Elak marah kuasai diri
Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar
Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar
SESUATU yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ke atas setiap umatnya mempunyai
hikmah tersembunyi dan ini terbukti melalui pelbagai kajian secara
saintifik. Banyak perkara dalam kehidupan yang dibimbing oleh Rasulullah
kini diakui oleh ilmuwan moden sebagai mempunyai natijah buat gaya
penghidupan yang lebih bermakna.

Antara yang sangat ditegah oleh Rasulullah ialah supaya kita jangan marah.
Orang yang dapat mengendalikan emosi marahnya dapat dianggap sebagai mukmin
yang kuat. Kita soroti satu kisah Nabi yang memberi gambaran mengenai
suruhan menahan emosi marah.

Dikisahkan bahawa pada suatu ketika ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah,
'Amalan apakah yang disukai Allah, walaupun sedikit tetapi mampu menghantarkan
pelakunya ke syurga'
Lalu Rasulullah mengatakan,
'La taghdab (jangan marah).'
Demikian juga dalam al-Quran, Allah menegaskan:
'Orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang.
(Ingatlah), Allah mengasihi orang yang berbuat perkara yang baik.'
(Maksud Surah Ali Imran ayat 134).
Kalau dilihat daripada perspektif ilmu sains moden, suruhan agar kita mengawal emosi marah
memang terkandung manfaat kesihatan buat umat manusia.

Hasil kajian sains perubatan moden membuktikan buruknya kesan kegagalan
mengawal emosi marah. Tidak hairanlah mengapa Allah awal-awal lagi sudah
mengarahkan kita supaya mengawal perasaan marah. Demikian jugalah pesanan
Rasulullah kepada kita semua.

Kajian oleh Persatuan Perubatan Amerika (AMA) juga ada menjelaskan perasaan
marah mampu 'mengalahkan' faktor aras kolesterol darah dalam menimbulkan
kemungkinan risiko terjadinya penyakit jantung koronari. Kajian terkini lagi
menggemparkan kerana dikatakan orang yang suka marah-marah akan mengundang
munculnya penyakit gusi.

Penyakit gusi adalah satu infeksi yang menyerang gusi yang berperanan
menyokong gigi. Keadaan ini adalah penyebab utama berlakunya cabut gigi pada
golongan dewasa. Ini dibuktikan sendiri melalui satu kajian klinikal.
Hasilnya, dilaporkan lelaki yang bersikap marah memiliki risiko penyakit
gusi 43 peratus lebih tinggi berbanding lelaki yang bersikap tenang dan
penyabar.

Kajian tersebut merekodkan lelaki yang mencatat skor marah tertinggi
mempunyai risiko sehingga 72 peratus untuk dijangkiti penyakit gusi. Anwar T
Merchant dari Harvard School of Dental Medicine merumuskan sokongan sosial
dan belajar untuk mengawal marah akan mampu menjadi langkah perlindungan
kepada kekukuhan gusi seseorang.

Semua hasil kajian klinikal yang telah dilakukan oleh pakar perubatan menyedarkan
kita supaya menginsafi gejala negatif yang terhasil daripada emosi mazmumah itu.
Jadi, hindari bersikap suka marah-marah dan belajar mengawal emosi dengan banyak bersabar. Inilah pendekatan yang dituntut dan diajarkan kepada kita agar kehidupan diwarnai
secara kondusif penuh bererti.
secara kondusif penuh bererti.
Ingatlah saudaraku akan pernyataan Rasulullah ini: 'Bukanlah orang yang kuat
itu hebat berkelahi. Tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan
dirinya pada saat dia marah.' (Hadis Muttafaqun 'Alaihi ). Di sini jelas
menunjukkan kecaknaan yang tinggi diberikan oleh Rasulullah dalam aspek
pemantapan emosi. Orang yang marah itu biasanya tidak dapat mengawal emosi
dan hatinya menjadi semakin keras membatu.

Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika ada seorang berjumpa Nabi dan
bertanya, "Wahai Rasulullah, berilah wasiat kepadaku?' Lalu Nabi berkata:
'Janganlah marah.' (Hadis dicatat oleh Bukhari ). Pesan Nabi lagi,
'Sesungguhnya marah berasal daripada syaitan dan syaitan diciptakan daripada
api. Hanya air yang mampu memadamkan api. Maka apabila ada antara kamu yang
marah, hendaklah dia berwuduk.' (Hadis riwayat Abu Daud ).

Ini panduan berimpak positif bagaimana melencongkan emosi marah daripada
terus-menerus mendominasi diri. Sentuhan wuduk begitu mujarab membendung
seseorang dihantui rasa marah. Cara kedua yang diajukan oleh Rasulullah
ialah dengan kaedah mengubah posisi anggota tubuh. Kata Nabi, 'Apabila ada
antara kamu marah dalam keadaan berdiri, maka sebaiknya dia duduk, sekiranya
dia tetap marah, maka berbaringlah.' (Hadis riwayat Ahmad dan at-Tirmidzi).

Subhanallah, Allahukbar! Apa yang diajarkan oleh Rasulullah sejak empat
belas abad yang kini kini terbukti kesahihannya dari sudut ilmu sains
kontemporari.

Penulis seorang guru
Sumber : email.
**Subhanallah, Allahuakbar.. Sesungguhnya hambamu ini cukup cepat naik marah ya Tuhanku..
Please do come again ;)
****************************
6 comments:
Kadang kita lupa sebab masa marah memang betul dikuasai nafsu jahat. Tak apa bila bila kita sedar cepat-cepat taubat...
Kakzakie: mmg cepat2 bertaubat.. cuma seringkali tak kuat nak menahan dr marah... hhhuuu..
Kasihan pada orang yang lahir memang ada sikap panas baran... bila marah sangat tak boleh kawal, tapi dah sejuk nanti menyesal.. dan kemudian berulang lagi..
Che Mid: yes.. i pity to myself.. walaupun bkn dilahirkan ngan sifat pemarah tp tetap sian diri sendiri pasal mudah leka ngan pujukan syaitan..:(
cuba kawal diri.. hhhuuu
kalu betul2 tgh marah, mmg keadaan akan jadi separuh sedar
NM02: memang betul.. kekadang tertanya gak.. nape la suka nak marah.. sedangkan benda kecik je..
Post a Comment