Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Wednesday, December 15, 2010

Pengawal halang curi hilang empat gigi

Pengawal halang lelaki curi kereta hilang empat gigi

AMPANG: Seorang pengawal keselamatan kehilangan empat gigi selepas
ditumbuk seorang lelaki yang cuba mencuri kereta di Pangsapuri Sri
Baiduri, Taman Ukay Perdana, di sini.
Dalam kejadian kira jam 4 pagi Khamis lalu itu, mangsa yang berusia
30-an menjalankan tugas rondaan dan terserempak seorang lelaki dalam
keadaan mencurigakan di parkir. Menurut sumber polis, mangsa yang
melihat lelaki terbabit memegang serangkai kunci dipercayai untuk
mencuri kereta menghampirinya membuatkan suspek terkejut.
“Suspek tiba-tiba menyerang pengawal keselamatan berkenaan dan
melepaskan tumbukan ke muka mangsa.
“Dalam keadaan menahan kesakitan dan berdarah, mangsa bergelut dengan
suspek terbabit untuk menahannya,” katanya.
Menurutnya, tindakan mangsa itu menimbulkan kemarahan suspek sebelum
dia menendang mangsa yang kemudian terpelanting ke dalam longkang.
“Mangsa ketika itu tidak berdaya bangun untuk melawan suspek dan
penjenayah terbabit untuk melarikan diri,” katanya.
Sumber berkata, berikutan itu, mangsa cedera di muka dan anggota badan
selain patah empat gigi.

Kredit : hMetro
Notakaki: Nak buat baik pun susah..... tu yg ramai 'takut' nak jadi baik tu....






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...