Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Friday, March 15, 2013

SOLAT JAMAK DAN QASAR

Assalamualaikum...

Nih ramai yg tau.. tp saje nak share.. buat perangat jika ada yg lupa2 ayam like me.. kiki


SOLAT JAMAK DAN QASAR
 
Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;

إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.
Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
 
SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

 
SOLAT QASAR
 
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 
SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
 
Cara Solat Qasar
1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

 
SOLAT  JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).
2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).
Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.

3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua(sekurang-kurangnya Takbiratul Ihram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.
 
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
 
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
 
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
 
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
 
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
 Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
 
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.



sumber : kat SINI


Thursday, March 14, 2013

Tips : Entry Pendek

Assalamualaikum...


Selalu mama perhatikan.. entry2 yg simple.. selalu menjadi perhatian.. entry yg meleret2 maybe bukan utk mereka (pembaca blog).. mungkin takde masa nak baca, nak faham.. yer la nak cepat utk BW kat blog lain lak kann.. :)


bg siapa yg tanya kat entry sebelum INI.. 

yes.. sy sejenis donut yg dibeli kat Dunkin Donut.. kiki.. sy mmg menyelerakan.. :)

iklan lak dia.. ahaks

Mungkin kebanyakan blogger jadi pembaca blog nih pun yg sama seperti me.. bekerja.. kann.. so bila ada masanya masa utk baca blog mmg akan ada limit.. bila masa limited so takleh la lama2 nak bersenam kat satu2 blog kann..

Apa2 pun terima kasih berbanyak bg yg pernah hadir dan pernah tinggalkan komen.. sekarang mmg tak sempat sgt nak BW atau nak komen mana2 blog.. sama2 doakan dilapangkan masa dan ada ruang utk bertemu di alam maya..


  :)

Muslimah

Assalamualaikum...


Muslimah memang tak guna….

Pasti anda tertanya-tanya kenapa muslimah memang tak guna. Sedangkan muslimah itu kalau dari segi urufnya sebut saja muslimah, pasti kita membayangkan seorang yang solehah, baik akhlak, sopan santun, menjaga auratnya dan macam-macam lagi.Tapi, seorang muslimah itu memang tak guna…

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tak gunakan kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tak gunakan rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tak gunakan minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alkohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tak gunakankata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.


5. Perempuan muslimah tak gunakan masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tak gunakan tudung tiga segi, apabila memakainya di selempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tak gunakan lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tak gunakan alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tak gunakan kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang BERGUNA



sumber: email.



~Korek diri.. bertanya pada diri.. adakah aku muslimah yg BERGUNA..?? jika tidak kena perbetulkan diri.. sharing is caring.. 





Wednesday, March 13, 2013

WW | Rezeki Lagi Petang nih... :)



Susah nak diet dok keja sini.. Mkn tak berenti2.. Dah cam belon dah kita nih.. Aduhai..


*br jew sat td buat entry makanan.. ;)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

WW | Fav me so far.. ;p

Assalamualaikum...

Sekarang rasanya blur sgt.. kerja nak cepat so entry pun jadi ala-ala masak separuh masak.. seksi gitu.. ahaks

Ni makanan rasanya last week punya.. dan yg pic last but not least tuh cam jadi fav me lak sekarang.. kiki.. bagus tak kismis dijadikan jajan.. sekotak sehari.. bijak sgt.. ;P







Sure korang bosan kann.. me too.. ahaks.. tu yg merapu buat short entry makanan.. hahaha





[Gambar] Sambungan ke Sungai Klah..

Assalamualaikum...





Lunch kat simpang jalan masuk nak ke Sungai Klah.. Kuar dari tol.. follow jew singboard... bukan tau pun sgt.. hehehe

dah penat mandi manda tuh.. mkn lak nasi ayam kampung yg seksi bersertakan ulam ulaman.. besh sgt.. hehehe..


  :)



Tuesday, March 12, 2013

[Gambar] Sungai Klah, Sungkai Perak... :-)

Assalamualaikum... 

ok.. ini dia sambungan dari entry INI..

