Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Hotest Entry From Mama Yana

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Thursday, November 8, 2012

Jangan.. Jangan.. Jangan


slm..

Mama kann.. kalu sekarang kann.. lepas makan lunch je teringin nak minum teh.. sedangkan takleh.. info nih mama dpt dr SINI. dpt tuh pun sebab mama survey kat google la kannn..  mekasih cik google.. :p

Beliau ckp.. Jangan..

1. Jangan merokok.Kajian daripada pakar menunjukkan, kesan menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan mereka yang menghisap 10 batang rokok, jadi kadar untuk mendapat penyakit lebih tinggi...

~ kompom la psl ai tak merokok.. tak ayu jika merokok ok..


2. Jangan makan buah-buahan.Memakan buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut kembung. Untuk tips pemakan yang sihat, buah-buahan boleh diambi 1-2jam selepas makan atau 1jam sebelum makan.

~buah-buahan bagus tp selalu mama ambik masa ptg.. waktu tunggu utk dinner atau masa nonton
 cite julia.. huhuhu


3. Jangan minum teh.Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protin dalam makanan yang kita makan keras dan sukar untuk dihadam.

~nih dugaan sekarang nih.. tolon.. tolon.. :P

4. Jangan melonggarkan tali pinggang.Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat.

~takpe.. ai tak pakai talipinggang pun.. hehe


5. Jangan mandi.Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita.

~boleh je mandi sini.. tp ai taknak mandi arr.. tak bw bikini pun.. kikiki
*cam ada bikini kannnn

6. Jangan banyak berjalan.Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita ambil.

~nih salah satu ketidak seragaman kehadaman mama.. sebab sini mmg kena jalan jauh.. huhuhu
kalu ada yg dekat2 pun ai was2 kehalalan toiyiban makanan mrk.. plez la..



7. Jangan terus tidur.Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan! ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, Penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.

~ai tak tido.. ai promise tp kalu bagi ai baring skrg kompom ai boleh berdengkur.. huhuhuk


8. Jangan terus minum air.Minum air selepas makan akan menyebabkan sistem penghadaman terganggu. Kita tidak digalakkan minum air yang banyak semasa atau dalam masa setengah jam - 1 jam selepas makan.

~nih pun benda yg ai suka buat.. tuh yg bong tuh kannn.. aduhai.. banyaknyer jangan nih kannn


tuh yg ada perumpamaan seperti ini.. 'nak cantik susah sgt.. nak huduh lg senang' hahaha.. uols agreed tak..?? tuh sebenarnya perumpamaan ai sukasuki buat tulis sini.. hahahaha


ok.. sudah banyak merepek.. maklum la kerja tengah goyang kaki.. bukan kaki jew.. tangan pun pantas bergoyang menaip entry... pelik sungguh ketegaran mama.. kalu keja.. huhu.. terhegeh2 membuatnya.. hahahaha..


mmg sy sedang dlm proses pembesaran skrg..
niat jew nak kurus.. tp yg banyaknya ialah makan tanpa berenti.. huhuhu





Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)

****************************

5 comments:

Mrs Lurve said...

jgn terus minum ais..mcm mana tue mama...tercekik huhuhuhu

Kakzakie said...

Jadikan panduan sebab banyak yg terbalik dibuat..

kakchik@ella said...

Mekaseh share. sekarang sudah pukul 3 .. Kc nak p kunyah epal selepas 2 jam makan nasik. hihi.

Qhaifa Nur said...

yang baik kita ikut...

eelobor said...

disebabkan berhenti rokok la perut ai membuncit sampai skrg tak turun2. huhuhu... selera makan bertambah2... last2 dah tak leh nak kawal selera makan tuh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...