Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Tuesday, October 4, 2011

Anak Melayu Pertama Menjadi Pensyarah di Universiti Oxford (lepasan dari sistem Pondok)

السلام عليکم


http://www.youtube.com/watch?v=bafjja39f4I





Siapa kata belajar pondok tak ke mana? Takde masa depan? Yang takde masa depan tu sebab belajar nak sekerat sekerat dah bajet alim dan tanak usaha lebih lagi. Kalau betul2 belajar agama dan jadi ahli dalam bidang agama, takkan susah la, Allah akan pelihara.

Buktinya, anak melayu pertama menjadi menjadi pensyarah di Universiti Oxford ialah bekas lepasan pondok dan terus menambahkan lagi ilmu pengetahuan hingga ke negara orang. Lihatlah video di bawah


Nama beliau Dr Muhammad Afifi al-Akiti
MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM – juga dikenali sebagai Sheikh Afifi – is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.

Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) – penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval). Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.

Dr al-Akiti, yang berasal dari Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Beliau telah menerima [[Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.

Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.

Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Akhir kalam, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Genggam bara api biar menjadi abu. Kalau belajar tu, belajarlah betul2, tak kiralah bidang apa pun skali.

Jangan jadikan ilmu agama penyebab tak dapat kerja dan x berjaya. Tapi salahkan diri sendiri yang tidak betul2 dalam menuntut ilmu agama. Sedarlah wahai golongan yang belajar ilmu agama, rezeki itu Allah dah tentukan untuk kita. Tinggal untuk kita usaha. Samalah juga dengan golongan yang belajar ilmu lain juga.

sumber : wikipedia
http://www.youtube.com/watch?v=QMMuy8QnepQ 
Dr. Afifi al-Akiti @ Sudut Pandang Astro Awani (1)


sumber : email

PS: Berbangga sungguh. sejuk perut ibunda.





Please do come again ;)




 ****************************



9 comments:

Rohani Hashim said...

series bangga...semoga menjadi semangat buat orang lain

mama maman aka yana said...

seronok kan baca kejayaan anak melayu.. asyik2 ttg keruntuhan akhlak anak2 melayu.. ni la contoh terbaik..:)

Ummi AmnaAmzar said...

ummi dh penah buat entry ni x lm dulu.. bangga dgn beliau kannn

Nisa Greennnpanda said...

wuu...bagusnye!! Malaysia boleh!! eh, eh. melayu boleh!! ^_^


Hijabi wearing a mini skirt & leggings~??

ajumohit said...

Siapa kata skolah pondok tak ke mana kan? Semuanya atas kemahuan Dan usaha sendiri

mama maman aka yana said...

Ummi: cukup2 berbangga.. pastu berangan anak kita pun berjaya camtu..hhhhiii

mama maman aka yana said...

Nisa: insyaallah melayu blh..!!! kannn

mama maman aka yana said...

Aju: betul tuh, selalu masyarakat kita dimomok2kan sekolah pondok low class dan paling byk jadi cikgu sekolah pondok je.. sedangkan mrk belajar perkara dunia dan akhirat.. moga2 terus ada anak2 bljr sekolah pondok kan..

mama maman aka yana said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...