Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Friday, October 7, 2011

Rela tolak pinangan | Pengorbanan anak

Rela tolak pinangan
Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my

TELUK INTAN: Seorang gadis sanggup melupakan hasratnya menaiki jenjang pelamin sebaliknya mengorbankan diri bagi menjaga ibu bapanya yang lumpuh.

Nor Azrin Mahmud, 24, yang sebelum ini bekerja sebagai jurujual, menolak pinangan kekasihnya untuk memberi sepenuh perhatian kepada bapanya, Mahmud Bachik, 68, dan ibunya, Sangirah Salijam, 62.

“Buat masa ini saya langsung tidak memikirkan soal perkahwinan ataupun masa depan saya. Apa yang penting ialah memberi perhatian sepenuhnya kepada ibu bapa saya yang terlantar.
“Saya rela berkorban apa saja demi menjaga mereka berdua sehingga ke akhir hayat sebagai balasan ke atas pengorbanan dilakukan mereka sejak saya kecil sehingga dewasa,” katanya.

Nor Azrin, anak bongsu daripada sembilan beradik ketika ditemui di rumahnya di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Padang Tembak, di sini, berkata, buat masa ini dia bersama seorang lagi kakaknya, Wahidah Mahmud, 26, bergilir-gilir menjaga ibu bapa mereka.

“Kedua-dua mereka memerlukan penjagaan rapi dan berterusan. Saya bersemangat tinggi untuk melakukan semua ini kerana saya amat menyayangi mereka,” katanya.

Dia berkata, adik-beradiknya yang lain sudah berumah tangga dan mempunyai bebanan masing-masing namun mereka tetap menziarahi orang tua selain bertanya khabar.

“Saya tidak mahu mereka terlalu memikirkan masalah ini (kesihatan ibu bapa) kerana saya sanggup berkorban. Begitupun, semua adik-beradik yang lain amat menyayangi ayah dan ibu, namun saya berazam menjaga orang tua kami,” katanya.

Azrin berkata, bapanya, seorang bekas pemandu teksi di bandar ini, jatuh sakit sehingga lumpuh seluruh badan sejak Januari lalu.

Berikutan itu, dia perlu memberi sepenuh perhatian terhadap penjagaan kesihatan bapanya termasuk membersihkan badannya selain menyuapkan makanan serta minuman.
Keadaan tambah mendukacitakan apabila ibunya pula terlantar di Hospital Teluk Intan (HTI) akibat kencing manis sehingga terpaksa dipotong kaki kiri, minggu lalu.

“Akibatnya kedua-dua orang tua saya kini hanya terbaring di rumah dan tidak mampu lagi bergerak bebas,” katanya.

Menurutnya, urusan menjaga orang tuanya itu tambah sulit apabila dia mengalami masalah kewangan untuk membeli lampin pakai buang, kos perubatan termasuk mencuci luka serta susu khas untuk orang tuanya.

“Saya sangat mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban ditanggung keluarga,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai JKM Hilir Perak, S Selvaratnam ketika dihubungi berkata, kesempitan hidup keluarga Mahmud sudah dimaklumkan kepada pihaknya.



sumber: SINI


***Kasih sayang ibubapa kekal didunia dan akhirat.. Insyaallah.




Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)

Please do come again ;)
 ****************************


5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Tidak salah kalau dia nak menikah tapi si lelaki kena faham dan rela sama-sama menjaga ibu-bapa tersebut... Kesian pula kalau tidak berkahwin....

mama maman aka yana said...

kakzakie: mungkin ada masalah kot bg belah lelaki... tu yg taknak kawin tuh... mungkin jodohnya blm tiba... mmg kesian jugak.. tp jika takde persefahaman sblm kawin takut kawin pun tak bahagia..

Unknown said...

kasihannya nasib perempuan tu.....
tapi pengorbanan dia mmg besar..
moga dia tabah dan sabar..
pasti ada jalan penyelesaiannya

mama maman aka yana said...

Ayu aka CR: mmg kesian.. tp pengorbanannya membuatkan mama berbangga dan terharu.. kita xpernah diduga sebegitu.. mmg dia kuat dan tabah.. muda2 dah kena tau tanggungjawab kat ibubapa..

Anonymous said...

semoga dipermudahkan kehidupan keluarga ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...