NORHASPIDA YATIM
26 Mac 2012
SHAH ALAM – Wang sebanyak RM35,000 bagi menanggung kos pembedahan Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad, 2, yang menghidap penyakit lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit, masih belum mencukupi.
Bapanya, Farid Alsuwad Mohamed Maki berkata, beliau bimbang kerana sehingga kini, setelah empat hari berita mengenai anaknya disiarkan, bantuan diterima belum mencukupi dan masih banyak diperlukan.
“Saya berasa susah hati kerana setakat ini, jumlah terkumpul dalam tabung bantuan Mawar hanya RM457 sahaja. Walaupun begitu, masih ramai yang menelefon untuk bertanya khabar dan memberi nasihat.
“Kalau boleh, saya berharap agar ramai yang akan menghulurkan bantuan untuk membantu Mawar menjalani pembedahan. Sebagai bapa, saya sudah tidak sanggup lagi melihat anak saya menanggung kesakitan dan menderita setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Mawar diberi tempoh seminggu dan dijadualkan menjalani pembedahan minggu hadapan, malangnya, disebabkan kos pembedahan masih belum mencukupi, ianya terpaksa ditangguhkan.
Mawar memerlukan RM35,000 bagi membiayai kos pembedahan di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang.
Mawar pada awalnya dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain, malangnya, dua minggu kemudian dia sering menangis tanpa henti.
“Saya tidak tahu apa punca kepada penyakit Mawar ini, nak kata keturunan, tiada keturunan kami yang ada menghidap penyakit begitu.
“Lagipun, ketika scan jantina bayi dalam kandungan sebelum dilahirkan, Mawar didapati sihat dan tiada penyakit,” katanya.
Farid Alsuwad berkata, beliau merayu agar semua pihak yang mampu menghulurkan bantuan supaya dapat meringankan beban Mawar.
“Duit dalam simpanan saya tidak mencukupi dan tidak mempu untuk tanggung kos pembedahan Mawar. Tidak kiralah siapa yang mahu membantu, saya dan isteri begitu berharap dapat mengumpul wang dalam tempoh terdekat bagi meringankan derita Mawar,” katanya.
Sumber : email.
~Jom sama2 pakat tolong setakat yg mampu..~
Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... muah... muah.. ;)
****************************
4 comments:
kesiannya adik ni..xbyk hebahan..dah 4 hari xsmp 500..hrp2 ada la yg murah hati mmbantu.kita tlg takat mna yg boleh
wah, kesiannya.. :'( insyaallah, moga dipermudahkannya~
Beratnya dugaan adik ini. Semoga dipermudahkan urusannya nanti
semoga dipermudahkan.
Post a Comment