Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Friday, December 3, 2010

Doa Awal tahun

Fadilat doa awal tahun adalah membentengi diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak tiga kali, setelah solat rawatib selepas magrib pada malam 1 Muharam, maka Allah SWT. Memerintahkan dua malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama sepanjang tahun.

Berikut ialah Doa Awal Tahun;

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Rahmat dan kesejahteraan kepada utusan Allah yang paling mulia juga kepada keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda semuanya..

” Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang sedia ada, tiada awal dan akhir bagiMu. Sesungguhnya kelebihanMu yang amat besar dan kemurahanMu yang melimpah sangat diharapkan-harapkan. Kini tahun baru telah tiba.

Bersempena ini, kami memohon kepadaMu, perlindungan menghadapi syaitan yang dilaknat, konco-konconya dan tentera-tenteranya. Kami juga memohon pertolonganMu untuk mengalahkan runtunan nafsu yang mendorong kepada kejahatan. Kami juga memohon kepada Mu agar kami sentiasa sedia ingin melakukan perkara yang mendampingkan diri kepadaMu sehampir-hampirnya, Wahai yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Dan Allah merahmati penghulu kami,nabi Muhammad,ahli keluarga dan sahaba-sahabat baginda semuanya. Segala puji-pujian bagi Allah,Tuhan sekelian alam..

Amin ya rabbal’alamin..

Sumber: inbox gmail

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...