Mama suka baca blog INI banyak ilmu yg kekadang tak terjangkau difikiran.. hehe..
Nih mama sharing utk kawan2 sedikit tips yg beliau share kat blog beliau.. nak lebih sila terjah sana tau.. Link beliau.. ---SILA KLIK LINK INI
Tips utk memastikan income blog kita bergerak.. hehe.. Jom sama2 ambik noted.
Bentuk Saiz dan Kedudukan Iklan Nuffnang
Tidak meletakkan kesemua bentuk, saiz dan jenis iklan Nuffnang dalam blog. Anda perlu letakkan ketiga-tiga bentuk iklan Nuffnang dalam blog anda. Ada 3 saiz banner disediakan, dan ketiga-tiga mesti diletakkan di tempat atau lokasi yang telah disarankan oleh Nuffnang, iaitu dekat dengan header blog (728x90); biasanya diletakkan di bawah atau atas header blog. Iklan sidebar perlu di bahagian atas sekali, dan saiz kekotak (300x250) perlu berada di antara entri atau di bawah setiap entri blog.
Cerita Mengenai Nuffnang
Sebagai salah seorang blogger yang gunakan khidmat Nuffnang, penting untuk anda berkongsi dan 'berkomunikasi' dengan Nuffnang. Anda perlu cerita mengenai Nuffnang di dalam blog anda. Anda patut sedar, Nuffnang boleh kesan kehadiran setiap trafik berdasarkan cerita dan tajuk entri blog anda. Kongsikan aktiviti yang dijalankan oleh Nuffnang, seperti kontes, giveaway mahupun gathering yang mereka jalankan.
Sering Update Akaun
Tips yang selalu blogger lama berikan, kena login ke akaun Nuffnang dan kemaskini akaun Nuffnang. Sesekali ubah setting pembolehubah untuk soal selidik dalam Nuffnang itu. Anda mesti aktif dengan akaun Nuffnang supaya mereka sedar kehadiran anda.
Maintain Trafik
Anda tidak perlu nak tingkatkan trafik ...naik, naik dan naik. Lebih mudah anda maintain trafik yang masuk ke blog anda. Jika naik, jangan nampak naik mendadak. Trafik yang maintain menunjukkan blog anda konsisten. Nuffnang suka dengan blog yang punyai trafik blog yang konsisten sebab mudah bagi mereka untuk berikan bonus iklan seperti CPUV dan juga Advertorial.
Jangan Sombong Dengan Nuffnang
Nuffnang ini dikendalikan oleh manusia, jadi mesra-mesrakan diri anda sebagai blogger dengan warga kerja Nuffnang ini. Sertai aktiviti atau paling tidak, anda sentiasa lawati blog mereka dan tinggalkan komen anda. Ada kontes atau giveaway dianjurkan, tunjukkan sokongan anda. Tak masuk tak mengapa, tapi boleh komen atau kongsikan informasi tersebut di blog anda. Sering beri tiket atau bertanya pada mereka mana-mana bab dalam Nuffnang yang anda kurang faham.
Cukup dah sebab yang saya berikan untuk tahu mengapa dan kenapa income Nuffnang sesetengah blogger tak naik-naik atau tidak bergerak. Saya pasti ramai blogger yang dah dapat income mencanak dari Nuffnang akan setuju dengan entri ini.
Kepada yang merasakan income tak ganjak, cubalah tips dan panduan yang telah saya berikan ini. In Sha Allah, akan ada perubahan pada pendapatan Nuffnang anda.
Sumber : COPY N PASTE
No comments:
Post a Comment