Selamat Pagi Jumaat kawan2..
Share kat sini.. :)
Jom sama2 find out..
Hidung Berdarah?Jangan panik!!
Soalan
Salam..sejak kebelakangan ini saya selalu mengalami hidung berdarah..biasanya berlaku pada waktu pg antara pukul 6-10..apakah yg menyebabkan hidung berdarah pd waktu pagi?setahu saya hidung berdarah kebiasaan nya berlaku kerana cuaca panas..adakah ianya merbahaya dan perlukah saya mendapatkan rawatan? terima kasih.
fafa
Jawapan
Waalaikumussalam
Terima kasih kepada saudari yang bertanya. Moga sihat hendaknya.
Hidung berdarah atau epistaxis merupakan masalah yang kerap berlaku dalam masyarakat kita. Rata-rata daripada kita berasa gerun dan panic apabila melihat seseorang mengalami pendarahan hidung. Jangan takut! Jangan panik! Inshallah, setiap masalah itu ada penyelesainnya. Setiap penyakit itu ada rawatannya!. Cuma, kesedaran awal tentang cara merawat epistaxis perlu didedahkan, supaya kadar komplikasi berkaitan epistaxis menurun.
Sebelum saya menjawab pertanyaan saudari dengan lebih lanjut,terdapat beberapa perkara yang perlu saya ‘take note’
- Sejak bila saudari mengalami hidung berdarah? Secara spesifiknya? Tahun ini atau tahun-tahun sebelumnya?
- Hidung saudari hanya berdarah pada waktu pagi sahaja? Atau berlaku pada waktu-waktu lain,siang,malam?
- Adakah masalah ini berlaku setiap hari? Atau seminggu sekali?Berapa kalikah kekerapan ?
- Boleh saudari perincikan kawasan manakah yang paling banyak mengalami pendarahan?kawasan hadapan(anterior) hidung?sebelah atau darah keluar melalui kedua-dua lubang hidung?
- Adakah pendarahan itu menganggu aktiviti harian saudari? Setakat mana ia menganggu kerja saudari?
- Apabila hidung berdarah,saudari ada mengalami pening-pening,muntah-muntah,denyutan jantung meningkat,atau berlaku juga pendarahan di kawasan lain selain hidung?seperti mata,telinga dan lain-lain? najis berdarah??
- Bagaimana jenis darah itu?dalam anggaran berapa milimeter atau berapa cawan kecil kuantiti darah yang keluar setiap hari? Apa warna darah yang keluar?
- Adakah masalah yang saudari hadapi berkait juga dengan perubahan musim?
- Saudari ada ambil ubat-ubatan yang lain seperti aspirin,steroid,ubat-ubatan herba dan sebagainya?
- Jika hidung berdarah,apakah perkara yang saudari lakukan untuk menghentikan pendarahan hidung?
- Saudari ada mengalami apa-apa penyakit sebelum ini? Seperti darah tinggi?
- Saudari ada mengalami apa-apa alahan ?
- Bagaimana dengan sejarah keluarga,ada di kalangan ahli keluarga saudari yang mengalami masalah yang sama?atau keluarga saudari mengalami sakit jantung atau darah tinggi?
- terdedah pada mana-mana individu yang merokok?
- Jenis pekerjaan saudari? Dan rutin hidup?
Soalan di atas merupakan soalan umum yang kebiasaannya akan ditanya. Setelah maklumat lengkap diperoleh,barulah doktor akan melakukan investigation untuk mencapai diagnosis yang tepat mengenai masalah yang dihadapi saudari.
Namun,merujuk kepada emel yang kami terima daripada saudari bertarikh 30 Dec 2010 dan saya kira di Malaysia sekarang sedang mengalami musim hujan kan? Suhu sekitar sejuk,dan bertambah sejuk pada waktu pagi dan malam. Sebenarnya, perubahan suhu yang tidak menentu dan mendadak juga menyumbang kepada komplikasi hidung berdarah. Bayangkan anda berada di luar,bertemankan kesejukan,dan apabila anda kembali ke pejabat atau ke rumah, suhu semakin bertambah,panas sedikit berbanding suhu di luar yang amat sejuk.maksudnya udara di dalam rumah atau mana-mana kawasan tertutup mengandungi udara yang kering. Perubahan suhu dan cuaca beginilah juga menyumbang kepada hidung berdarah. Ini disebabkan cuaca sejuk dan udara kering menyebabkan mucosal hidung menjadi kering, membengkak dan menyebabkan hidung berdarah secara tiba-tiba. Keadaan ini menjadi lebih teruk jika anda mengalami infeksi virus atau bakteria-hidung berair,mucus berwarna hijau pekat,selalu bersin,batul-batuk dan sakit mata. Semua symptom sebegini muncul ketika julat suhu terlalu rendah dan terlalu tinggi,seperti musim sejuk(winter),hujan,musim panas(summer).
Namun,jika saudari mengalami hidung berdarah secara kerap/konsisten,sila lah berjumpa doktor bagi mengesan symptom/masalah yang tersembunyi kerana terdapat banyak punca yang menyebabkan pendarahan hidung.
Jika masalah ini muncul seiring dengan perubahan suhu dan cuaca, saudari perlu mengambil lebih vitamin C,lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet,juga banyakkan minum air suam. sediakan air-humidifier di rumah untuk mengekalkan kelembapan dalam rumah dan mengelakkan udara kering. dapatkan pengudaraan yang baik.
Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada hidung berdarah?