Kami pergi hotspring Sungai Klah kat Sungkai, Perak. Dari puchong, lebih kurang 2jam lebih.. kat sana ada Felda Residence Hot Spring.. so sapa2 nak tidur sana pun boleh.. :P





kolam air panas..

serombongan kami..


tmpt ini dituju.. budak2 suka la kann

mak budak dan bapak budak pun sama2 interfrem..


ini budak marah sebab ganggu dia nak gi terjum dlm air.. hahaha

takde sebarang pic yg kami bermandi2 manda.. 
sibuk kau.. kiki




nih nak blk dah..


tgk.. ada bdk menyelit.. ahaks

:)



ada satu lg entry akan menyusul.. so nntkan tau.. hahaha


:)




Di Jepun tidur waktu kerja di haruskan

Assalamualaikum...



  :)

sumber:email.



~kalu kat malaysia nih lak, org tidur sekejap pun dah pandang semacam.. apa la.. positif la beb.. mana kau tau org tuh bagaimanakah kesukaran dia.. kann 

tau la kau senang.. huh.. 


Monday, March 11, 2013

Senin yg moody..

Assalamualaikum...


Pagi isnin yg moody for me, penat semalam tak ilang.. bukan penat apa.. cuma ai nih jenis takleh nak berpanas sgt.. masa pegi tuh ok la sebab pagi2 lagi kannn.. masa pulang, matahari diatas kepala, smpi umah pun dah kul 2.30ptg.. sakit kepala ok.. sampai2 umah, solat pastu telan panadol, siap buat pesanan penaja.. 'please lets me sleep without any disturbing for them (papa or maman)..' hahaha.. ckp omputih.. cam maman paham eks.. kiki



yup.. beuty sleeping smpi kul 5ptg.. dah ok dah kepala tuh kan.. bangkit solat, basuh baju kotor, lepak2 dengar radio.. tp belah malam lak dtg balik sakit kepala, terasa tgn lak cam sakit.. huhu.. nih maybe sebab ai tergelincir sikit masa nak duduk kat papan gelusur taman tema tuh kot.. ooo.. tak sedar diri ok.. kahkahkah.. semua itu atas galakan suami, anak, ipar dan biras.. oh.. masa budak2 dulu mana ada mainan sebegitu, dah beranak pinak lak gi main papan gelunsur.. hahaha.. lemas kat tuh.. nmpk sgt lelemak ai berat sgt kannn

malu jika masa ai lemas tuh, ada yg ambik gmbr dan publish dlm blog.. ahhh.. shame on me.. ahaks..

  :)



~Kisah ttg ke hotspring tuh nnt2 la yer.. pening mak nih.. huhu



Ke Sungai Klah kite.... ate... :-)

Assalamualaikum..


Kuar dr rumah pukul 6.30pg... memang nekad kesana... :)

Rasanya berbaloi...seronok anak seronok mama seronok papa..









nntkan entry berikutnya.. ahaks.. nak upload hazab sgt tenet kita nih..


Saturday, March 9, 2013

Sembang hari minggu...

Assalamualaikum...


Pagi2 bangkit siapkan bdk gi sekolah... pastu dok berkira2 nak mengemop tp tertidur lak.... bangkit half an hour pastu cepat2 masak air panas, nak buat minuman pg, sambil ambik baju2 kotor toklaki utk dibasuh dgn mesin, sambil2 siap kain didobi, lipat kain yg mana tersepah didepan mata, sambil2 jeling ke kain yg dimanikkan... takde mood nak kemas sepahan manik2 tuh.... huhu

ambik tab taip entry di blog... badan rasa dah berpeluh sedangkan blum pun mengemop...

merasakan diri ini suka nak bercerita ttg benda tak patut lebih baik off tab dulu.... huhu




Friday, March 8, 2013

This is so cool.



what u think..?? cool what... \;p




Kesilapan Dalam Ibadat & Amalan Agama

Assalamualaikum...

sumber: email.

Kesilapan atau kesalahan yang sering kita lakukan dalam ibadat atau amalan agama. Jom sama2 hayati dan perbaiki kekurangan diri.

