that doktor... Ya allah ya rabi.. (bukan niat nak mengata tp mmg yg amat sgt... Tak tahan u]

Mesti korang teka yg me terkejut tgk that doktor yg hensem lg putih melepak... Ehemmmm... Mmg la ensem tp pangkat adik arr... Kiki... Yg tak menahan nyer... Bau mulut dia... Ya allah... Mungkin dia busy sgt dan tak smpt nak gosok gigi kot... Tak tahan u... Cepat2 me bangun dan pindah kerusi lain... Haha... Tp tiba2 dia lak menanya me psl sakit tokma... So nak taknak cuba la jugak tahan diri... Huhu.. (besar pengorbanan seorg doktor eks)

Tuh belum lg yg kelakarnya yer... Yg kelakarnya doktor2 situ bercakap sehabis mungkin nak ber'slang'kan kelate... Me lak nama je anak jati kelate boleh speaking 'LUAR'  bikin malu sajer... Kannnnnn

Lepas dua tiga perengan bercakap baru teringat... Me nih dok di mana.. Di kelate... Buleh tak bertukar sendiri me nyer slang eks... Haha... Sengal sgt kannnn

Selalunya jika terdengar slang kelate kompom sendiri kuar slang ambo... Nih gamaknya letih kot smpi kepala blur gitu... Almaklum baru smpi kul 3pg tadi.. Pastu dilayankan tokma yg tak lena/takleh tido.. Jadi tingtong kita... Hihi...



tokma kat hospital kota bharu

Thursday, October 24, 2013

Kekhilafan diri

Assalamualaikum....


Sebenarnya me taknak post sini... Cam bercerita ttg keburukan diri lak... Tp cam tak jujur pd diri sendiri jugak sebab update ttg benda2 best jew... Cam diri ini bagus sgt... (bagus ke... Besh ke diri ini... Diva kah..??? Kahkah)


Well.. Benda ni byk kali kot berlaku tp maybe tanpa sedar kot.. Mungkin jugak me sendiri tak suka tgk kalu org lain yg buat.. Mesti kena kutuk itu org... Tp kutuk kita2 jew la kot... Hahaha


Then mungkin kita pun pernah kutuk org so ini masa org lak kutuk me... Kiki


Masa blk kelate aritu.. Singgah kat rnr benta... Nak mengisi perot sambil2 betulkan urat... Me kuar jew dr keta.. Terus belek phone... Bukan takleh buka dlm keta tp cam rasa pening lak berayun2 keta sambil baca fb.. Kiki.. Bc fb ok... Haha... Baca komen from kwn2 kat wall mama... Ada kwn majuk2 lak me blk kg tak ckp dia.. Kiki.. Tuh sesi pujuk memujuk arrr...


Bila smpi kat meja mkn kat satu gerai... So ada adik kot ambik order kami... Mungkin sebab me ngah konsentrate kat phone ms tuh... Me rasanya angkat kepala dan cam termenung nak minum apa... Then me ckp gini kot... `hhmmm.. Air suam jew la`  then tunduk blk tgk screen tipon... Papa tegur la mama lepas adik tuh beredar... `nape ckp ngan org gitu..` 

Eh... Mmg cam konfius jap... Ada salah ke meh...?? papa ckp me cam ckp menengking ngan adik tuh td... Ehh... Biar benar dlm benak ku cuba ingatkan blk... Cam takde pun... Tp maybe sebab me dah di'pengaruhi' oleh tipon masa tuh so maybe me bercakap agar kuat kot...  atau disebabkan berjln jauh.. Naik turun bukit buat telinga jd pekak dan dengan sendirinya bercakap ngan kuat....Huhuhu (logik ke alasan tuh... I sumpah takde niat nak tengking2 org... Sapa la sy nih kannn..)


Gamaknya org lain perasan sama kot... Sebab cam ada yg pandang2... Tp tak pasti la pandang kami atau tv.. Sebab kami dok dkt ngan tv.. Huhu


Masa bayar tuh.. me cuba nak senyum kat adik tuh.. kunun nak pohon maaf cara halus gitu.. tp dia tak pandang pun me.. oh.. berkecik hatikah dia.. aduhai.. dosa eks..



pic from google.




Bukan nak membuka aib diri.. cuma diharap jgn ada buat atau me beringat pasni.. jgn nak berulang kesilapan camni lagi kannn.. huhu...




Wednesday, October 23, 2013

WW | Seriau

Assalamualaikum...


baca kat SINI seriau terasa dihati.. gerun sungguh tengok pic tuh.. apakah dah takde hati perut ke manusia sekarang.. apa salah anak gadis ini..?? tergamak eks buat gitu.. apa lelaki itu tiada adik beradik atau saudara wanita.. ibu dia kompom wanita.. tergamak sungguh.. huhu





Perhatikan anak2 kita yer kawan2.. minta dijauhkan lagi peristiwa seumpama begini berlaku lagi kat mana2 anak kita.. Ya allah.. mengigil tgk pic tuh.. 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...