Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Friday, April 15, 2011

Mimbar Jumaat

السلام عليکم





Mimbar Jumaat hari ini memperkatakan tajuk  Memilih Pasangan Hidup Yang Beragama

Perkahwinan adalah jalan kebahagian.Iaitu jalan yang telah disyariatkan oleh Allah bagi memberi jalan kebaikan kepada umat manusia agar hidup sentiasa berada dalam ketenangan.Perkahwinan bukan sahaja dikira sebagai ibadat bahkan sebenarnya ia juga memenuhi fitrah manusia untuk hidup berpasang-pasangan.Ia juga adalah cara bagaimana Allah mengangkat martabat manusia itu berbeza dari makhluk-makhluk yang lain.Perkahwinan yang dibina oleh dua insan yang berbeza dari segi fizikal,mental dan latar belakang kehidupan,akan menjadi pasangan yang serasi,penuh kasih sayang dan lebih penting ialah ia akan diberi ketenangan dalam kehidupan.Ketenangan itu pula nanti menambah lagi keimanan,kerana dengan syariat perkahwinan ini akhirnya menjadi makhluk yang berfikir betapa besar dan agungnya tuhan yang maha esa

Inilah yang disebut oleh Allah dalam Surah Ar-Rom,bermaksud:Dan Antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanya dan rahmatnya bahawa dia mencipta isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri,supaya kamu hidup bahagia dengannya dan dijadikan antara kamu(suami-isteri)perasaan kasih sayang dan kasihan belas.Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan(yang menimbulkan kesedaran)bagi orang yang berfikir.

Perkahwinan adalah ketenangan,cinta-mencinta belas kesihan.Namun begitu,yang mendukacitakan kita ialah apa yang dinyatakan dalam firmannya itu seolah-olah tidak dihayati oleh masyarakat masa kini.Apa yang terpapar dalam media ialah perkahwinan atau rumah-tangga yang telah dibina dijadikan medan persengketaan yang terjadi suami atau isteri.Kes-kes yang melibatkan konflik rumah-tangga sepertinusyuz(derhaka),Siqaq(pertengkaran)dan dhoror(penganiayaan).Lebih dahsyat lagi apabila konflik tersebut berakhir dengan pembunuhan yang memberi gambaran buruk dan tragis dalam sesebuah perkahwinan.

Menurut rekod Jabatan Agama Islam Selangor,jumlah aduan rumah-tangga sepanjang tahun 2000 hingga 2008 ialah berjumlah 81,115kes iaitu jumlah yang dilihat sangat tinggi.dengan sehari 24 aduan kes.Malah dalam tempoh yang sama pasangan yang bercerai direkodkan berjumlah 26,421 pasanagan dengan purata 8 kes penceraiaan sehari.Gambaran dengan fakta ini,jelas membuktikan bahawa betapa rapuhnya insitusi perkahwinan umat islam pada masa kini.Dilihat dari rekod ini,timbullah pelbagai persoalan,dimanakah sebenar kebahagiaan dalam sesebuah kehidupan perkahwinan?

Diantara sebab berlakunya masalah rumah-tangga ini ialah kesilapan pasangan dalam memilih jodoh.ini kerana pemilihan jodoh tidak berdasarkan apa yang dianjurkan oleh Rasullulah.

Sabda Nabi,maksudnya Dikahwini akan perempuan itu kerana 4 perkara:kerana hartanya,kerana keturunannya,kecantikkan dan agamanya.Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama.nescaya akan selamat.(Muttfaqun Alaih)Hadis Sahih Bukhari dan Muslim.
Hadis ini,jelas menunjukkan betapa anjuran islam sangat mementingkan pemilihan jodoh bukan sekadar memandang harta kekayaan,bukan sekadar mengambil kira keturunan mulia,dan bukan juga sekadar melihat paras rupa yang cantik,tetapi sebenarnya pilihlah yang beragama.Ini kerana kita semua maklum bahawa harta,keturunan,dan paras rupa,hanya bersifat sementara tetapi agamalah yang kekal abadi.