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak dengan alasan kita sedang berpuasa. Sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh. Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan untuk kita buka puasa dan pergi kenduri tersebut. Kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut. Buka puasa pun boleh dapat pahala lebih, bagus kan? Takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja. Hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya. Tetapi hukum2 yang lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Ingatlah, Islam itu lengkap dan syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat-kuat speaker tu sampai satu kampung dengar. Kadang-kadang sejam atau setengah jam sebelum azan, dah bunyi dah. HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak-kanak baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb. Buat apa nak kacau mereka tidur?

Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja. Kalau nak baca al-Quran pun baca sorang-sorang dah cukup. Tak payah bagi sekampung dengar. Rasa-rasa macam dapat pahala, rupa-rupanya dapat bala nanti.

Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran (dengan suara kuat) sorang-sorang, tiba-tiba kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran atau memperlahankan bacaan. Sebab menghormati orang yg sedang tidur itu. Inikan pula sekampung??

Kalau nak bertarhim kuat-kuat pun agak-agak dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah. Tak perlulah lama-lama sangat, sampai setengah jam sebelum subuh. 10 minit tu dah kira sempat la orang nak bangun bersiap-siap untuk ke masjid. Kalau ada AJK masjid yang baca ni, please nasihatkan pada surau di qariah atau tempat masing-masing.

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba-tiba hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu. Itu yang lebih aula (utama). Tapi dengan syarat, ianya masih di awal waktu. Ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti. Begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah.

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram. Kadang-kadang angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak. Ingatlah, itu cumalah gangguan syaitan sahaja. Memang ada syaitan yang tugasnya khas hanya untuk mengacau orang yang sedang bertakbiratul ihram sahaja. Pedulikan bisikan syaitan itu. Yakin dengan diri sendiri.

Berkenaan dengan niat pula, niat itu bukannya dibaca dalam hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja. Jika dibaca, itu yang menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sangat nak dibaca. Apa yang dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu-ragu lantas anda turun semula dan takbir untuk kali kedua. Maka takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal. Dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal. Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga.

Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan selepas daripada itu.




6. Terdapat segelintir imam yang berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan “Hamdan hamidin”, “Hamdan zakirin”, atau “Hamdan syakirin”. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya, itu salah. Ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: “Hamdal-hamidin” , “Hamdaz-zakirin” dan ” Hamdasy-syakirin”. (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja). Yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan PERUT IBU JARI KAKI, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah. Terdapat ramai orang yang kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud, tak sah solat kalau macam tu. Lagi satu yang selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yang dah standby siap-siap dah kakinya disilangkan, seperti tak sabar-sabar hendak duduk tahiyat akhir. Itu pun tak sah juga solatnya. Jadi, berjaga-jaga lah ketika melakukan pergerakan dalam solat. Jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah.

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih-kuih atau juadah-juadah ke rumah jiran. Memang bagus sekali amalan ni. Tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi. Itulah silapnya. Niat dah lari. Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah. Jangan mengharapkan dibalas. Kalau dibalas tu, itu rezeki lah namanya.

9. Apabila kita bersolat di tempat yang limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya. Sesudah kita solat, terus aje bangun untuk bagi ruang kepada orang lain untuk solat. Tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba’diah la, ape la. Sebab lebih utama untuk kita bagi orang lain peluang untuk bersolat, menunaikan perkara wajib berbanding kita yang hanya nak buat perkara-perkara sunat. Lebih-lebih lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek. Kat R&R ramai orang camni.

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita. Tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan. Contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba-tiba ada saudara kita atau adik beradik kita yang jatuh sakit memerlukan kos perubatan yang tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu. Gunakanlah duit tu untuk membantu adik beradik atau saudara kita tu. Itulah yg dituntut dalam Islam.

