**Mama buat sticky post entry nih... so.. kat bawah adalah entry terlatest buat masa ini... tq.
UPDATE: ADIK FARIS SUDAH MENINGGALKAN KITA SEMUA... INFO DARI MAZIDUL. AL-FATIHAH.
Salam...
Mama baru berkesempatan terjah blog Mazidul. Ramai jugak blogger yg sudi panjangkan info kat blog2... so apa salahnya mama pun panjang2kan kat blog mama nih kann.. minta2 dpt faedahnya dr blog nih ye..
Baca entry beliau menitiskan airmata... berat mata memandang ... berat lagi bahu memikul..
adik faris yg cumil
"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.
Faris Nur Daniel, 6 tahun disahkan mengidap HLH (Hemophagocytic Lymphohistiocytosis)ringkasnya, barah darah. Penyakit dilaporkan mampu mengancam nyawanya. Kini dirawat secara intensif di Subang Jaya Medical Center.
Menurut doktor yang merawat paru-paru adik Faris tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak.
Bapa kepada adik Faris iaitu Shamrulismawi Ismail dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka.
Bapa kepada 3 orang anak iaitu 13 tahun, 10 tahun dan 6 tahun ini amat memerlukan sumbangan kepada sesiapa yang sudi & bermurah hati. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun
Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738
(Shamrulismawi Ismail).
Rakan rakan bloggers sekalian ...jom kita share kan info nih . ...insyaallah kita dapat membantu mereka.
Terima kasih sudi singah blog Mama Yana... ;)
Sampai jumpa lagi...
****************************
4 comments:
IM dah perpanjangkankan ke melgrup IKRAM Pulau Pinang.
Ya allah... berat dugaan keluarganya. sy blh feel mcm mana rasanya tu.
alahai...siannye.. ya Allah, ko selamatkanlah anak kecil ini
Al fatihah... Sayu tengok adik faris masa dia sakit.... Biarlah dia pergi....
Post a Comment