Agama akan membentuk akidah.Agama melatih melalui ibadah dan kesan kehidupan beragamalah akan melahirkan akhlak mulia.Akidah,ibadat dan akhlak merupakan ramuan penting kerana jalinan inilah yang akan membentuk tanggung-jawab yang istiqamah.

Maka apabila Firman Allah diimani dan dihayati,apa akan dilihat nanti ialah suami-isteri itu sentiasa bekerjasama dalam kehidupan serta saling memerlukan.Firman Allah dalm Surah al-Baqarah ayat 187,yang bemaksud:Isteri-isteri kamu itu,adalah sebagai pakaian kamu dan kamu pula pakaian bagi mereka.

Perumpamaan ini,adalah contoh yang paling penting bagi sesebuah rumah-tangga.Cacat pakain tersebut maka cacatlah pandangan kepada si pemakainya.malah pakain juga akan menambah keyakinan diri pemakainya.Apabila suami isteri saling memahami tentang perkara ini sudah tentulah tiada siapa yang sanggup menyakiti antara satu sama lain.

Perkara lain yang patut diambil perhatian penting ialah perlunya setiap ahli keluarga khususunya pihak wali perkahwinan memastikan agar jodoh yang dipilih oleh anak-anak yang ingin mendirikan rumah-tanggamempunyai ilmu fardhu Ain,pengetahuan agama yang cukup dan perlu bertanya tentang amal ibadatnya.Ini kerana jika gagal melunaskan tuntutan kewajipan fardhu Ain ini,Suami pasti gagal sebagai suami yang soleh dan isteri bakal gagal sebagai isteri yang solehah.

Perlu juga disedari bahawa tujuan perkahwinan juga adalah untuk merapatkan ukhuwah.Ukhuwah adalah perkara yang paling penting dalam perjuangan islam.Sebab itu,kerana ukhuwah umat islam pada suatu ketika dahulu berjaya dalam segenap misi dakwahnya.Malah perkahwinan juga antara cara dakwah yang telah digunakan oleh para pendakwah.Tidak mungkin cara ini boleh berjaya jika perkahwinan yang dibina tidak bahagia.

Kegagalan perkahwinan boleh membawa kepada kegoncongan ukhuwah di kalangan kita.Kerana konflik rumah-tangga biasanya membawa luka dan perasaan tidak selesa dikalangan pasangan.Rumah-tangga itu,umpama bangunan dan bangunan yang kukuh adalah kerana ikatan konkritnya.Konkritnya yang di maksudkan ialah ukhuwah.Ukhuwah yang paling baik antaranya ialah melalui jalan perkahwinan.Janganlah nanti masalah rumah-tangga menjadi seperti anai-anai yang merosakkan bangunannya.

Menjadi kewajipan kepada kita semua membina keluarga bahagia.Keluarga bahagia bermakna  keluarga yang beragama.Keluarga yang bahagia juga ialah gambaran sebenar ajaran islam yang menyusun cara atau sistem dalam mengurus kehidupan.Oleh itu,marilah kita menjadikan agama sebagai asas dalam kita dalam membuat pertimbangan untuk pemilihan jodoh.

Sabda Rasullulah yang bermaksud:Apabila datang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu mengahwinkannya,jika kamu tidak melakukannya nescaya berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakkan yang besar.(Hadis Tirmizi,Ibnu Majah,Al-Hakim).
Amaran telah diberi dan sebarang keingkaran dari sabdaan Nabi tadi telah pun kita lihat berlaku dalam kehidupan kita.Ambillah iktibar dari hadis ini moga-moga kita menjadi umat yang berjaya di dunia apatah lagi di akhirat.

Surah An-Nur Ayat 32:Bermaksud.Dan kahwinkanlah orang bujang daripada kalangan kamu dan orang yang layak(berkahwin)daripada kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin,Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurniaanya kerana Alla maha luas (rahmatnya) lagi maha mengetahui.

Sumber: email.


 ♥Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!♥



 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...