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba-tiba ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu. Itu yang lebih aula (lebih utama). Contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah, tiba-tiba ada tetamu datang. Tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu. Selepas dah selesai baru buat solat ba’diah. Dan jika dah tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqada selepas solat asar. Walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika untuk qada solat ba’diah zohor, ia dibolehkan. Kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi SAW. Tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan. Kalau saja-saja nak qada’ maka tak boleh lah.

Sebagai kesimpulan kepada point-point di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat. Utamakan yang lebih utama. Jika kita gagal mengutamakan yang lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita menjadi sia-sia sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula.

Sekian, semoga perkongsian ini ada manfaatnya.

Manusia selalu saja sibuk mencari sesuatu yang akan ditinggalkannya. Tetapi mereka tidak pula sibuk untuk menyiapkan bekalan yang bakal dibawa.

Renung-renungkanlah …


:)


~Insyaallah..~




Selamat Hari Wanita

Assalamualaikum...

Selamat Hari Wanita buat semua wanita sejati.. :)

Tak ada yg citekan hari ini.. kepala seakan beku dan betul2 speechless pg tadi.. betul2 menganggu fikiran..

Pg td betul2 kat depan pagar keluar dr apartment rumah.. sebijik kereta laju jew kuar simpang nak menonong keluar mungkin dah lewat kot.. nasib baik la kita nih berhati2 memandu, me sempat brek dan perlahankan kereta, sebab selalu sgt perkara sebegitu berlaku, that guy (pemandu kereta) tuh mukanya cam terkejut dan dia cepat2 slowkan kereta.. dia angkat tangan dan bagi laluan buat sy.. mmg laluan itu pun seharusnya saya yg kuar dulu.. sebab sy kat laluan utama dan dia dr laluan kedua.. so bila dia angkat tangan sy rasa lega.. alhamdulillah tak tercalar kereta sy hari nih.. :)

Dari rumah nak masuk ke laluan lebuhraya laluan sempit sebab laluan utk masuk ke kawasan itu ditutup sebab ada pembaikan jalan.. jadi semua kereta berhimpit2 utk keluar kann... dari tiga lane jadi satu lane.. sampai sy punya turn utk masuk.. (me masuk slow2 jew) tiba2  kereta besar kat belakang sy himpit tanpa rasa bersalah potong dan masuk dpn sy.. sy pun kasi jew sebab taknak keta jadi mangsa.. ohhh.. pemandu wanita.. sabar banyak2 la wei.. takpe la rezeki dia.. nak cepat kot kann.. (cam aku taknak cepat..huhu)

Dan bila di lebuhraya, dengan sekelip mata kereta besar jugak memotong keta sy dr belah kiri.. tak sabar2 nak laju kann.. so sy pun masuk jew ke laluan tengah.. taknak ganggu org yg nak laju2 nih.. tp sedih la laluan tengah nih.. boleh diorg bawa dengan kelajuan 50-70kmj jew.. oh.. nampak sgt sy nih pemandu yg takleh bawa slow2.. kahkahkah..

ok masuk balik ke laluan kanan, sy bawa dengan kelajuan 120kmj (normal la beb highway kan) tgk2 kereta myvi bg highbeam light kat kita.. oh.. laju berapakah dia bawa.. nmpk wife dia dok potpet2 mulut, gamaknya bising suruh laki dia slow (like always me did.. kiki).. ok kita bg laluan.. ikut suka dia la.. janji dia hati2 kann.. 


Pastu masuk balik ke laluan kanan sebab asyik nak kena brek je.. rugi minyak asyik brek jew.. tgk2 dua bijik laju dibelakang, me terpaksa lajukan kereta sebab takde ruang utk me menyelit.. diorg bawa kereta berjemaah nih susah sikit nak menyelit.. kiki.. tgk2 bila me nak ke tengah, kereta belakang me lak dah cam nak masuk ke laluan tgh.. dia nak potong kiri la tuh.. me takleh buat apa dah.. kena slow in between line tgh antara laluan kanan dan laluan tengah.. nak kasi dia potong sebab me takleh nak masuk kanan dah sebab lagi satu kereta dah masuk half of my car di laluan kanan.. see.. mengigil me tau.. bodoh punya org.. tak menyempat2.. sabar sikit boleh tak.???

