Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Wednesday, November 2, 2011

Penyakit babit pekerjaan meningkat 30 peratus




Penyakit babit pekerjaan meningkat 30 peratus
         
KUALA LUMPUR: Fakta menakutkan apabila Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melaporkan sehingga Ogos lalu sebanyak 1,045 kes membabitkan penyakit pekerjaan meningkat sebanyak 29.65 peratus berbanding tempoh sama tahu lalu iaitu 806 kes.

Selain itu, penyakit membabitkan saluran pernafasan (respiratory diseases) turut meningkat dari 54 kes pada 2009 kepada 113 kes pada tahun lalu.

Manakala statistik Perkeso bagi penyakit pekerjaan akibat dari agen bahan kimia dari 2009 dan 2010 turut mengalami peningkatan sebanyak 17 peratus dari 75 kes kepada 88 kes.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata sehubungan itu kerjasama antara Perkeso, institusi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk menyediakan video keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang baik di tempat kerja bagi memberi kesedaran kepada pekerja dan majikan.

“Saya dimaklumkan pada tahun ini Perkeso meluluskan hampir RM4.3 juta bantuan kepada 22 NGO bagi menganjurkan pelbagai aktiviti kesedaran.

“Sehingga kini, kerjasama antara Perkeso dan NGO berjaya menerbitkan 12 video untuk dijadikan panduan kepada pekerja dan majikan,” katanya pada majlis Pelancaran Video ‘30 Tahun Kemudian’ kerjasama Perkeso/Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM)/Monash Universiti, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Eksekutif Perkeso, K Selvarajah.

Melalui usaha itu ia dapat membantu inisiatif pencegahan kemalangan industri, penyakit pekerjaan dan kemalangan ketika ke tempat kerja secara jangka panjang.

Sementara itu, Maznah berkata, statistik Perkeso bagi kemalangan di tempat kerja sehingga Ogos lalu menurun sebanyak 3.71 peratus kepada 22,226 kes berbanding 23,082 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, kemalangan ke tempat kerja meningkat sebanyak 12.66 peratus iaitu dari 14,126 kes pada tahun lalu kepada 15,915 kes sehingga Ogos lalu.

“Golongan lelaki terus menyumbang 80 peratus dari kemalangan itu manakala pekerja berusia 25 hingga 29 tahun adalah kategori usia paling tinggi mendapat kemalangan sama ada di tempat kerja atau ketika dalam perjalanan,” katanya.


Sumber : SINI

**Hati2 ye sewaktu datang keja, sewaktu bekerja dan sewaktu balik keja.. Malang tak berbau.. tp dugaan itu ada hikmah disebaliknya..terima ketetapnya ngan penuh keinsafan..





Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Sampai jumpa lagi...


****************************

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...