Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Monday, April 30, 2012

Jealousy

Salam..^_^

Hidup tanpa teman2 pastinya tidak ceria tp nak dpt teman yang baik, memahami dan betul2 kawan baik susah. Sunyi tanpa gurau senda, sunyi tanpa tempat nak bergossip, sunyi tanpa tmpt nak meluahkan isihati. Tp jika ditakdirkan memiliki teman2 yg lebih pada tempat untuk dijadikan kawan dikala sunyi pun tak seronok jugak. bila boring dicari, bila ada masalah dikunjungi, bila teman2 lain hilang makanya kita la dipandang.

Bagaimana nak memastikan teman itu betul2 teman yg baik. Bagaimana nak menbaca isihati org..?? bagaimana nak pastikan itu la teman yg terbaik buat kita..??

Dulu masa remaja.. pernah ada teman sama2 naik basikal ke sekolah bertanya.. 'su.. kau kawan baik aku kan..??'. Tau apa jawapan aku masa tuh.. 'eh.. ye kot'. Nape mama jawab gitu, pasal dia baik bila atau masa nak pergi/balik sekolah je, time kat sekolah, mama terkontang kanting sorang2 je. lagi2 pulak dia lain kelas.. kelas budak2 pandai, sedangkan aku sekadar kelas kedua pandai. [tak nak kalah, pandai la jugak. hahaha. sapa nak puji beb, jika bukan diri sendiri.. kih..kih..]

Tapi sekarang aku menyesal, sebab sejak dari hari itu, layanan dan senyuman dia pada aku semakin tawar, tak semanis dulu. sampai sekarang wlpun kekadang berjumpa, dia layan baik tp aku rasakan seakan dia terasa hati dengan kata2 aku dulu. mungkin betul, mungkin salah. tp smpi skrg aku hanya sekadar menyesal, taknak jika diungkit bertambah parah lagi.

Masa belajar kat salah satu kolej dulu, ada gak yg baik. seronok sebab kami seumpama geng yg besar. maklum la dok dlm dorm yg besar dan hari2 pun masuk kelas yg sama. meriah org kata. aku ada kwn yg mengangap aku kakak dia, sedangkan dia lagi besar dari aku, mungkin sebab aku tua ikut bulan lahir wlpun sama tahun. aku layan seadanya, kekadang ada masanya ketawa, kekadang ada masanya terasa hati.. tp aku sekadar mendiamkan kesakitan hati.. menjaga hati kawan.

Bila kami semua kena berpindah ke kolej yg lebih besar, sudah dipisahkan jumlah org bg setiap2 bilik, sudah mula berlainan kelas, maklum la ada yg repeat2 paper menyebabkan kami berjarang berjumpa. bertambah dengan masalah2 berbagai, makanya kami makin rengang, tp teman yang lain pulak bertambah. alhamdulillah. tp teman2 yg dulu pulak bersikap cemburu, timbul macam2 cara utk menyakitkan hati, mrk mencari alasan dan kelemahan aku utk mebuatkan aku semakin kurang nak bercampur. nilai sahabat bagi mereka ialah jika kau nak jadi geng dia maka harus la mengikut segala apa yg dia rancangkan. malas nak ikut. naluri masa itu adalah kecewa dan nak menyendiri. [putus cinta la tuh.. kih..kih..]

Bila tamat belajar, kawan2 mulai berselerak. balik kampung atau mulai menbina kerjaya. aku..?? pulang ke kampung menjadi penganggur bertauliah, menjaga adik2 dan nenek sebab tok ma dan tok abah nak ke makkah mengerjakan haji dan umrah. bila lama2 dok umah, boring pun ada, tp apa kan daya... malas menguasai diri. hahahaha. pulak2 thn berikutnya nenek lak gi makkah buat haji dan umrah. tolong keluarga pun kiranya benda yg terbaik buat aku masa tuh. anak sulung kena lebih bertanggungjawab pd keluarga.. kannnn.

lama2 kawan dok sibuk mengajak berhijrah, makanya bermula la episod utk mencari keja. mula2 keja suka-suka2 je. tp lama2 tersedar yg hidup bukan sekadar utk suka-suki saje. hidup harus lebih matang. so berpindah ke kota besar dan disini akhirnya aku bermautautin. perit dan sayu. tersedar susahnya mencari rezeki rupanya. dulu senangnyer minta duit.. hehehe.. masa keja main2 dulu pun boleh lagi minta duit ngan PAMA. tp bila jauh dr keluarga dan hanya dekat dengan kawan, terasa yg hidup kosong dan sepi. lagi2 kawan yg ada pun hidup sesuap nasi. aduh. Nak meminta tolong keluarga pun tak boleh lagi, tok abah sebenarnya tak suka aku berhijrah, dia suka aku depan mata dia je. so bila dah buat keputusan nak berhijrah makanya harus/wajib pandai2 nak cari rezeki sendiri. satu cabaran buat aku. aku redha.

Sekarang ada teman2 sepekerjaan, happy but tricky. hahaha. dlm senyum didepan, ada jelingan tajam dibelakang, ada muncung wlpun terang2 dia silap. ada yg tengah2 gelak, boleh tiba2 diam hanya kerana dia merasakan aku sudah melebihi dia. aduh. jealousy. rezeki memasing tp mengapa harus nak jealousy.

Ahhh. panjang berjela tp isi kosong. lari dari tajuk sudah. maafkan aku, mungkin tertiba hati ini ingin berbicara sepi. abaikan jika merasakan tidak penting.



pic frm google.








Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)



****************************


Apa mama rasa sekarang..??

salam..^_@

Baca tak tajuk tuh..?? cam apa kannn..?? cam diva pun ya.. poyo. hahaha. ikutsukaguaok.. kutuk diri sendiri harus.. kalu korang kutuk mama mengalir airmata pilu. huuuwwaaaa...

Skrg jiwa terasa diatas angin.. terbang ke berangan ke..?? belum pernah mengalami suasana yg akan mama cipta camni. nak kena hadap bos demi meletakkan surat mengucap selamat tinggal dan meninggalkan teman2 yg sehati sejiwa atau mungkin ada juga yg bersorak gembira.. tp ikut sukahati la kann. kita bukan boleh nak penuhkan kehendak atau kemahuan semua org. u take it or u leave it. hahaha. kijam tul statement. taklehblah.

Keciwa sedikit bila kabar berita smpi ditelinga.. janji2 yg kununnya gaji yg tertunggak plus bonus masih belum dibayar bln nih. maybe bulan depan dpt la kwn2 yg tinggal berjolikatak ngan gaji terlebih tuh. hahaha. mama lak..?? hanya boleh menyapu air mata je la. kalu mmg bos berhatiperut memikirkan thn lepas mama bekerja keras utk syarikat, harus/wajib kasi la jugak kat mama, wlpun mama decide tinggalkan syarikat. tp probation 1month kann. berkemungkinan dpt ke tak..?? tah la. sayu je. patah seribu tau. hahaha.

Ingatkan bulan nih dpt, maka senang hati la mama letak surat. boleh gitu..?? harussssssss. so kena bodek2 bos utk bos kasi gak bonus tuh kat mama. cam banyak kannn..?? tp sikit2 pun ai keja tau sepanjang thn kat situ. harap2 tak gelap hati la mrk2 itu.. jgn la sama gelap luar dlm kannnnn. aduceh amma.

Hati dan perasaan asyik memikirkan suasana atau kemampuan mama nak bekerja ditempat baru, minta ok la eks.. risau gak nih.. org kata, kita pun takleh terlalu expect sesuatu benda terlalu bagus, takut kecewa nnt. nak cuba terbuka minda sikit nih. redah je kannn.



~Pas tulis dan publish entry nih.. mama nak curi2 masa nak jumpa bos nak kasi surat in-person. kena jaga sopan susila sebagai pekerja cemerlang kannnn... ~




Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)


****************************






Saturday, April 28, 2012

Jaga Diri, Hiasi Peribadi

Informasi ini berguna untuk panduan anda semua .......

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.)
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
i). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucata. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.)
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang.)
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
 Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :
 Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
a) Kepala.Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan  dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darahi) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) Air Kencing yang Berkapur :  Menunjukkan penyakit batu karang dalam   buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang  mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan  proses pembuangan  toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarahi) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i)   Sistem jantung yang lemah.
ii)   Sistem saraf otak yang lemah.
iii)   Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.



~Mama rasa kurang sihat harini, korang camne..?? jgn jadi cam mama tau, jaga kesihatan ye.. hehehe.. sakit2 sikit2 nih moga2 penghapus dosa kecil mama.. insyaallah..~




Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************

Thursday, April 26, 2012

Info | Haiwan


Fakta Menarik Beberapa Haiwan Yang Kurang di Ketahui
















Source: http://www.buzzfeed.com/



~Penyayang pada haiwan dpt syafaatnya.. :) ~



Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************

Waktu utk update @ masa terluang utk blog

Salam..^_^

Hari2 bagi yg berkeja pastinya ketat dengan deadline, meeting, dan mcm2 rutin. Pastinya utk memastikan blog berupdate sentiasa sudah tentu sukar kan. Mama pun begitu. semua org begitu. jika ada ruang free dan nak update, idea pulak kering kontang. tak tau nak update apa kann.

Waktu mmg mencemburui wanita apabila sampai rumah bg wanita berkeluarga nih sudah pasti penat dengan keja rumah lak. dah malas nak berlappy bagai lagi kann. penat mengadap komputer yg takleh bercakap tuh. hahaha.

Nak tau tak tips mama utk pastikan blog mama berupdate..?? sekadar berkongsi je.. kekadang mama pun ada gak skip update blog. banyak sebabnya la kalu tak update. hehehe

Selalunya mama
  • akan draf dulu jika tiba2 terdetik ilham.. selalunya kat bb la.. tp selalunya takde publish pun psl selalunya lupa.. hahaha
  • kekadang update je tentang anak [boleh jew kannnn]
  • update dengan copy-paste artikel2 yg menarik dr email2
  • update ttg benda2 yg simple but nice - cite/pic yg kelakar [br menghiburkan.. hehehe]
  • cite2 yg berbentuk informasi - buat peringatan diri sendiri dan kwn2
Blog kisah kehidupan yg biasa2 cam mama nih sure korang pun boring nak baca kann... hadap je la jika ada yg sudi.. u sudi lagi la ai suka.. ahaks.

Cam lari dari tajuk dah mama nih kann.. aduhai. mujur mama bkn buat karangan BM utk SPM kannn. sure dpt cangkul je la nih nnt. hehehe. sian cikgu-cikgi penat mengajar.

ok.

Selalunya mama suka draf dulu, pastu cuba sambung blk bila free dan cuba preview dua tiga kali utk pastikan ejaan ok, ayat agak selamat dan entry yg tidak menganggu hak-hak org lain. bila ok, mama pun publish. selalunya suka juga ditepekkan pic yg cun-cun buat entry mama berseri2 cam tuan blog. eh. perasan ok.

Jika idea dtg bertimpa2 tanpa henti, selalunya mesti buat draf atau siapkan entry. pastu buat je schedule entry mengikut masa2 yg kita fikirkan sesuai uols.

Bila smpi masa2 yg busy atau ruang waktu tiada utk pedulik psl blog, makanya blog kita tetap berentry.. tp jika mmg tak sempat semua2 diatas, makanya diharapkan pembaca sudi menbaca entry2 lama yg tidak kurang ilmiah dan berguna [ye ke.. merapu ada la.. hehehe..]

Ok la, panjang lebar mama membebel kannn.. korang2 lak camne lak.. sama kah kita..??? hehehe



pic fm google.







Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)


****************************





Wednesday, April 25, 2012

WW | Notes for myself

pic fr fb.





Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************






WW | Tutorial tukar 'rupa'

Salam.. ^_^

Satu tutorial yg berhempas pulas mama usahakan buat kawan2... hehehehe




jika tiba2 dasbord blog anda jadi begini... dan rasa tak selesa mengunakannya..



klik kat tmpt yg mama tunjukkan simbol bolat tuh.. nmpk tak..?? hehehe




pastu klik kat 'old blogger interface'



tara... jadi cam dolo2 balik.. happpyyyy...:)








Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)


****************************

Tuesday, April 24, 2012

Rupa 'baru'

salam...^_^

masuk blog, perasan nih..


nak kena tukar 'rupa' baru april nih eks.. tp mama buat donno je.. hahaha.. last2.. buka blog pagi nih.. ok jew lg.. buka ptg nih....

sudah tukar meh.. hahaha..





~Bertabah la nak faham dan reti update blog guna format baru nih.. huhuhu.. sure korang terer kannn..~




Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... 


muah... muah.. ;) 


 ****************************


Kaki Ayam

Salam..^_^

kawan2 dah baca ke artikel nih.. Anak ayam berkaki empat dr SINAR HARIAN edisi johor. dah lama dah kisah nih.. kompom korang dah baca.. kannnn..

Mama nih dulu mengalami sindrom mengingati ayam adalah mmg dicipta 4 kaki bukan 2 kaki. sungguh kompius tau dulu. jika korang tiba tanya ayam tuh 2kaki ke 4kaki.. kompom mama akan konpiden nyer akan jawab 4kaki. hahahaha.

Rasanya skarang pun dlm dua lagi nak percaya yg ayam tuh mmg ada dua kaki. korang ada tak cam mama.?? ke mama nih pelik sgt fikir/percaya/ingat gitu... hahahaha.

Salah sebabnya mama konfius mungkin sebab suka makan keledek kaki ayam kot. korang tak tau apa itu keledek kaki ayam..?? ala.. ubi keledek yg dipotong panjang2 , pastu dicelup tepung, pastu digoreng. ada jumpa link NI bg yg nak cuba tuh kannn. tp org kelate panggil kaki aye jah. takdo la panggil keledek kaki ayam psl keledek tuh org panggil ubi. oram kelate suka pendek2 je ayat.. hahaha.



pic frm google. keledek kaki ayam.



Bila merapu camni.. panjang sedepa kan. dah cam buat segmen memasak lak. hahaha.

ok la. bye.








Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************



Monday, April 23, 2012

Impian

Salam..^_^

Nape tak update arini..??

Cam ada yg tanya kannn.. hahaha. Harini mmg teringin nak update cam biasa.. tp takde benda nak update.. Cite pasal intiview..?? Hhhmmmm.. ok. [harap org tak jelak ye.. cam mama sorg je gi intiview dlm donia nih.. ahaks..]

Hari khamis ptg.. tipon tokma minta restu.. boleh dia tempelak blk... 'buat apa la nak cari keja lain.. karang diorg kasi gaji lagi rendah..' aduhai. bukan nak bagi kata2 semangat.. cam mendoakan je nih. sedih tau. pastu tok ma pesan, minta2 restu pun, diri sendiri pun kena buat gak.. buat2 la bangun malam buat solat hajat dan istikarah.. hehehe.. ok. dan mlm tuh ai did.. alhamdulillah rasa tenang.

Hari jumaat, papa hantar mama.. maklum la mama tak reti sgt jln. fail habis org kata. elok2 mama boleh dtg awal utk intiview karang mama datang dengan kelam kelibut psl salah tmpt. sian kan.

Kami sampai awal, lepak dan sarapan buat kali kedua. Pg2 sebelum tolak ke tmpt intiview kami dah singgah sarapan. saje kuar awal wlpun mama intiview kul 10.30pg. Dekat kul 10pg, mama ajak papa gi terus company tuh.. saje kunun2 nak tunjuk muka datang awal. nak impresskan penemuduga la katakan. sudahnya kena tunggu jugak psl diorg ada meeting. huhuhu. ada la masa nak lepak2 smbil sekondeng suasana office-to-be. hehehe.

Bila habis je meeting, terus je MD panggil ke bilik office dia.. ramah je dia. kelam kabut nampaknya dia.. mungkin sebab dia tak sangka mama dtg awal kot. hehehe. Suasana masa intiview sungguh santai dan tak rasa cam kena intiview je. sungguh relax. cara dia ckp tuh cam ai nih dah staff dia dah.. hehehe. boleh gitu..??

Dia janji akan call by monday utk dia kasi tahu gaji yg dia nak tawarkan utk mama. mama just ok je. dlm hati berharap ok la kann. tiba2 petang jumaat tuh jugak dia call nak tawarkan sekian-sekian gaji, sekian-sekian alaun dan sebagainya la. tak sangka betul. alhamdulillah.

Hati pun tenang dan sekarang nak fokus utk letak surat berhenti je. insyaallah mama nekad nak ambik tawaran tuh. wlpun kena belajar benda baru, harap2 seronok la kann. so doakan tau. kih..kih.. brp kali nak minta doakan jew kannn.. ampun.




pic frm google.






Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)


****************************

Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band

Salam...^_^

Hati teringin nak bercerita tp takde benda yg berfaedah selain kan merapu merepek mengarut je.. hehehe.. sungguh tidak ilmiah uols.. :)

Jom layan lagu besh je la eks.. hehehe..






~Mama hanya nak kongsikan kat sini ialah.. alhamdulillah mama dah berjaya dlm intiview tuh.. dan dlm proses mengeraskan hati utk hantar surat resign. hehehe.. permintaan dr company-to-be ialah nak mama masuk secepat yg mungkin... aduhai.. huhuhuhu.. ~



Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... 

muah... muah.. ;) 


****************************

Thursday, April 19, 2012

Tukar kereta..?? Preve..??

Salam..^_^

Dalam minggu nih banyak betul email dr teman2 mama tentang keta Preve nih. Nak goda ai tukar keta la tuh.. kannnn. Banyak duit mama bergodang2 kannnnn. amin. hehehe.



menarik putih nih kannn

merah menyala nih pun cun.. awww









*pic from email*


Mama nih takleh lagi tukar keta.. masih kelam-kelibut lagi. kawan2 yg dah stabil tuh boleh la sambar satu. cun la bawa balik kampung raya nanti. kannn.



 
~Seronok tgk kawan diam2 tukar je kereta baru eks.. untung la... ;) ~





Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************


Don't Judge Book By It Cover



Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..

apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik tu skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci 'drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali' ..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..


Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumian anaknya.."

Moral : Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through.



Sumber: email.


~Hidup didunia penuh dengan dugaan dan memerlukan kekuatan iman dalam beroleh kenikmatan hidup dan akhirat. Insyaallah. ~
*peringatan utk diri sendiri dan teman2. :)




Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau... 


muah... muah.. ;) 


 ****************************


Wednesday, April 18, 2012

Bila hati berbelah bagi

Salam...

Dua tiga hari hati/fikiran memikirkan benda yg sama. Berbelah bagi. Macam2 rasanya. Aduh.

Risau dengan diri sendiri yg tak berapa tetap pendirian.. rasa cam lemah sgt. sedangkan seharusnya mama tampil berkeyakinan. kannnnn.

Lemah rasanya memikirkan desas-desus kemungkinan ekonomi akan bergolak.. biasa terjadi apabila selepas pilihan raya pasti ekonomi tidak menentu. projek pembangunan sukar diperolehi/diluluskan. kami yg dlm bidang teknikal nih pasti akan merasainya. pernah terjadi ekonomi syarikat teruk.. kami kuli2 nih dipotong 20% gaji dan 4hari bekerja. penah merasainya. perit teramat. lagi2 yg baru masuk keja, senang2 dibuang keja. lagi2 la mama yg kununnya nak tukar angin nih. sudah pasti la 'last come.. first go' kannnn. aduh. kecut perut nih tau.

Skrg juga.. ada desas-desus yg kenaikan gaji kami yg tertunggak dr bln jan akan dibayar pada akhir bln ini. pernah ada janji2 manis yg akan ada performance bonus utk kami tp masih juga belum dibayar. so mungkin ada habuan besar la utk kami yg dok melangut menunggu nih. hehehe. satu kerugian juga buat mama psl kenaikan tak semena2 nih tidak membantu utk perpindahan tmpt baru mama (jika dpt la). hehehe. entah la.

Yg pasti, janji harus ditepati. intiview nak kena pegi jugak. mungkin harus tgk suasana tmpt baru camne eks. dah servey2 dah tmpt tuh. takde la memberangsangkan sgt so far. hahaha. high expectaction kot mama nih. kata syarikat internasional kannnn. kih..kih.. jem jugak kot. tol kena jugak kot. aduh hai kannnn.


~Susah nak jangka kecuali kita ada kuasa majik kannnn... hew.. hew.. ~







Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************


WW | VERSUS

pic: email.



~Hati tengah berbelah bagi..~




Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************

Tuesday, April 17, 2012

Doakan yg terbaik ye..

New update : Dah dpt panggilan utk intiview.. hew..hew.. berdebar gak.. dah dkt 8thn tak gi intiview.. auw.. boleh lg ke kecek mek salleh nih.. hahaha... keras lidah dah nih.. doakan tau..

p/s: tak smpt nak udate la.. lg2 ngah berdebar nih.. hahhaa.. sengai terasa..:)



Salam..^_^

Mama selalu kan dok mengadu emo aka stress aka tension. Mama nih type suka nak fikir. normal rasanya jika wanita suka fikir. hatta benda remeh2 pun kami suka ambik tau. mungkin sudah sifat kami nih begitu kecuali sesetengah org yg mampu mengatasi emosi diri yg mudah tersentuh nih. untung la.

Urusan keja jika nak dibandingkan.. mana2 pun sama. lompat mana2 company pun more-less akan ada masalah atau lebih pada tekanan keja. atleast berhenti dan dok diam2 kat umah. eh. rasanya ada gak masalah kannn. cuma itu cam org kata alternatif nak lari dari bebanan keja. berhenti nnt kita gak pening nak cari sejumlah uang utk bayar utang. hidup mana nak lari dr berhutang. betul tak..??

Sudah kerap kali sahabat mengajak mama berhijrah. tp mama lebih pada buat kalkulatif untung rugi berhijrah. banyak fikir eks. tp bila tiba2 dtg sorang lagi sahabat menghulurkan jalan utk mama berhijrah, terasa hati seakan 'teringin' pulak. adakah itu gerakan dr Ilahi atau sekadar usikan setan bertanduk..??

Mula2 seakan 'teringin' sgt nak ubah angin.. tp bila difikirkan balik kebaikan bos skrg.. terasa terundur setapak kebelakang. tp sabahat itu pun tidak mahu mengundur. maka hati kembali berbunga. hubby pun cam bagi green light. aduhai. perubahan utk masa hadapan katanya.

Sudah hantar resume, maka sekarang mengharapkan doa2 sahabat agar mendoakan yg terbaik utk mama. Jika benar itu rezekiku, maka biar la laluannya tenang sahaja. Ini laluan yg sedikit lain dari yg mama buat sekarang. tp semua benda boleh belajar asalkan ada yg sudi mengajar dan bagi peluang.. kannn..

Dan jika bukan lagi rezekiku.. insyaallah mama cuba menperbaiki diri dan cuba bersungguh lagi berbakti pada yg sudi.. asyik nak mc.. el je keja.. sure dlm nak pergi dengan cr terhormat karang di halau ngan cara terhormat jugak karang.. hahaha..

peace no war.




~Buat masa skrg.. mls nak fikir efek dlm perubahan nih nnt... just nak follow by flow je.. ponat nak menentang arus lagi dah.. ~



Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)

****************************



Monday, April 16, 2012

Hari Minggu Mama Yana

Salam..^_^

Sebenarnya mood harini agak slow.. cam apa tah.. jgn marah ye..monday moody kot.. [salahkan hari senin je kann.. sian dia.. kih..kih..]


Hari minggu yg pendek.. terasa pendek.. terasa tak puas berehat.. gitu.. selalunya mesti org mengambil peluang berjalan2 kann.. mama pun sama.. ziarah adik. rindu lama tak ketemu. Tapi jejalan tuh pun unplanned sebenarnya. selalunya papa ada game badminton ngan geng2 kwsn rumah kami nih. bila nmpk cam dia asyik menido je. mama ajak je la jejalan kann. hehehe.

Tapi sebelum tuh.. hari sabtu.. memang mama menebeng kat umah je.. takde sebarang aktiviti melainkan urusan rumah tangga.. tp tak habis2 gak.. tak siap2 gak rumah mama.. cam kapal kena serang sang taufan jugak. camno tuh.. sian. hahaha.

belah petang, papa ajak gi mengeteh. baru terbuka minda uols. hahaha. masuk kedai runcit baru teringat atau mood mari utk buat agar2 bertingkat aka trifle tuh. tp mama main hentam je la. berdasarkan bacaan blog org yg selalu buat benda tuh. mama pun beli barang2. sedangkan sebelum tuh ckp ngan papa nak gi cari pisang je. hahaha. wanita.. sabar je la kannn.

belah malamnya, apa lagi jadi chef la mama.. menyibuk dengan si bujang.. minat nampak maman.. nak jadi masterchef la tuh.. hahaha.. tp tak berapa nak jadi lapis sgt la kannn.. tp berbaloi gak la mencuba kannn.. dah faham dah camne nak bagi dia lawa (menjadi) pasni.. tp tak tau lak bila nak dtg seru balik tuh.. hahhaa. kesian.

layan pic je la ye korang.. resepi korang google je.. berlambak2.. ai mana boleh lepak resepi sini.. asyik buat tak menjadi je.. org pun tak caya nak cuba.. hahaha..


bekas nih jadi la jugak cantik tersusun.. maka dpt la kasi kat adik ai.. hehehehe..

yg nih fail.. sebabnya..?? sebabnya mama tak susun kek kat bwh tuh elok2.. ada ruang kosong.. so habis terapung time kita melapis kat bahagian atas.. hehehe..

patutnya gini kannn... hahaha..

menyelerakan jugak wlpun tak tersusun cantik.. msk perut takde tersusun pun kannnnn..;)


sapa baca metro ahad br nih.. FIL masuk paper ouls.. glam sekejap... hahaha..
kami tumpang glam gembira ye..:)

tepek pic anak buah lak.. geram ngan ketul2 budak nih.. hahaha..



~Terima kasih bagi teman2 yg sudi bagi komen psl entry NI.. baru mama tahu yg pertanyaan mama agak mustahil nak diterangkan panjang lebar kecuali mama sendiri kena godek2 sendiri dlm google.. maafkan mama eks.. suka benor tanya benda2 yg susah2 eks.. sure korang pun pening kannn.. hehehe..~




Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)


****************************

Saturday, April 14, 2012

Backlink, SEO, Follower & Trafic

Salam...^_^

Berblog utk suka-suki. berblog merapu takdo isi. tp berangan nak BE juta2. boleh..?? boleh blah ye dak..??

klik kat pic utk lebih jelas..

Backlink.?? apa kebenda nih wei..?? hamba tak faham nih.. guano wei.. ada yg boleh terang sejelasnya..??