Sudah tuh.. me dok kat laluan kiri jew.. yg tak besh laluan kiri nih adalah menyibuk ngan motor.. aduhai.. susah gak motor pun nak bawa cam bawa kereta.. dok tgh2.. sungguh menyakitkan hati.. camner tuh johan..?? kahkahkahkah

Stress pepagi sorang2.. pagi nih la laluan itu mereka sibuk nak merempit.. selalunya takde pun tahap gaban gini.. mesti masing2 bangkit lewat sebab semalamkan malam sumaat.. eh.. giler apa tak kool.. menyusahkan org tul la..

ok.. sudah.. moral of the storynya me mmg suka bawa laju.. sudah.. tutup buku... hahaha..


 :)





Thursday, March 7, 2013

Apa pendapat korang...

Assalamualaikum...

Sebelum nih.. kita sentap sebab kantoi kannn.. kantoi pun sebab tgk email jew kot.. hahaha... abaikan kita kantoi tgk apa.. yg pastinya page kegemaran ramai.. kahkahkah.. 

ok.. disebabkan itu.. org it ditugaskan block youtube, mudah, twitter, facebook dan seangkatannya.. sian kawan2 yg lain.. sebab me diorg takleh nak bersosial.. kiki.. nasib badan la kannn

tp.. ok.. 

tp sehari dua jew... pastu boleh jew buka balik.. nampak.. wlpun dah dikatakan block masih lg sudi cuba2 nak try buka.. hahaha.. sapa la eks.. kahkahkah

ok.. jika dikatakan diorg guna system utk tgk persentage usage internet each person kat kampeni nih kann.. adakah menjadi kesalahan jugak jika sy nak jugak buka benda INI sebab cam ketagih dah nih.. hahaha.. lepas tgk kita delete la history... boleh lg ke diorg detect..?? nih semua gara2 movie 'I miss u' la.. dah jadi missing them both.. hahaha... ada termiss episod tuh yg jadi sasau nak tgk.. gitu.. hahaha



tolong la konsult me..?? rasa cam nak buat jew.. boleh tak.??


  :)





Apa nak cite..??

Assalamualaikum...

Banyak hari moody.. sebenarnya takde apa nak di'up'kan disini.. nak check email pun takleh.. fb lg la jauh sgt.. kiki

cuma hati ini agak benggang, sebab setiap perancangan kita tak sama dengan perancangan Nya.. Ingatkan dah settle pasal passport anak mama dah boleh tarik nafas lega.. tgk2 passport si papa lak nak expired bulan jun.. nak taknak kena renew.. tp dia sibuk dok ckp dia malas nak renew.. takyah gi boleh tak..??


pic frm google


suka hati dia kann... benggang tak..?? aduhai.. nak kena banyak istifar dan sabar nih.. geram sgt.. tau la sebabnya.. sebabnya dia takde badjet nak kesana plus2 lak ngan kes kena renew passport lak.. kompom la malas nak layan kannn...

Dugaan tul nak berjalan kali nih.. aduhai...

:(

Wednesday, March 6, 2013

Apa dah jadi..??

Assalamualaikum...


Terbaca kat fb benda nih.. dok fikir gak sapa eks penyanyi tuh.. sedar2 abang nara upkan entry  NI... tak sangka eks.. aduhai..

lain kali jgn ikutkan marah.. nnt merana badan.. takut mak..


pic dr google



mak ni pun selalu gak marah2 nih.. minta simpang wei.. karang kuar paper.. 'blogger fames bunuh laki'... auuwww.. fames ke..?? giler apa fames.. hahaha

isk.. isk.. kesian.

Disebabkan moody..

Assalamualaikum...



