Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Monday, December 20, 2010

Mahkamah boleh halang suami yang berkelakuan pelik



Halang tabiat suami pelik

KUALA LUMPUR: Isteri yang terpaksa berhadapan dengan selera seks suami pelik sehingga mendatangkan kemudaratan, boleh mendapatkan perintah injuksi daripada mahkamah syariah untuk menghalang suami daripada menyetubuhi mereka sehingga dia berubah dan kembali normal.

Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata, isteri yang dianiayai suami masing-masing, mempunyai beberapa pilihan yang boleh dimohon melalui mahkamah syariah sekiranya mereka diperlakukan dengan ganas atau dilayan secara tidak sepatutnya oleh pasangan masing-masing.

Beliau berkata, bagi isteri yang mahukan perceraian, mereka boleh membuat permohonan fasakh kerana perlakuan suami itu jelas menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan mereka.

"Manakala bagi yang masih sayangkan perkahwinannya dan tidak mahu bercerai, ada beberapa pilihan yang boleh diambil seperti mendapatkan perintah injuksi bagi menghalang suami daripada menyetubuhi mereka sehingga suami pulih daripada perlakuan ganasnya.

"Pasangan itu juga boleh memohon untuk mendapatkan khidmat nasihat melalui kaunseling di pejabat agama demi memulihkan kembali hubungan suami isteri," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Zaidi berkata, kes perceraian akibat perlakuan seks ganas suami yang dibawa ke mahkamah syariah memang banyak tetapi ia selalunya hanya terbongkar ketika permohonan bagi kes perceraian dibuat.

Katanya, jika sudah dicerai pula, sikap buruk segelintir suami itu juga sering dibangkitkan isteri ketika hendak membuat permohonan mutaah bagi mendapatkan keadilan.

Harian Metro semalam melaporkan penyeksaan fizikal dan batin yang terpaksa ditanggung seorang isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Niza, 26, yang tidak tahan dengan perlakuan seks suaminya seolah-olah beraksi dalam filem lucah ganas mat saleh.

Ada kalanya Niza diikat di katil dan dipukul atau setidak-tidaknya mencubit bahagian tertentu tubuhnya malah pernah juga suaminya itu memasukkan sesuatu pada kemaluannya untuk mendapat rangsangan seks.

Selepas hampir dua tahun diperlakukan begitu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Niza akhirnya nekad melarikan diri untuk pulang ke pangkuan keluarganya yang menetap di sekitar Gombak, dekat sini, pada Oktober lalu.

Walaupun kerap menasihati suami supaya tidak melayannya sedemikian rupa, ia tidak pernah bertahan lama sehingga Niza mahu meminta cerai tetapi dinasihatkan keluarga untuk mendapatkan rawatan bagi mengubati suaminya.

Berikutan masih sayangkan isteri, suaminya tidak membantah malah bersedia mendapatkan rawatan bagi menyelamatkan rumah tangga selain membuang tabiat buruknya yang gemar menonton filem lucah ganas dan pelik serta bersikap normal dengan isteri ketika bersama.

Sumber: Metro.

Pelik2 sungguh manusia ni wei.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...