Oleh NURUL IZZAH SIDEK KINI heboh dibincangkan mengenai pelajar-pelajar dirotan oleh guru dan ibu bapa bertindak balas terhadap perbuatan tersebut. Para pelajar yang masih remaja dan memerlukan pendidikan daripada guru, ada ketikanya menghadapi masalah disiplin. Merotan adalah tindakan terakhir setakat yang diizinkan oleh peraturan. Sebelum itu nasihat dan kaunseling diberikan supaya masalah disiplin dapat diatasi. Ada ketikanya hukuman rotan menyebabkan para pelajar mendapat pengajaran. Ada kalanya dengan merotan menyebabkan para pelajar mempunyai perasaan dendam dan bertindak balas secara diam-diam dan nyata. Oleh itu, sekolah menjadi serba salah. Ibu bapa kadang-kadang hilang cara dan akhirnya remaja dan pelajar menjadi mangsa. Sekiranya ibu bapa datang ‘menyerang,’ guru-guru akan patah hati. Apabila guru-guru patah hati, murid-murid akan terbiar dan prestasi sekolah menurun. Analisis Merotan adalah suatu tindakan terakhir dalam batas izin Kementerian Pelajaran. Guru-guru tidak boleh merotan sebagai jalan keluar dari masalah. Malah jika merotan tidak boleh secara lepas dan terbuka. Kalau pun rotan tidak dikenakan, hukuman alternatif tidak harus bersifat mendera dan mengaibkan. Para remaja amat sensitif sekiranya dirinya diaibkan. Jiwa melawannya akan bertambah tinggi lagi. Para ibu bapa dalam hal ini seharusnya menggunakan saluran yang betul supaya tindakan yang dibuat dapat diuruskan dengan baik. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) umpamanya adalah salah satu saluran terbaik untuk menyelesaikan perkara yang berbangkit. ‘Menyerang’ guru atau membawa ke mahkamah bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah. Ini bukan sahaja memadamkan semangat guru untuk mendidik, malah juga hubungan pelajar dan guru juga akan bertambah keruh. Ibu bapa ada peranan yang besar dalam mendidik remaja. Jika ibu bapa tidak mendidik anak mereka di rumah, anak-anak akan terbiar dan tercicir. Masa yang paling kritikal mendidik anak-anak ialah sejak lahir hingga ke zaman remaja. Ibu bapa adalah contoh dan patut mempunyai kemahiran keibubapaan supaya pembesaran anak-anak berada dalam keadaan yang fitrah dan seimbang. Anak-anak yang mendapat didikan seimbang tidak akan mengalami proses keciciran dan akan menjadi pelajar-pelajar yang tidak menghadapi masalah disiplin di sekolah. Bayangkan sekiranya pendidikan tidak berlaku di rumah, sekolah akan mewarisi keciciran yang ada pada anak-anak. Di sinilah masalah disiplin bermula. Guru-guru hanya mempunyai masa lebih kurang 6-7 jam di sekolah, serta jadual belajar yang agak padat untuk menghabiskan subjek pelajaran. Oleh itu, guru-guru mempunyai masa yang agak terhad untuk anak-anak murid. Pihak sekolah sekolah harus dapat membantu sejak dari awal anak-anak yang menghadapi masalah disiplin. Hubungan dengan ibu bapa dan PIBG harus segera diwujudkan supaya langkah mengatasinya adalah dalam pengetahuan ibu bapa dan PIBG. Pendekatan nasihat, contoh dan kaunseling harus diutamakan. Guru-guru harus memahami bahawa jiwa remaja adalah sensitif. Kasih sayang dan perhatian harus diberi, kesabaran perlu ada supaya antara masalah yang dihadapi dengan kesedaran berterusan yang diberi mungkin boleh mengatasi masalah yang ada. Memanggil ibu bapa untuk menerangkan masalah anak- anak merupakan jalan terbaik untuk cuba mengendurkan hal-hal yang berbangkit. Peranan Remaja Insaf akan peranan ilmu. Bagi para pelajar dan remaja, mereka haruslah menginsafi bahawa tanpa ilmu dan pendidikan para remaja tidak boleh pergi jauh. Untuk mendapatkan ilmu dan pendidikan para remaja harus patut dan taat kepada guru-guru. Bayangkan kepayahan guru mengurus sebuah kelas dengan jumlah pelajar yang melepasi 30 orang dengan upaya mengurus ibu bapa yang hanya dalam lingkungan di bawah sepuluh orang, sudah tentu tanggungjawab guru lebih payah dengan kerenah anak murid yang ramai. Sedar akan kesan kegagalan. Para remaja harus sedar keciciran dan kegagalan di sekolah boleh memberi kesan pada hidupnya di sepanjang hayat. Perhatikan remaja yang berjaya dalam pelajaran dan hidup adalah remaja yang taat kepada ibubapa dan guru dan remaja yang mempunyai disiplin dan akhlak yang baik. Berfikir bahawa mencipta satu masalah akan membawa masalah lain. Para remaja harus sedar bahawa perbuatan yang menimbulkan masalah berat sebenarnya mengundang masalah-masalah lain kepada dirinya, ibu bapa, guru serta pihak sekolah. Dek kerana satu masalah yang ditimbulkan, peraturan diketatkan, pengawasan yang lebih terpaksa dilakukan serta guru-guru terpaksa menambah daya dan kekuatan mental untuk menghadapi pelbagai cabaran yang ditimbulkan pelajar. Selalunya para remaja akan menyesal apabila zaman dewasanya payah mendapat peluang kerja yang baik. Akhirnya menyalahkan diri sendiri kerana zaman pelajarnya suka melawan guru, tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran, melawan nasihat dan pesan ibu bapa, ego dengan fahaman keremajaan. Kesimpulan Tindakan merotan seharusnya digunakan sebagai jalan terakhir menghukum pelajar. Namun begitu, ia haruslah dilakukan dalam batasan mendidik, bukannya untuk melepaskan geram dan keterlaluan. Ibu bapa harus insaf bahawa guru-guru adalah pendidik yang ingin melihat anak muridnya pandai dan berjaya dalam hidup. Kegembiraan seseorang guru adalah apabila mendengar anak didiknya berjaya dan tidak meminta apa-apa balasan. Guru ibarat pelita yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Anak murid pula ibarat berlindung di bawah cahaya pelita supaya hidupnya terang benderang dan bukannya memadamkan cahaya pelita yang menyebabkan hari depannya gelap gelita. Oleh itu, asas agama harus dijadikan sandaran kepada semua pihak dalam menangani isu ini agar rotan menjadi ‘guru’ yang terakhir dalam mendidik dan menghukum remaja dan tidak disalahgunakan. * NURUL IZZAH SIDEK ialah graduan Kejuruteraan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur. Nota kaki: mama yana blm ada anak sekolah lg tp terasa gerun bila kerap sgt baca tentang anak2 (terutama bangsa melayu) bukan racist.... tp kerap sgt anak2 kita yg selalu mendatangkan masalah.... mempamerkan seakan2 ibubapa tidak prihatin terhadap anak2..... sedih.... semoga kita sama2 lebih prihatin akan masalah anak2 kita dirumah. insyaallah... |
Imotiv
Nuffnang Ads
Sharing is Caring
Sharing is caring...
Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^
Nuffnang Mama Yana
Sunday, December 12, 2010
Menghukum dengan rotan...???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment