Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Friday, August 2, 2013

Tips kepada pemandu menjelang raya 2013

Assalamualaikum...

Satu artikel kiriman email dr teman.. sajer mama tepek sini utk peringatan buat teman dan diri sendiri.. Insyaallah.

Harap sudi membacanya dan ambik point utk keselamatan diri dan org tersayang..


Pic from google


1. Tali pinggang keledar
Ia bukan sahaja untuk pemandu dan penumpang hadapan.  Ia juga untuk penumpang belakang terutama kanak-kanak.  Anda sememangnya pemandu berhemah.  Tetapi di atas jalan sebarang kemungkin boleh berlaku.  Lembu melintas, tayar pecah, steering hilang power, kenderaan muncul secara tiba-tiba dan pelbagai lagi.  Pedal brek ditekan dan akan berlakulah daya inertia yang kuat.  Inilah kesannya yang dapat dikawal bantu oleh fungsi kekangan tali pinggang keledar.
Lihat di pautan ini bagaimana ia berlaku https://www.youtube.com/watch?v=8zsE3mpZ6Hw

2. Kanak-kanak/orang dewasa dalam kereta
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden kanak-kanak meninggal dalam kereta akibat ditinggalkan.  Justeru, selalu jengah ke belakang kerusi penumpang dan jadikan habit apabila keluar dari kereta.
Mungkin ini salah satu sebab kenapa kereta tidak dibenarkan bercermin gelap.

3. Berada di Pam minyak
Apa salahnya matikan enjin sekejap apabila pam minyak. Buka tingkap supaya udara boleh masuk jika ada anak-anak kecil dan isteri menunggu dalam kereta sementara anda mengisi petrol.
Elakkan menjawab telefon semasa mengisi minyak atau membiarkan anak atau penumpang keluar masuk kereta semasa minyak sedang diisi.

4. Kunci kenderaan apabila enjin berjalan
Jika perlu ke bilik air atau ke kedai dan kereta dibiarkan enjin berjalan kerana ada orang dewasa di dalamnya, kuncilah kereta dari dalam.  Tetapi ada juga yang 'kedekut' @ 'kemut' sehingga sanggup matikan enjin dan biarkan penumpang kepanasan.  Bukannya habis RM5 pun kalau dibiarkan penumpang dalam keadaan selesa.

5. Beg tangan
Saya sering melihat para wanita khususnya meletak beg tangan di kerusi penumpang sewaktu memandu.  Yang lebih memeranjatkan saya apabila kereta ditinggalkan kerana sesuatu urusan dan beg tangan atau beg dibiarkan dalam kereta.  Mungkin itu beg kosong atau tiada barang berharga.  Tetapi pencuri tidak fikir itu semua.  Ambil dahulu, termasuk memecahkan cermin kereta, dan tengok kemudian.
Apa susah, yang dicuri hanya beg kosong atau barang tak berharga.  Tapi, bagaimana dengan cermin kereta yang perlu diganti.  Masa perlu digunakan untuk menukar cermin.  Takkah membazir namanya?

6. Tidur berehat
Jika anda perlu melelapkan mata seketika kerana kepenatan, carilah lokasi yang cerah atau di RnR.  Bukan betul-betul di tepi jalan.  Buatnya pemandu lain mengantuk, andalah menjadi mangsanya.  Juga pastikan jika tidur, buka sedikit tingkap lebih kurang 1/2 inci untuk pengudaraan dan juga  jika ada kebocoran asap atau ada kecemasan, orang di luar boleh membantu.

Jika tiada RnR, ada juga yang sarankan parkir kenderaan dalam kawasan balai polis. Saya pernah buat dan alhamdulillah, tidur lebih selesa/nyenyak.  Ingat, minta izin dulu :)

7. Meletak anak kecil atas pangkuan/riba semasa memandu
Saya pun hairan sebab masih ramai berbuat demikian.  Ini keadaan yang merbahaya kepada kanak-kanak berkenaan kerana jika berlaku hentakan, anak tersebut akan menjadi 'air bag' kepada anda.  Nak memanjakan anak ada tempatnya.  Rakyat Malaysia semuanya bijak, kan?

8. Memandu mengikut halaju
Mungkin ada yang merasakan tak logik jalan clear punyalah cantik hanya had laju 80kmj. Bunyinya begitu. Tetapi adakah sebarang nilai tambah positif jika anda memandu melampaui had laju?  Bayangkan lepas raya dapat surat saman.  Daripada bayar saman, ada baiknya gunakan wang tersebut untuk isi penuh tangki petrol. Tak gitu?
(bab ni nak kena guna pertimbangan sendiri terutama jika memang jalan lengang)

9. Akhir sekali, meskipun sebenarnya masih banyak yang boleh dititipkan di sini, saling menghormati pemandu lain.  Misalnya, angkat tangan dan senyum jika diberi laluan oleh pemandu lain.  Bunyikan hon pendek dua kali sebagai tanda terima kasih dan dibalas hon pendek sekali sebagai tanda balas.  

Seingat saya di tahun 70an - 80an dulu, apabila ada kereta hendak memotong, kereta atau lori yang akan dipotong akan nyalakan lampu isyarat kanan jika tidak selamat untuk memotong dan lampur isyarat kiri jika selamat untuk memotong.  Sebaik memotong, kereta yang memotong kereta atau lori akan bunyikan hon pendek dua kali sebagai tanda terima kasih dan dibalas sekali oleh kereta atau lori yang dipotong.  Namun senario ini jarang saya temui kecuali mungkin pemandu yang senior atau orang lama.
   


Sumber: copy paste dr email.



6 comments:

Qhaifa Nur said...

moga kita semua selamat tiba dan kembali...
tips yang bagus..

Kakzakie Purvit said...

Cara yg last tu kalau di kampung masih ramai yg praktikkan. Tapi abang pun selalu buat macam tu bagi memudahkan dan rasa mesra walau tak kenal kan...

ajumohit said...

tq for sharing mamayana, perlu patuhi peraturan jalanraya utk keselamatan semua, selamat hari raya mamayana ;)

Anonymous said...

tq share this yer berguna sgt !

eelobor said...

tips yg sangat berguna.... boleh pakat2 share nih

Maria Firdz said...

yg penting sekali adab dan sikap pemandu.. yg tu menjurus kpd kemalangan pling tggi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...