Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Friday, June 10, 2011

Pakaian seksi untuk pasti suami puas

السلام عليکم


Isteri tak boleh selekeh ketika berada di rumah

RAWANG: Presiden Kelab Taat Suami Malaysia mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi.
Bagi Fauziah Ariffin yang menerajui kelab dianggotai 800 ahli itu, sebagai isteri yang taat, itu adalah cara terbaik untuk memberi layanan kepada suami.
“Bukan seperti isteri masa kini yang kebanyakannya tidak melayan suami dengan baik dan hanya berpakaian cantik di luar, tetapi di rumah kelihatan selekeh dan tidak menarik.
“Masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat,” katanya di sini, semalam.
Pengarah Ikhwan Catering and Restaurant itu, berkata isteri juga perlu tahu peranan mereka yang sebenar, malah ada pihak berpendapat melayan suami bukan saja dari sudut seks tetapi juga memasak, membasuh dan menjaga anak.
“Itu benar, tetapi perlu tahu apa keutamaannya kerana kerja rumah boleh diserahkan kepada orang gaji, tetapi layanan di tempat tidur bolehkah beri pada orang gaji?
“Oleh itu perlu rujuk kepada keperluan utama, bila isteri taat, akan lahir suami penyayang,” katanya yang juga isteri kedua.
Baru-baru ini, kenyataan Naib Presiden kelab berkenaan, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mahu Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab itu.
Kelmarin, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin pula menyuarakan pandangan bahawa kelab itu dilihat hanya mementingkan nafsu untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Sejak dilancarkan 1 Mei lalu, kelab itu mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia.
Mengenai kenyataan Dr Rohaya pula, beliau berkata ia bukan untuk menyamakan isteri dengan golongan pelacur yang terjebak dalam masalah sosial itu.
“Masalahnya masyarakat kita bayangkan pelacur hanya di Lorong Haji Taib, sedangkan pelacur kelas pertama ini adalah di kalangan pelayan pelanggan yang dihantar pihak atasan ketika perundingan antara dua negara,” katanya.
Sementara itu, kenyataan yang menyamakan tugas melayan suami dengan pelacur kelas pertama turut mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan pembaca Berita Harian yang menyuarakannya menerusi laman sosial akhbar ini termasuk laman web dan Facebook.
Hampir kesemua bantahan dikemukakan di kalangan pembaca wanita yang membidas tindakan Dr Rohaya yang disifatkan sebagai merendahkan martabat golongan itu.
Malah ada yang mempertikaikan penubuhan kelab itu yang dianggap tidak relevan kerana Islam menuntut isteri untuk mentaati suami selagi tidak melanggar syariat Islam.
Sumber : sini

Notakaki: pakai seksi boleh ajer.. tp rasanya harus fikir aurat kita ngan anak lelaki kita... lagipun seorg ibu harus menjaga penampilan agar anak faham akan maksub aurat sebenarnya.... sebagai suami juga... harus fikir yg terbaik utk keluarganya... tidak hanya utk memenuhi kehendak nafsunya sahaja... betul tak..??? Sebagai ibubapa maka kita la harus menunjuk contoh terbaik utk anak....

Ps: Apa yg maman akan cakap jika mama seksi....??? Maman akan ckp.. mama nih tak malu la... kan malu balik mama...

♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥


 

10 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak membayangkan begitulah juga yg anak kakak cakap macam yg mungkin maman akan cakap.

Pucuk-pangkal suami adalah "king", so dia kena tahu mendidik isteri dan isteri adalah "queen" kenalah tahu apa yg terbaik utk mencari kebahagiaan rumahtangga.

Sama-sama berkomunikasi mencari yg terbaik kan...

mama maman aka yana said...

Kakzakie; insyaallah... kekadang mmg susah bila komunikasi breakdown... hhheee... tp kena la pusing cr solution lain lak kann... :)

najwa's said...

hehe menyeksi time nak ehem-ehem dalam bilik jela.. (-.-')

mama maman aka yana said...

najwa: harus la seksi... hhhaaa...
camna la nak seksi kalu anak ramai eks... susah tuh... keh..keh...

Farah Shamsudin said...

nak seksi tu bole, tapi biarlah bertempat dan kena pada masa kan..

miloaiskurangmanis said...

nak pakai seksi pun kena gaka jugak lah
jangan le depan anak2 pun nak pakai seksi
dalam bilik tido ok lah...

kang heran plak anak2 tengok - apahal mak seksi bebeno ni? see thru kekdahnya!
hehehehe

mama maman aka yana said...

farah: mmg kena cari tmpt dan masa sesuai.. keh..keh... karang ternampak maman kan sudah... hhheee

mama maman aka yana said...

miloais: susah skrg nih... budak2 pandai sgt... tgk artis pakai yg paras dada (berkemban) tuh pun dia blh ckp... 'tak malu kan ma org tuh... seksi kan..'

apatah lg kalu mama dia yg pakai seksi.. sure la dia ckp.. dah takde baju ke???

Unknown said...

seksi memang kena bertempat juga walaupun dalam rumah tapi kalau tingkap terbuka nampak juga org diluar pun tak boleh juga...so suami pun kena bijak juga memikir soal ni...tapi itu yg suami saya selalu ckp juga dia lak risau..hehe

mama maman aka yana said...

Nieza: tu pun masalah nak menyeksi gak kan... hhheee... untung kalu org dok umah jauh dr org kann... tak pakai apa pun takde org nak tgk... hhheee... (bab imaginasi mama mmg terlobih kannn...hhhhaaaa..)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...