السلام عليکم
EMPAT pemuda dengan aksi Batmanning di tempat letak kereta sebuah bangunan di New York.
NEW YORK: Ia dipanggil gantungan kelawar (Batmanning). Dan ia mungkin menggantikan tabiat berbaring secara meniarap (Planking), tetapi nampaknya keseronokannya mengatasi aksi bahaya itu.
Melakukan gantungan kelawar bermakna individu itu bergantung secara terbalik dan hanya bertahan sebelah kaki di pintu, besi, pagar, belebas tingkap atau apa saja. Mudah? Tidak juga. Aksi Planking menjadi tajuk utama akhbar selepas seorang individu maut setelah melakukan aksi itu di balkoni di Brisbane, Australia. Versi terbaru ini turut dikecam kerana ia lebih berbahaya.
Pencarian Batmanning di YouTube menunjukkan ia lebih banyak mendorong kepada kegagalan berbanding kejayaan. Memang wajar kerana ia memerlukan kekuatan kaki dan otot buku lali untuk dapat bergantung.
Dalam satu video, beberapa remaja perempuan mengangkat teman mereka dan membiarkan gadis itu tergantung di pintu almari pakaian. Mereka menonton aksi teman mereka sambil berjenaka dan kemudian...BOOM! Gadis itu jatuh dan kepalanya terhentak.
Sesetengahnya pula lebih bersedia. Terdapat satu video menunjukkan seorang pelaku Batmanning memakai topi keledar ketika bergayut pada pintu dengan kaki di atas dan kepala dibawah, olah-olah tahu dia akan jatuh. Di satu tahap helmetnya terjatuh dan dia meminta rakannya memakaikan kembali kerana dia sibuk melakukan Batmanning. Beberapa saat kemudian dia jatuh. Mujur dia memakai topi keledar.
Sekumpulan pelajar Universiti Purdue menggelar diri mereka ‘Batman Boilers’ dan menegaskan mereka berjaya merakam video Batmanning yang pertama - berjaya dari segi kemahiran Batmanning dan memuat turunnya di Internet.
“Ketika kami cuba melakukan Batmanning dan berjaya melakukannya, kami dapati tiada siapa berjaya melakukannya sebelum ini,” kata seorang anggotanya, Chris Ganz. - Agensi
sumber: email
Ps: berbaloikah..?? keja sia-sia je...
♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥
2 comments:
bukan2 aje
macam2 adooo
Post a Comment