Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Monday, March 5, 2012

Korang setuju ke..??? Pernah kena ke..??

01 Mac, 2012 13:24 PM
Satu Jenayah Jika Manipulasi Data Peribadi
Oleh Hazlinda Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Ramai pengguna telefon bimbit
berungut bila menerima panggilan telefon atau teks pesanan ringkas
(SMS) daripada pihak yang tidak dikenali untuk sesuatu perkhidmatan
termasuk insurans, pinjaman bank dan kad kredit.

"Ada yang tawarkan promosi percutian percuma yang bersyarat. Perlu
hadir taklimat selama 30 minit sebelum ditawar pakej percutian
beribu-ribu ringgit.

"Minta kad kredit, bermacam-macam janji sehingga ke tahap penginapan
percuma untuk hotel di luar negara. Menyusahkan kerana bila terima
panggilan wakil jualan yang bertubi-tubi ini, kita pun termakan ajakan
dan desakan," jelas seorang pengguna, Leila (bukan nama sebenar), yang
meluahkan rasa hairan bagaimana nombor telefon bimbitnya diperoleh
wakil jualan.

Pada Mei 2010, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 diluluskan di
Parlimen dan diwartakan pada Jun tahun yang sama.

Bagaimanapun, ia dijangka dikuatkuasakan sekitar Jun ini.

TERPELIHARA

Apabila berkuatkuasanya akta ini, semua aspek perlindungan data
peribadi untuk tujuan komersil akan dijamin terpelihara.

Di bawah Fasal 4 akta ini, data peribadi ditakrifkan sebagai 'apa-apa
juga maklumat berkenaan dengan transaksi komersil yang tersimpan dan
dikendalikan secara automatik atau dalam sistem fail'.

Ini bermaksud ia berhubungkait, baik secara langsung atau tidak
langsung, dengan seorang subjek data termasuk data peribadi sensitif
dan pernyataan mengenai subjek data berkenaan.

Data peribadi sensitif meliputi data peribadi berhubung kesihatan atau
keadaan fizikal dan mental seorang subjek data, pendapat politiknya
dan kepercayaan agama.

Mereka yang menyalahguna maklumat yang diperolehi boleh dikenakan
hukuman denda maksimum tidak melebihi RM500,000 dengan kebarangkalian
hukuman penjara maksimum tidak melebihi tiga tahun, bergantung kepada
jenis kesalahan.

Mahkamah sesyen mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan mana-mana
kesalahan di bawah akta ini.

JENAYAH BARU

Di bawah akta ini beberapa kesalahan jenayah baru diwujudkan dan ia
tidak menyerupai kesalahan jenayah lain yang termaktub hukumannya di
bawah Kanun Keseksaan.

Antara kesalahan jenayah ini termasuk kegagalan pengguna data di
kalangan pertubuhan perbadanan untuk beberapa perkara seperti
mendaftar, pelanggaran prinsip perlindungan data, penjualan data,
pemindahan data tanpa perlindungan yang mencukupi dan pengumpulan
menyalahi undang-undang.

Prof Abu Bakar Munir, pensyarah di fakulti undang-undang Universiti
Malaya turut membentangkan kertas kerja pada seminar yang diadakan
baru-baru ini, untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutama
pengguna data tentang akta yang bakal dikuatkuasakan itu.

"Saya terlibat membantu Singapura dalam proses menyediakan draf untuk
akta ini digunapakai di sana tidak lama lagi. Untuk Akta Perlindungan
Data Peribadi 2010 di negara kita ini, saya diberi kepercayaan sebagai
penasihat. Akta ini merangkumi 7 prinsip dan ia tidak terpakai
langsung untuk penggunaan secara rekreasi seperti penggunaan data
peribadi untuk hal-hal persendirian, keluarga dan isi rumah.

"Akta ini melindungi subjek data atau individu yang menjadi empunya
kepada data itu," jelas Prof. Abu Bakar.

