Sebelum mengharapkan Allah menilai kita dengan baik, didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu.Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya!
Maksudnya, kita akan menilai seseorang dengan fikiran, hati dan perasaan kita.
Insya Allah, jika kita dapat melihat sisi baik pada diri seseorang, itu perasaan kita juga baik. Syukurlah. Namun jika sebaliknya, berhati hati…..itu petunjuk akan kejahatan diri kita, bukan jahatnya orang yang kita lihat.
Begitulah dalam hidup ini, kita mesti memulakan kebaikan daripada diri kita sendiri.
Caranya? Bermula dengan sangka baik. Lihat yang baik baik.Insya Allah, lama kelamaan kita akan jadi baik dan mendapat kebaikan. Pernah diceritakan bagaimana pada suatu ketika Nabi Isa a.s melalui bangkai seekor kambing bersama sama pengikutnya. Ketika para pengikutnya memalingkan muka dan menutup hidung kerana jijik terhidu bau busuk, Nabi Isa sebaliknya berkata “Aku lihat bangkai kambing ini mempunyai gigi yang putih.”
Mengapa penting kita bersangka baik dalam hidup? Ini kerana itu akan menentukan bagaimana kita melihat atau menilai sesuatu perkara, seseorang atau kejadian. Dan bagaimana kita melihat akan sesuatu atau seseorang, akan menentukan apa yang akan kita dapat daripadanya. Ungkapan terkenal dalam bahasa Inggeris “What you see is what you get”. Maksudnya apa yang kita lihat, itu yang akan kita dapat.
Jika kita ingin kebaikan dalam interaksi dan komunikasi daripada seseorang, bermulakah dengan bersangka baik kepadanya. Mana mungkin kita akan mendapat apa yang baik baik daripadanya jika kita mula dan terus bersangka buruk kepadanya. Jangan ‘menghukum’ nya awal awal lagi. Itulah prejudis. Satu sikap yang negatif yang merosakkan perhubungan yang baru bermula atau yang telah lama terjalin. Tidak sewajarnya kita merasa tidak suka atau benci akan seseorang tanpa asas yang kukuh dan jelas.
Orang yang sibuk ‘menghukum’ tidak akan sempat memberi kasih sayang. Begitulah yang pernah diungkapkan oleh orang bijak pandai. Kekadang, belum pun mula berkenalan, apalagi bercakap cakap…..baru melihat wajahnya sahaja, terus hati terdetik akan keburukan dan kelemahannya.
Ya Allah! Jahatnya hati kita.Siapa kita? Hamba, tuan atau Tuhan?
(Sumber: Fitrah Islami Online.)
from: email.
Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...
muah... muah.. ;)
****************************
5 comments:
Dalam maksudnyer Ma!!!
Mekasih kak. Peringatan utk diri sendiri juga.
Bila kita sibuk menghukum, maknanya di hati kita cuma ada rasa benci...
cuba lebih berfikiran positif selepas ni..peringatan yg baik ni..tq
Thanx
Post a Comment