SEO lak gapo wei..?? sebijak pandai mama la kann.. SEO nih rasanya ketua syarikat la.. kan selalu dlm drama melayu gak.. bergaduh/berperang nak berebut nak jadi seo syarikat.. mahal berkalih gaji seo nih kalih. hehehe.

Setakat follower toh faham la.. org yg follow blog mama nih.. tp tak tau la follow dengan setia atau tidak. aduhai. #mama setia kah..?? huhuhu

Traffic blog.. nak la kalu boleh up trafik gak tp kalu nak kena bayar.. tak nak arr..




~Ngak ada idea update blog.. spam pun boleh guna buat entry kannnn... ~


*kalu yg sudi terangkan maksub2 pertanyaan mama diatas.. amat2 mama hargai. mmg tak faham sgt pasal benda2 yg mama boldkan kat atas.. tq in advance.





Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)


****************************


Friday, April 13, 2012

Lawak nak minta pelempang...

-KERJA RUMAH-


Seorang guru sedang bertanyakan kepada seorang anak muridnya.

GURU: Ali, mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri ?

ALI: Emak saya beritahu saya supaya tidak buat kerja rumah

GURU: Mengapa emak awak berkata begitu ?

ALI: Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat.






*pic google.



~Kelakar je.. jgn maman buat lawak camtu kat cikgu dia dah la.. hahaha.. ~




Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)


****************************


Thursday, April 12, 2012

Terjebak

Salam..^_^

Hari pertabalan Agung aritu, mama cuti cuma papa keja. kena keja. terpaksa keja. hehehe. Kami dua beranak masing2 bangkit lewat. lepas subuh sambung balik dodo yg cumil. bangun2 basuh baju (itu yg senang kannn..) buat sarapan dan mengemas rumah sambil on lappy. takleh blah kannnnn.

tengahhari dah sarapan pun. lepak2. maman sibuk ngan buku2 dia. mama sibuk belek2 lappy. sambil2 dok fikir nak masak apa. belum sempat nak masak. papa balik. hehehe. dia kelentong keja fulltime. rupanya halfday je. hahaha. bila laki tanya masak apa.. baru terkedek2 nak masuk dapur.. **pesanan penaja :- Please jgn ikut ye.. bad habit nih.

baru nak pegang kuali, papa ajak keluar. yeah.. yeah.. alhamdulillah. baguskan laki mama.. hahaha.. *bertuahkaukannnn*

lunch kat burger king.. lama tak makan. besh juga... hahhaa.. makan burger king nih pun zaman anak dara dulu lg.. lamanya kannn.

pusing2 msk MPH. terbeli nih. caya la..









habis duit jap2 tuh gak.... terus ajak papa balik. hahaha.

bye..:)



~Kalu rajin ai review psl buku tuh ye.. kalu habis.. cuma buku last tuh takleh la nak review.. kompom uols takkan faham punya.. hahahah.. kena tunggu maman dah pandai menaip br blh review.. ahaks..~




Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...


muah... muah.. ;)



****************************


Kenapa 'Suka Duka Mama Yana' | Duka..??

Salam..^_^

Harini.. mood kembali down. malas teramat. nak dodo je rasanya. tambah2 ngan sakit lutut. aduh.

Sebenarnya mama nih takleh naik badan... wlpun berat skrg bukan la over sgt. just nice je ngan tinggi mama. tp disebabkan mama nih ada masalah di pengelangan kaki kanan plus senget sikit. plus kaki kiri pernah patah kekadang bila berdiri lama dan berjalan, terasa cam sengal kat tmpt patah tuh. mungkin beban dah terasa kot. lagipun lutut kiri ada masalah jugak. urat belakang lutut putus dan kekenyalan uratnya dah kurang. so mmg doktor tak galakkan mama naik badan. nak suruh mama kurus tinggal tulang je. baru ringan tulang nak bawa bergerak. hhuhuhuhu

itu contohnya duka mama yana.

yg suka mama yana lak ialah bila dpt msk office dengan tanpa sebarang beban keja pun. tiap2 bulan masuk je gaji 60-70k. syok. #mimpi smpi syurga la kannn. gaji mengalahkan perdana menteri. takleh blah tul perem nih kannnn.

Sebab apa guna 'Suka Duka Mama Yana'. Itu yg papa tanya.. mama termenung seketika. susah nak terangkan pada org yg tak pernah baca blog mama nih. mana ada nak cite yg happy je kann. yg nangis2 pun mesti ada. baru balance gitu. tp takde la rasanya hover2 sgt pun. #ade ke..?? time2 mode sentap arrrrr...