Antara seksyen-seksyen yang terkandung dalam akta ini yang menjelaskan
kesalahan yang boleh dikenakan hukuman ialah seksyen 40(3) iaitu
memproses data sensitif, 38(4) iaitu memproses data setelah kebenaran
untuknya ditarikbalik dan 130(3); mengumpul, menzahirkan atau
mengusahakan penzahiran data secara menyalahi undang-undang.

Akta ini juga baru diluluskan di beberapa negara di rantau ini seperti
Korea dan Taiwan.

DATA

Pengguna data adalah seseorang yang sama ada berseorangan atau bersama
dengan orang lain memproses apa-apa data peribadi atau mempunyai
kawalan terhadapnya atau membenarkan pemprosesan apa-apa data
peribadi, tetapi ia tidak melibatkan pemproses data.

Pengguna data ini terlibat apabila menguruskan sesuatu pemeriksaan
atau sesuatu aduan atau sesuatu penyiasatan atau semasa terlibat
dengan sesuatu notis penguatkuasaan.

Mereka ini adalah syarikat atau perbadanan atau pertubuhan yang
menggunakan data yang diperolehi untuk transaksi komersil.

Walaupun begitu, pengguna data peribadi yang terkecuali daripada
tindakan yang boleh diambil di bawah akta ini termasuk kerajaan
persekutuan dan negeri, agensi rujukan kredit dan sebarang penggunaan
untuk transaksi bukan komersil.

Agensi rujukan kredit yang boleh mendedahkan butiran penarafan kredit
terletak di bawah bidangkuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.

HAK SUBJEK DATA

Perlindungan kepada keselamatan data milik mana-mana subjek data tidak
boleh diabaikan oleh pengguna data.

"Kalau diberikan data peribadi kepada pihak bank atau institusi
kewangan berdaftar ketika membuat permohonan kad kredit atau pinjaman,
mestilah kita tidak mahu data itu jatuh ke tangan orang lain," seorang
peserta seminar, Suzy Lim (bukan nama sebenar) memberi pandangannya
mengenai perkara itu.

Hak-hak subjek data yang tidak boleh dinafikan termasuk hak mereka
untuk diberitahu, hak untuk mengakses dan menyemak, hak untuk membuat
pembetulan, hak untuk menarik balik kebenaran dan hak untuk menyekat
pemprosesan data itu untuk aktiviti pemasaran langsung atau yang boleh
menyebabkan kenegatifan.

Sekiranya pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi,
pengurus, setiausaha atau mana-mana pegawai lain dalam sebuah badan
korporat didapati bertanggungjawab menguruskan perkara yang boleh
disabitkan salah dari segi undang-undang, mereka yang terlibat boleh
didakwa bersama dengan badan korporat itu.

PENDEKATAN GLOBAL

Data peribadi amat berharga kepada sesiapa saja yang menjadi
pemiliknya, di mana sahaja di dunia.

Akta seumpama digunakan di Macao sejak Februari 2006.

"Kira-kira 90 peratus daripada akta yang digunapakai di Macao diambil
daripada dokumen yang digunakan di Portugal. Sejak 2007 sehingga tahun
lepas, lebih 250 kes disiasat dan tidak kurang 2,000 pertanyaan
diterima pihak autoriti GPDP di Macao," kata Ken Yang, wakil pejabat
perlindungan data peribadi Macao (GPDP).

Di New Zealand, akta melindungi hak peribadi ini dikenali sebagai
'Privacy Act' dan digunapakai sejak 1993, melibatkan mereka yang masih
hidup, demikian menurut Pembantu Pesuruhjaya di bahagian perundangan
dan polisi, Suruhanjaya 'Privacy' New Zealand, Katrine Evans.

Pegawai di Suruhanjaya 'Privacy' mempunyai tugas mendidik agensi
tentang akta dan menjelaskan sebab-sebab organisasi di New Zealand
perlu mewujudkan jawatan pegawai khas untuk mengendalikan bahagian
yang melindungi data peribadi.