Faktor Luaran(external factors)
- Trauma (boxing atau pergaduhan menyebabkan hidup berdarah)
- Perubahan cuaca dan suhu yang mendadak
- Kurang minum air
- Kurang makan buah yang mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi
- Bendasing (foreign body)
- Asap rokok
- Debu-debu luar
- Ubat-ubatan seperti aspirin
- ubatan herba yang berkaitan
Faktor dalaman (intrinsic factor)
- Inflamasi pada hidung/selsema/rhinitis
- leukemia
- Darah tinggi
- Kanser
- Penyakit genetic mudah berdarah seperti kurang vitamin K(vitamin K penting untuk pembekuan darah), kurang factor yang menyebabkan pembekuan darah,seperti kurang factor VIII dalam darah.
- Penyakit hati (liver diseases)
Bagaimana pendarahan boleh berlaku?
Kawasan yang biasa berdarah pada hidung dikenali sebagai Little’s area,terletak di bahagian hadapan nostril(lubang hidung),spesifik di kawasan septum yang mengandungi salur darah yang nipis dan bersambung antara satu sama lain dikenali sebagai Kiesselbach plexus.
Terdapat juga pendarahan di bahagian belakang hidung(posterior) yang sukar untuk dikenalpasti.
Apabila terdapat jangkitan kuman pada kawasan ini,ataupun mengalami trauma,hentakan di muka dan sebagainya, salur darah yang nipis ini akan pecah dan hidung akan berdarah.
Bagaimana merawat hidung berdarah di rumah?
FIRST AID measure
Sewaktu pendarahan
- Bertindak tenang
- Duduk dalam keadaan menegak, tundukkan kepala sedikit. Jangan angkat kepala dan membelakangkan kepala anda!ini mengundang risiko sesak nafas dan darah dari hidung akan mengalir ke saluran pernafasan anda dan seterusnya menghalang pernafasan!
- Tekan lubang hidung (nostrils)dengan ibu jari dan jari telunjuk anda,pastikan anda tekan cartilage hidung,bahagian hujung hidung yang lembut. Tekan selama 10 minit.
- Darah yang berkumpul di dalam mulut atau kawasan oropharynx perlu diludah keluar
- Longgarkan baju anda,longgarkan tali leher,tali pinggang
- Letakkan ice pack di belakang leher anda(bahagian bawah tengkorak kepala) dan juga letakkan ice pack di atas hidung anda. Ini untuk mengecutkan salur darah seterusnya menghentikan pendarahan
- Selepas 10 minit, buang perlahan-lahan ice pack tadi dan duduk dalam keadaan yang sama.
Kebiasaannya darah akan berhenti mengalir selama 10-15 minit. Cuba bertenang dan dapatkan rehat yang mencukupi selepasnya.
Apabila pendarahan berhenti
- Elakkan bersin,batuk
- Jika udara di dalam rumah terlalu kering,anda dinasihatkan untuk ‘lembapkan’/humidify rumah anda dengan memasang air-humidifier. Elakkan menghidu asap rokok !
- Jika tiada,anda boleh menggunakan spray ke muka,untuk memberi kelembapan kepada hidung,sekaligus menghentikan pendarahan.
Hidung saya masih berdarah,apa yang perlu saya buat?
Jangan panik! Jika pendarahan tidak berhenti, segera ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Apakah keadaan yang memerlukan rawatan segera ke hospital?
- Jika darah mengalir dari kedua-dua lubang hidung selama kira-kira 20 minit
- Epistaxis berlaku selepas trauma pada kepala,sama ada kemalangan,terjatuh atau kepala terhentak ke permukaan yang keras
- Pendarahan masih lagi berlaku kira-kira 30 minit selepas membuat rawatan first aid(seperti di atas)
- Apabila terasa pening-pening dan muntah-muntah akibat hentakan yang kuat pada muka
- Apabila hidung berubah bentuk atau ‘slipped’ dari keadaan asal
- Apabila seseorang itu telah berumur
- Apabila seseorang itu mengalami darah tinggi
Kesimpulan
Memandangkan masalah hidung berdarah merupakan perkara yang kerap berlaku dalam masyarakat kita,maka kesedaran dan langkah pendidikan awal mengenai masalah ini perlu dititik beratkan. Sediakan ice-pack dan kotak kecemasan seawalnya di rumah,di tempat kerja,di sekolah dan sebagainya. Pastikan semua bahan di dalam kotak kecemasan(first aid ) lengkap tersedia dan pastikan mana-mana ubatan tidak melepasi tarikh luput. Selain itu,anak-anak kecil perlu didedahkan dengan latihan kecemasan seumpama ini. Ibu bapa lah yang memainkan peranan penting dalam hal ini.
Bersedialah dari awal!
COPY PASTE KAT SINI
***************************
Pagi tadi terasa ketat hidung... cuba hembus kat tisu.. tengok2 ada darah.. omg.. darah hidung pagi2... so google la.. hehehe..
Selamat Pagi Jumaat kawan2..
nuffnang_bid = "d1ae754952628ae26a544174b9a7cda7";
3 comments:
Kalau org dulu-dulu pintal daun sireh masukklan di lubang hidung (jgn ketat-ketat) lepas tu baring sekejap - baik..
diana..>> dulu ada gak kena.. tp dah lama tak kena.. maybe sebab perubahan cuaca kot..:)
kakzakie..>> pernah buat dulu.. masa kecik2.. kikiki
kecik2 dulu rajin la berdarah hidung. besaq2 ni xpenah dah. alhamdulillah.
Post a Comment