Mungkin ada yg mengunakan blog tempat pamerkan kebanggaan diri. kesenangan diri. kecantikan diri. kemewahan diri. kepandaian diri. kebijakan diri. atau mngkin ttg anak yg cumil, laki yg hensem lagi kaya, keluarga bahagia, dan mcm2 la.

Mama nih apa la ada. diri tak cantik, kurang bijak pun, keja pun malu nak sebut, anak pun biasa2 je.. atau mungkin kurang cerdik dibandingkan ngan anak org lain.. tp mama bangga ngan anak mama. sebab itu je la yg ada buat mama (buat masa nih.. alhamdulillah).Tak pernah terfikir nak berlawan2 dengan sapa2.

Mula2 terjebaknya dengan dunia blog2 nih psl terbaca blog tentang kehidupan wanita yg berumahtangga.. hari2 yg dihadapi ngan kerenah anak2.. kerenah laki, kerenah MIL/FIL/SIL atau dr kerenah keluarga sendiri. membuatkan diri terfikir. betapa org lain juga menghadapi masalah yg hampir sama. betapa kuatnya mereka, betapa bersemangatnya mereka. Dari situ, terbaca pulak blog2 yg pernuh dengan ilmu, kesedaran ttg keimanan dlm diri, ttg cantiknya kejadian Ilahi, ttg kebahagiaan bila dekat dengan Illahi. Mcm2 ilmu boleh dikongsi. seronok mama. terasa bukan sendiri dlm dunia yg luas nih. alhamdulillah.

Lama2 terbangkit keinginan nak mencoret sama. menulis utk luahkan apa yg terbuku dihati. mungkin tak elok jika membuka aib sendiri. tp insyaallah banyak yg terluah hanya sekadar picisan. cara baru melapangkan dada dan fikiran. terasa ada yg amik berat, terasa ada teman disisi. bahagia sungguh. syg sgt.

Masa2 tengah jiwa weng gak.. ada gak tmpt lepas jiwa weng wlpun org bencik baca benda2 weng nih kann. bertabah la kawan. hehehe.

*weng  = sasau/merapu/merepek dll lg.

Kerana blog, mama mungkin juga boleh beroleh kutipan duit juta2 dr nuffnang. doakan semua ye.. hahaha.. bukan sikit2 kannn.. terus juta2 je.. sedangkan BE nan ado bergerak.. hahaha

Bila mama ckp..
'terasa cam mama nih materialistik lak kann bila bercakap ttg duit.. psl duit nih selalu je melekap kejap kat fikiran mama..benda2 lain cepat gak lupa.. hehehe'
tau apa papa ckp..
'kau tak sedar ma.. kau mmg materialistik.. kih..kih..'

tak sedar rupanya.. hahaha.. amboi papa.. bab mengenakan mama laju je kannn.. patutnya backup mama.. nih sama2 mengenakan mama ye.. but that honest stakmen la kannn.. akui je la.. takde harta benda mana nak senang makan, nak shopping, nak bergerak kehulu-kehilir dan mcm2 la. nak ke jambee pun nak kena bayar skrg.. kannn..

Banyak masa dihabiskan utk menaip entry.. sama la ngan entry nih gak.. tp bila habis taip dan lepas di publish.. cam rasa lega.. lagi2 lega bila ramai yg dtg baca dan komen. suka hati mama. hahaha. #tu yg tambah2 naik badan kannnn

Realitinya, ai nih bukan la jenis yg banyak ckp sgt.. if busy la. bila masa huhahuha.. kepoh gak la sikit.. sikit je tau.. hahaha. pemalu juga ai nih.. penyegan.. penyegan kekadang yg tak kena tmpt. hahaha. malu lak.

Mama cuba menjadi mama sebenar wlpun kekadang terpaksa jd hipokrit psl takleh nak cite semua apa yg tersekat dihati. kita sebaik2nya jgn membuka aib diri dan aib teman2 agar keiaban itu tidak dijadikan senjata buat para2 musuh yg senantiasa mencari 'bukti' utk menewaskan kita tanpa kita sedari. #cam ustajoh lak.. ustajoh fail.. huwa..huwa.. 'maafkan sy..'

ok la. nnt kita sambung2 blk eks. rasanya dah terjawab dah kot sebab musabab mama letak tajuk blog mama (betul ke tajuk..?? ) heading blog la kot.. kalu salah sila tegur tau.. buat malu komponi je kannn..

bye.

~Jgn dok pening2 sgt.. just be cool as u always.. cool mennn... cool ke..?? hahaha~




Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...

muah... muah.. ;)


****************************



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...