Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Friday, April 5, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Assalamualaikum...

Mesti ada yg dah tgk dah episod pertama cerita nih kann.. me pun dah tgk.. pastu tercari2 camner jalan cite dia kann.. eksited lak lepas bc sipnopsi dia (ada kat bawa.. sila rajin2 baca yer) terasa nak tgk lg episod yg seterusnya.. hehe.. jumpa nih kat SINI so berjoget riang la ai.. hahaha.. plez jgn emejin ok.. buruk sgt.. hahaha

Sinopsis

Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad. Selepas menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Syafa dipaksa bernikah dengan Firash Arshad tanpa persetujuannya. Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya pasrah. Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad.

Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Semasa berlaku kejadian di rumah Raimy, teman lelaki Syafa datang lewat ke majlis (Farish). Farish terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah.

Farish pula meninggal dunia saat hari pernikahan Firash dan Syafa. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina). Masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.

Perkahwinan Firash dan Syafa sengaja dirahsiakan Firash dan Syafa dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat. Tetapi takdir menemukan mereka berdua bekerjasama dalam satu pejabat di Kerteh. Di situ bermulalah episod saling jatuh cinta, emosi dan cemburu antara Firash dan Syafa. Sampai ke kemuncaknya, Raina cuba mendapatkan Firash dengan cara yang kotor, dengan mengupah PI untuk melakukan tugas memerangkap Firash dan mengambil gambar yang mengaibkan antara Firash dan Raina.

Gambar yang di'super imposed' kan tersebut dihantar ke meja Syafa, menyebabkan cinta yang baru berputik antara Syafa- Firash, terus terpadam. Pada malam annual dinner, Firash yang tertekan dengan gambar2 tersebut telah memaksa Syafa menunaikan hak seorang suami. Setelah itu, Syafa melarikan diri ke Shah Alam, dan Firash terkapai-kapai merindui isterinya. 

So jika ada masa free to jom sama2 tunggu malam ni (JUMAAT) pada 9.00 malam.. di TV3.

Kalu rajin download atau nak tgk online.. sila2 kat link bwh nih utk episod pertama..





~For me dlm cite nih comel sgt tiz tau.. huhu.. hero pun ensem.. kiki.. sesuai sgt la utk mencuci mata smbil layan cite nih.. besh..~


4 comments:

Fiza Rahman said...

Saya terlepas episod 1. Mlm ni nak tgk ☺☺

Puan Kutu said...

alahai sy ni skang dh jarang tgok tv.baca sipnopsis pun ok kot.hehe

Nina Mads said...

tak sempat tgk..huhu
tengs akak, boleh la tgk online

eelobor said...

hehehe...tak pernah layan citer cam gini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...