Nasihat dan informasi tambahan dari masa ke masa tetap dibekalkan oleh
pegawai di suruhanjaya itu," jelas Evans lagi.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr Rais Yatim
merasmikan seminar mengenai akta perlindungan data peribadi 2010 yang
memberi penerangan kepada organisasi dan pengguna data negara ini,
baru-baru ini.

Jabatan yang menjadi agensi ke-19 di bawah kementerian ini, diharap
dapat meningkatkan perlindungan data yang penting lagi sensitif milik
subjek data.

TERIMA CABARAN

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Abu Hassan Ismail,
yang baru dilantik untuk agensi terbaru di bawah Kementerian
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, KPKK ini, menerima cabaran
menggerakkan strategi perlaksanaan sebaik yang mungkin.

"Antara cabaran utama jabatan ini ialah untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat selain memastikan kesediaan di kalangan pengguna data.
Untuk menyedarkan masyarakat tentang perlindungan data peribadi
mereka, jabatan akan menggunakan pendekatan pendidikan," jelas Abu
Hassan lagi.

Forum pengguna dan tribunal rayuan di bawah jabatan ini akan diadakan
setelah perlaksanaan akta dan jabatan dimantapkan lagi, katanya lagi.


sumber : BERNAMA


Mama bersetuju sesangat akta nih dijalankann.. menyusahkan sungguh mrk2 ini.. cepat2 la berkuatkuasa...mereka2 yg mencari rezeki dengan cara begini mengunakan suara2 lemahlembut... ayat2 yg menyakinkan atau bercakap cepat dan kita nih terkejar2 nak tangkap apa butir bicara... aduhai.. wlpun diberitahu tidak berminat dengan baik.. mereka masih tak ada isiperut yg kita betul2 terganggu ngan panggilan sebegini.. masih lagi nak menegakkan benang yg BASAH dgn bertanya balik 'kenapa puan... mengapa puan tak berminat... nih bagus puan' nak memancing dengan ayat2 lain lak... adeceh.. 'ikut suka hati haku la nak ke taknak.. duit haku kannn' tp itu dlm hati la kannnn... senang2 mama letak phone je.. balasan utk org2 yg tak reti bahasa...hahaha... kwn office lagi sengai.. dia buat2 talian tak jelas.. dan letak phone.. hahaha.. tak kuasa terganggu ngan pangilan sebegini...

emo sesangat mama kannn... nih pun pasal buhsan tau.. kerap sgt dpt pangilan sebegini.. takkan korang2 takde dpt panggilan sebegini..?? ada yg telefon utk kita dtg dengar taklimat ringkas utk dpt coupon spa kat hotel 5 bintang mereka.. dan bila ditanya dpt mana no phone mrk ckp dpt dr kwn mama yg kononnya suggest nama mama lepas mrk ikuti taklimat mrk.. huhuhu.. tak kuasa aku nak berspa-spa wei... dpt koupon rm50 tp bila smpi sana kena beli mcm2.. last2 spa tah kemana... hahaha...

pernah kena gak kwn office.. ajak kononnya belanja mkn... kita nih bdk br masuk office situ.. seronok la ada kwn br nak belanja... kannnn... i follow mollow la.. adeceh.. terkena wa tau.. kena dgr taklimat MLM.. siap kena bangun dan bernyanyi bagai.. makanan tak dpt.. sebab dtg lmbt.. dah2 la taklimat dekat 2 jam.. perut lapar hati sakit... sabar lagi.. last2 kwn ajak makan.. kat kedai mamak.. ingatkan dia la blanje dah dia konon ckp nak blanjer kannnn... sialan je la.. bayar sendiri.. dah la tuh masa makan tuh kwn2 dia dtg dok cucuk suruh masuk MLM mrk... aduhai... mmg menyumpah smpi ke lubang cacing arrrr.... #tp tetap di dlm hati la... mmg jika teringat kes nih... mmg sakit hati sungguh... mmg la takkan KAYA kau... kena sumpah dah ratus2 atau ribu2 org dah wei... hahaha...

