Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Tuesday, April 23, 2013

Sipnopsis : Sedetik Cinta

Assalamualaikum...

Terikut2 lak rancangan Sedetik Cinta kat TV3.. wlpun kekadang jew boleh balik awal tp layan setakat yg sempat la.. terfikir nak mencari sipnopsis dia.. br senang hati sikit faham sebab me kan tgk sekerat sekerat.. hehehe

copy paste kat SINI.. mohon diizinkan la yer.. :)


pic frm google


Sedetik Cinta sebuah lagi buah tangan hebat dari  Enuja Production Sdn Bhdyang mendapat sentuhan pengarah MP Roslin Md Sharif dan skrip hasil nukilan Mazelan Manan.

Drama bersiri ini dibintangi Awal Ashaari (Hakimi), Hanez Suraya (Emylia), Zarynn Min (Tini), Tunku Hanis (Elisya), Fizz Fairuz (Iskandar), Puteri Fatin (Sara), Redzuan Hashim (Taufiq), Kathy Azean (Ramlah), Rosnah Johari (Mastura), Sofian Bujang (Fuad)

Sinopsis Sedetik Cinta
Seminggu sebelum perkahwinan Hakimi dengan Elisya, suasana menjadi gempar apabila Elisya mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri setelah mendapat tawaran memperagakan fesyen ciptaan anak Malaysia di luar negara yang kebetulan jatuh pada hari perkahwinannya. Memandangkan tawaran itu hanya datang sekali dalam seumur hidupnya, Elisya membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan akibat yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua pihak keluarga. 

Emylia telah dipujuk oleh ibu bapanya, Taufik dan Ramlah supaya menggantikan tempat kakaknya kerana segala persediaan telah diatur. Emylia terpaksa akur kerana mahu menjaga maruah keluarga. Pada mulanya, Hakimi enggan menerima ‘pertukaran’ tersebut kerana menganggap maruahnya sudah tercalar. Selepas Taufiq menawarkan 50% daripada hartanya kepada Hakimi sekiranya Hakimi bersedia menyelamatkan maruah keluarga mereka dengan syarat tidak boleh sama sekali menceraikan Emylia. Akhirnya, Hakimi bersetuju tetapi hatinya menyimpan dendam.
Perkahwinan tersebut telah mencetuskan pelbagai konflik. Ibu Emylia, Ramlah diburu rasa bersalah kerana terpaksa mengorbankan perasaan Emylia. Sejak kecil Emylia seorang anak yang naif kerana sering berdepan dengan penyakit asma. Justeru, Ramlah terpaksa memberi perhatian lebih kepada Emylia sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang kepada Elisya yang berlarutan sehingga meningkat dewasa.

Elisya seorang yang keras kepala, bertindak tanpa memikirkan perasaan orang lain. Elisya sanggup menangguhkan pengajiannya di IPTA demi mengejar glamor sebagai seorang model. Ramlah terkilan dan berharap agar Elisya juga bersikap seperti Emylia yang tidak pernah membantah cakap orang tua. Sejak itu Elisya makin mencemburui Emylia dan sering mempergunakan Emylia jika berlaku masalah ataupun untuk mencapai tujuannya. 

Emylia selalu diam diri dan dibebani dengan setiap kesalahan yang dilakukan oleh Elisya. Kini, dia terpaksa menanggung satu lagi beban yang amat besar dalam kehidupannya. Perkahwinannya dengan Hakimi menyebabkan hubungan cintanya dengan Fuad terputus. Fuad sedia menunggunya dan sanggup menerima Emylia sekiranya Hakimi menceraikan Emylia.

Hakimi dan Emylia tidak mempunyai perasaan cinta walaupun sudah menjadi suami isteri yang sah. Fuad cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Emylia tetapi Emylia akur dengan takdir. Hakimi yang sakit hati kerana dipermainkan oleh Elisya menyebabkan Hakimi mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap Emylia dan keluarganya. Walaupun begitu, Emylia tetap melayan Hakimi sebaik mungkin dan tidak pernah membantah ataupun meninggikan suara terhadap perbuatan Hakimi. 

Sikap Hakimi terhadap Emylia amat tidak disenangi oleh ibu Hakimi, Mastura. Mastura cuba menyedarkan Hakimi tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami, bagaimanapun Hakimi tetap tidak berubah sehinggalah suatu hari Hakimi  terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kakinya patah. Ketabahan Emylia menjaga Hakimi sepanjang Hakimi sakit mula mengubah sikap Hakimi selama ini. Sedikit demi sedikit dia mula kagum dan menyintai Emylia. Apabila Hakimi dan Emylia mula menjalin cinta, Elisya telah pulang ke Malaysia. Apakah yang akan berlaku seterusnya? 



Hhhhmmm.. tak sabar nak tgk cerita nih sampai sudah.. hehe.. suka dengan sikap sabar si emylia.. dan berdoa agar diri ini dpt semangat utk bersabar camtu gak.. wlpun papa takde la buat perangai gitu tp suka tgk kekuatan diri Emylia tunjukkan utk setia pada suaminya walaupun suaminya tak pernah suka padanya.. mmg patut dicontohi sikap gini kann.. :)

Nih suka benar melenting jew.. sabar senipis kulit bawang... aduhai.. 


5 comments:

Unknown said...

citer apa ni??baru start ke??

LYAfrina said...

dah lama x tgk awal blakon

Unknown said...

macam best pulak :)

Zaza Abdul Latif said...

alahaiiii tak kesempatan lagi nak tengok :(

Ayue Rejaluddin said...

AJ tak tengok sangat... =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...