Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Thursday, December 9, 2010

Malam Amal Setulus Kaseh bersama Maher Zain

Malam Amal Setulus Kaseh bersama Maher ZainPrint E-mail
maher_eng_3.png
 
Penyanyi Maher Zain kembali ke Malaysia atas permintaan ramai. Kali ini beliau akan membuat persembahanan dalam Malam Amal Setulus Kaseh mulai 26, 27 dan 28 December 2010. Program anjuran Muslim Aid dengan kerjasama Rumah Titian Kaseh, Innovative Management Consultancy dan Alumni ESQ.

Bertempat di The Summit Hotel Subang, USJ
Harga tiket bermula dari RM200 hingga RM1000
atau jika syarikat berminat untuk membeli meja,

PENJUALAN MEJA (TIKET)
Meja Cinta = (1 Meja x RM10,000)
Meja Kasih = (1 Meja x RM 5000)
Meja Sayang = (1 Meja x RM 3000)
Meja Rindu = (1 Meja x RM 2000)

Untuk tempahan dan pembelian kerusi dan meja, hubungi :
Muhammad Kamarulazizi (Muslim Aid Malaysia) - 012 3377195
                      Nazirah Idris (IMC) - 013 3898534
                                                                Sukma (Alumni ESQ) - 016 3011540
 
Objektif utama untuk membantu Rumah Titian Kaseh (RTK) mendapatkan rumah baru. Dulu terdapat 2 buah rumah, namun 30 November lalu warga RTK terpaksa keluar dari rumah yang sudah 13 tahun didiami. Ramai yang simpati... tapi keadaan masih tidak berubah... Mereka sekarang terpaksa berhimpit tinggal di rumah yang satu lagi.

Kerana bebanan sewa yang semakin naik (dua kali ganda) memaksa warga RTK keluar dari rumah tersebut. Ramai anak mangsa dera, ibu tunggal (kerana keganasan rumahtangga) dan anak yatim telah mendapat perlindungan di sini.
Demi mencapai hasrat ini, RTK telah membuka ruang kepada orang ramai untuk menyumbang dengan mengadakan jualan 3000 lot wakaf bagi mengumpul dana merealisasikan hasrat penghuninya memiliki rumah sendiri. Pelancaran Jualan Lot Wakaf tersebut telah dilancarkan pada bulan Julai lepas.

Justeru itu, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dengan kerjasama Rumah Titian Kaseh, Innovative Management Consultancy dan Alumni ESQ akan menganjurkan Malam Amal Setulus Kaseh bersama Maher Zain untuk mengumpul dana bagi menampung kos pembelian rumah dan perbelanjaan RTK. Semoga dengan penganjuran malam amal ini akan membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh RTK dalam menguruskan pengoperasian RTK.

Malam Amal Setulus Kaseh bersama Maher Zain ini diharap akan membuka peluang dan ruang kepada semua individu untuk sama-sama menyumbang di samping berhibur dengan irama-irama nasyid yang akan dibawakan oleh penyanyi Maher Zain.

INFO: inbox gmail Mama Yana.
Ps: sila hubungi contact diatas untuk sebarang pertanyaan. Mama Yana hanya mengambil inisiatif utk menghebahkan infomasi ini. Semoga usaha ini akan dirahmati.

6 comments:

azzey said...

mama maman: maher zain best!

mama maman aka yana said...

azzey: tomb-up.... hhheee....

maya amir said...

beli cd, jatuh cinta..kalau tgk live..lagiklaa..heheh

mama maman aka yana said...

hhheee.... siap jatuh cinta tuh.... (kita pun.... auuuwww...)

eelobor said...

jatuh cinta??? hahahahha

mama maman aka yana said...

eelobor xleh jatuh cinta ngan Maher zain ye.... kami je blh.... beruntung nye kami2 ini....ahaks...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...