Maafkan mama.. mmg sakit hati tak sudah.. nak maafkan org tuh pun.. bukan org tuh nak dtg minta maaf.. so sabar je la kannn.. insyaallah mama cuba ikhlaskan hati maafkan dia... tp tu la kannn... mcm2 org nak cari jalan nak kayo kannn... rajin berusaha cari lubang nak cari rezeki cara halal... tp last2 menipu je la keja nyer.. dah la tak sedar2... dua kali lak mama terkena... nmpk sgt la mama nih pun tak buka mata luas2 kannn... asyik kena tipu jo... hahaha... sabor je la..

sudah la wei.. mula2 dr pagi takde idea.. last2 dpt artikel nih mama panjang berjela merepek merapu.. ok la.. kita END kan ini kisah.. cuma harap ada yg ambik ikhtibar... bila difikir-fikirkan la kannn.. HALAL ke cara cari rezeki gini...?? taknak ke minta halal ngan org kamu tipu dengan cara tricky gini... ke guna peribahasa.. Orang Kuat Selalu Menang, Orang Lemah Selalu Kalah.. Nasib lu la beb..!!!

Pernah kena ke..??






Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;) 

 Sampai jumpa lagi... 


 ****************************




12 comments:

Unknown said...

err sy dah banyak kali dpt msg merepek mcm ni. tapi sy tak pernah pun percaya

Lida Rahim said...

pernah jugak dapat... cara nak tutup perbualan :
1. saya tgh drive ni (tipu sunat)
2. buat mcm kawan mama tu.. buat2 line tak elok hehe
3. terus ckp saya tak minat.. terima kasih then letak telefon haha (ni paling senang)
4. jgn angkat nombor yg tidak dikenali huhu (tapi risao gak kot2 family/kawan2 yg call)

mama maman aka yana said...

lida:
mmg kena menipu la kann.. tp kdg2 mmg taknak tipu kannn
dan mama setuju semua yg lida listkan.. mmg apa ada dlm kepala mama pun... hehehe

Lieza Nordin said...

xlayan pun kalau ada :)

Unknown said...

saya tak pernah..tapi suami selalu la dapat call yang macam ni..selalu nya suami saya terus letak telefon je...malas nak layan..

bicara mak dara said...

saya dulu pernah la dapat tp sejak dah bertukar nombor ni dah tak dapat lagi dah..

dieyna said...

selalu kena.. agen insuran mmg ada orang dalam bank untuk dapatkan maklumat kad kredit pelanggan bank.. sebab tu senang2 je dorang leh contact...

mama maman aka yana said...

tu la pasal... dpt kad kredit tak smpi seminggu dah mcm2 org call... paling senang ai ckp je mana ada kad kredit.. hahaha.. kalu dia tak caya.. then ai ckp la kat dia.. 'amboi mengalahkan ai sendiri ye ckp ai ade kad kredit kannn... u nih sapa..' terus dia letak.. hahaha

Aidah said...

Dulu kan masa asben akak baru bersara, selalu betul dia dpt sms dan phone call pasal benda2 camni. Siap ada satu call tu, tanya nak join projek ternak ikan semua. Akak musykil jugak, mana diorang tahu asben akak baru bersara. Tentu ada info rahsia yang dah tak rahsia lagi kan. Bahaya betul kalau dibiarkan.

eelobor said...

kenapa tulisan biru? susah nak baca...

Unknown said...

pernh kena tapi buat tak tahu je... kalau ade org kal tak angkat hehe

sue zainun said...

penah dapat biasanya akan cut terus cakap xnak..hehe ayat ganas terus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...