Semalam kerana mood yg kurang baik, maybe ada yg terasa, maafkan.. tak pernah nak berkurang ajar.. cuma panggilannya utk me ambik some of voucher dari hotel of golden horses.. then sibuk menanyakan adakah betul me keja dekat dengan situ..sebenarnya dia dah call my hubby, dan my hubby simply kasi no tipon me dan siap ckp lg me keja dekat2 situ.. for me, jika benda yg tak nampak dan tak jelas butir nya me tak berminat.. dan dia sebagai org yg tak tau dari mana... (she from company telecomunication on behalf of the hotel).. sibuk nak tau me betul ke keja kat situ, buat me rasa tak selesa.. lastly bila me ckp me tak berminat, sempat lagi dia menempelak me to not being rude to other.. oh my.. yg selalunya diaorg ganggu masa kita tuh takpe lak.. tak suka.. kasar la sebab kita taknak ikut kehendak mereka.. sukahati wa la kannn

banyak kali dah macam nih.. yg peliknya.. bukan ckp dr syarikat apa, sibuk nak tawarkan voucher free, medical free, makan2 free.. kalu semua benda free buat apa kasi kat me, kasi la kat org lain yg lebih memerlukan.. nih mesti  pisau berserampang dua mata nih.. huh..

nmpk sgt me nih emo kann.. emo lg.. hahaha

Pernah baca blog yg cerita tentang voucher nih.. kebanyakannya ckp dr Celcom.. sebab kununnya penguna tegar celcom la kot.. me tak guna celcom, papa pun.. so dari manakah nama, telefon kami diperolehi.. allahualam..

entry sebelum.. baca SINI




Sick of this feeling

Assalamualaikum... 

Bila banyak fikir.. me jadi huruhara.. semalam me just take emergency leave.. sebab hanya takde mood nak mengadap meja kerusi, kertas2, komputer, muka2 sekeliling.. tah mmg mood habis flat.. hari nih pun cam nak berjangkit lagi.. tp takmo-takmo layan dah.. datang jugak kerja.. 

Semalam seharian membelek2 manik, menmesinkan kain, menonton cerita.. cerita tah hape2 layan... tp satu dari itu yg menbangkitkan semangat ialah cerita 'don't know how she does it' ini LINK kot2 ada nak download dan tgk.. sila la layan ok.. mmg buat me terfikir berjuta2 kali semangat beliau menjalani hidup..




Patutnya me bersyukur, dlm ramai2 orang.. ada yg takde peluang kerja wlpun banyak kali mencuba, malah mungkin ada yg berkerja separuh mati tp gaji tak naik.. tak berbaloi dengan pengorbanan yg dibuat.. but honestly, me jugak taknak pun melayan kemalasan diri ini.. kekadang cam takleh control.. dari me masuk office dengan without doing nothing so better me el dan cuba being relaxing a day dan cuba masuk balik dengan semangat lebih baik.. kannn

Dan lastly, baca kat fb.. jom sama2 reset minda utk lebih baik..

Prof Dr Muhaya wrote:

behaviors that increase self-esteem, enhance your self-confidence, and spur your motivation. You may recognize some of them as things you naturally do in your interactions with other people. But if you don’t, I suggest you motivate yourself to take some of these important steps immediately.
 
First, greet others with a smile and look them directly in the eye. A smile and direct eye contact convey confidence born of self-respect. In the same way, answer the phone pleasantly whether at work or at home, and when placing a call, give your name before asking to speak to the party you want to reach. Leading with your name underscores that a person with self-respect is making the call. 
Second, always show real appreciation for a gift or compliment. Don’t downplay or sidestep expressions of affection or honor from others. The ability to accept or receive is a universal mark of an individual with solid self-esteem. 
Third, don’t brag. It’s almost a paradox that genuine modesty is actually part of the capacity to gracefully receive compliments. People who brag about their own exploits or demand special attention are simply trying to build themselves up in the eyes of others—and that’s because they don’t perceive themselves as already worthy of respect.




pretty boy

Assalamualaikum...



 


M2M

Pretty Boy 


I lie awake at night
See things in black and white
I've only got you inside my mind
You know you have made me blind

I lie awake and pray
That you will look my way
I have all this longing in my heart
I knew it right from the start

( chorus )
Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever love no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too

Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you

I used to write your name
And put it in a frame
And sometime I think I hear you call
Right from my bedroom wall

You stay a little while
And touch me with your smile
And what can I say to make you mine
To reach out for you in time

( bridge )
Oh pretty boy
Say you love me too



tah mood hilang kemana.. entah hati terbang kemana.. layan jew lagu diatas.. 

