Salam alaik,
Bagi yang begitu terpengaruh dan asyik dengan cerita Hindi sehingga memperbesar-besarkan India, saya ingin utarakan salahsatu budaya yang sangat penting di sana. Jangan mudah sanjung sesiapapun tanpa pengetahuan lebih mendalam.
Saya ingin ketengahkan akibat budaya yang mewajibkan wanita membayar dowry ( mas kahwin ) kepada keluarga suami seperti yang diamalkan di India.
1. Kelahiran anak perempuan dianggap sebagai celaka - sehinggakan ramai di kalangan wanita Hindu dinamakan Na-Kusa atau Na-Kushi yang bermakna "Tidak DiKehendaki". ( baca di sini http://news.yahoo.com/285-indian-girls-shed-unwanted-names-122551876.html ).
2. Seramai 10 juta bayi perempuan baru lahir dibunuh oleh keluarga miskin, kaya mahupun terpelajar. Walaupun banyak peningkatan dari segi akademik, namun BUDAYA BURUK INI MENGATASI AKAL MEREKA. ( baca di sini http://english.aljazeera.net/indepth/features/2011/10/201110415385524923.html
3. Oleh itu, kerajaan India telah mengharamkan Ultra-sound untuk melihat jantina bai dalam kandungan. Namun begitu, masalah pembunuhan bayi perempuan masih berleluasa. ............ Budaya ini begitu kukuh ......... http://dieurope.com/articles/e-news/details/article/indian-state-considers-portable-ultrasound-ban/index.html
4. Akibatnya kini lebih ramai lelaki dari wanita. Nisbahnya kini ialah setiap 1,000 lelaki seramai 917 wanita. Pada tahun 2020 ia akan menjadi lebih buruk lagi. Banyak kawasan di India akan menghadapi kekurangan wanita sehingga 30%. ( baca di sini http://english.aljazeera.net/indepth/features/2011/10/201110415385524923.html )
5. Hasil budaya buruk ini adalah seperti berikut :
-> penculikan perempuan dari lokasi lain untuk dikahwinkan
-> penjualan anak-anak perempuan kepada sindiket
-> penjualan wanita-wanita Nepal dan Bangladesh sebagai hamba seks
-> kegiatan sindiket pelacuran meningkat di seluruh India
-> peningkatan penyakit kelamin dan kes HIV/AIDS
-> India di dalam kedudukan Nombor 2 di dunia yang mempunyai HIV paling ramai, iaitu 5 juta orang kini. http://news.bbc.co.uk/2/hi/south_asia/4055143.stm
-> isteri dipaksa menjadi hamba seks untuk adik-beradik suami ( baca di sini http://news.yahoo.com/wife-sharing-haunts-indian-villages-girls-decline-083401584.html )
Pusingan Budaya Zalim ini sudahpun lengkap :
Budaya Wanita Bayar Mas Kahwin -> Di Anggap Celaka -> Di Bunuh -> Kekurangan Wanita -> Penculikan -> Pelacuran -> Peningkatan Penyakit Kelamin -> Isteri Menjadi Hamba Seks Keluarga Suami.
Hanya menanti ketibaan jutaan anak-anak yang sakit mental hasil perkongsian isteri. Belum ada data penyelidikan lagi.
Bersyukurlah :
-> Syukur dengan kedatangan Rasulullah yang membawa sejahtera dengan SunnahNya.
-> Syukur dengan hak Wanita Muslim yang telah dimartabatkan oleh Allah dan RasulNya.
-> Syukur kita masih lagi berbudaya Muslim, di mana Suami Membayar Mas Kahwin.
sumber: email.
**Besyukur dengan kurniaan Ilahi setakat yg ada sekarang nih.. Alhamdulillah..
Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;) Sampai jumpa lagi...
****************************
1 comment:
Ajaran Islam amat sempurna bagi umat yg lelaki mahupun yg perempuan kerana diperlukan dan saling lengkap-melengkapi...
Post a Comment