Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Hotest Entry From Mama Yana

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Wednesday, October 19, 2011

Penat lelah dan pengorbanan | Berbaloi.. ^_^



SERDANG: “Saya gembira, bangga, tak sangka, penat dan dalam masa sama puas walaupun mengambil tempoh yang lama untuk menggenggam segulung ijazah,” kata pelakon terkenal, Rashidi Ishak apabila berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada majlis Konvokesyen UPM ke-35, di sini, semalam.

Menurutnya, dia terpaksa menempuh 13 semester sepanjang mengikuti pengajian eksekutif di universiti itu.

Suami kepada pelakon dan pengacara, Vanidah Imran atau dikenali sebagai Vee berkata, beliau tidak mahu mengenepikan kerjayanya terpaksa menangguh beberapa kali pengajian apabila menerima tawaran berlakon dan tidak mahu melepaskan peluang yang ada.

Semalam, seramai 1,597 daripada 7,327 graduan menerima ijazah yang disampaikan Pro Canselor UPM, Tan Sri Rozali Ismail dan Tan Sri Dr Nayan Ariffin pada majlis konvokesyen yang bermula Sabtu lalu dan berakhir hari ini.

Rashidi yang juga seorang pengarah drama dicabar Vee bagi menamatkan pengajiannya dengan segera bagi memberi peluang kepada isterinya itu untuk fokus dalam pengajian ijazah sarjana muda yang sedang diikutinya di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di sini.

Katanya, sepanjang pengajian, Vee banyak membantu menjaga dua orang anaknya dan selepas ini, dia bakal mengambil alih tugas itu bagi memberi laluan kepada isterinya untuk meneruskan pengajian.

Sementara itu, personaliti TV3, Nor Azura Azizul Azman, 27, turut menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi pada majlis berkenaan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.50.


**Alangkah indahnya jika kami laki bini berkompromi seperti mereka... Bahagia hidup..
Tapi sekarang pun dah kira syukur dengan nikmat pemberian Mu.. Alhamdulillah..

Seperti manusia yg lain, inginkan apa yg tak ada.. inginkan seperti apa yg org ada.. [lemahnya iman mama kan.. astagfirullaha azim... ]





Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)


****************************








 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...