:P

Monday, March 4, 2013

Edisi buat buku merah sekian kalinya

Assalamualaikum... 

Cerita buat passport nih boring.. takde mood sgt.. hahaha..

seronoknya boleh nmpk ceera blogger fames kat sana.. cumel sgt.. dia buat passport utk anaknya..


kalu korang perhati sungguh kat no giliran kat atas tuh.. boleh nmpk kul berapa no giliran tuh di print.. kul 7.49pg ok.. huh.. bersemangat sungguh wei ambo.. :)


budak boring.. :)



bangun2 pagi sabtu tuh.. entah mengapa hati ini kuat sgt nak gi buat passport.. jika diikutkan hati.. ingat nak plan satu hari cuti dan bawa maman lepas dia balik sekolah... bengang sebab dah dua tiga kali turut2 beratur last2 no giliran abis.. ramai sungguh umat yg buat passport.. tak larat nak beratur wei.. (sedangkan kau gi lewat.. kalu gi setakat kul 8pg tuh jgn harap la dpt buat.. hahaha)

mama keluar dr rumah kul 7pg dan sampai kul 7.30pg.. cepat2 gi pejabat imigresen dengan harapan boleh jadi orang pertama ambik no giliran ari tuh.. tgk2 dah berbelas2 org ok.. tp ok la jugak.. nmpk harapan cerah la nak dpt no giliran kali ini.. hahaha



dan akhirnya.. dpt passport pada kul 10.30pg dan terus pulang wlpun maman sibuk mengajak ke 7-11.. dia nak beli apa tah tp mama tak layan sebab belikat mama cam dah berjerit2 sakit.. dia nak baring.. penat uols.. duduk dan berdiri jew.. huh..







Friday, March 1, 2013

Matching Color

Assalamualaikum..

Semalam ada kita cite kita ngah pening nak matching kaler manik kannn... nih kita share kat sini.. kot2 ada yg boleh tolong kita... :)

Papa cakap 'warna warni nyer ma.. ' yes.. kita rasa pun terlalu banyak kaler la.. dah jadi caru lak tgk.. hahaha.. pening sungguh.. cam malas nak buka.. kiki






Sibuk2 mama pening kepala, sibuk2 mama tangkap pic manik nih.. dia pun sibuk menepek nak disnap pic dia.. kiki.. geram mama.. hahaha.. anak cino mana tah sesat sini..

ok.. back to manik..

http://mamayana10.blogspot.com/2012/10/ww-manik-terkini.html

Baju nih pernah jahit seperti diatas.. mama buka balik sebab terasa berat sgt kat tangan.. smpi nak makan pun susah.. maybe sebab mama guna semuanya manik crystal.. manik jenis nih mmg berat.. kiki.. geram2 buka balik dan cuba jahit cam crumble lak.. kiki.. cam banyak masa sgt kann.. sabar jew la.. :p

so ada yg boleh membantu..??




Jambatan runtuh...

Assalamualaikum...

Semalam hubby cite.. jambatan tuh runtuh.. terkejut jugak.. jambatan tuh mmg dekat la ngan umah.. skrg mmg dah tutup dekat 2 bulan untuk pembaikpulih.. yg nampak diorg dok baikpulih jalan tp tak sangka lak jambatan kat atas jalan tuh lak runtuh..

Sana mmg tanah bekas lombong so jika tanah mendap tuh biasa... maybe diorg buat jalan dan jambatan tuh tak tunggu tanah betul2 settle.. so jika retak dan mendap mmg itu la sebabnya dan akibatnya.

Jambatan tuh selalu jugak guna jika nak ke cyberjaya.. nasib baik mmg jalan dan jambatan tuh dah tutup lama.. kalu mmg ada yg dok guna time runtuh tuh.. kesian la wei..







sumber pic : copy paste sini



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...