Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Friday, December 21, 2012

Hati-hati Dengan Remeh Temeh



pic from google


Ada satu bahagian tu yang betul-betul menyentuh hati saya. Di riwayatkan begini. Semasa Nabi Isa berjalan disatu kawasan perkuburan ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat.Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepada nya. Sebagaimana yang kita tahu nabi Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati.

Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah sambil menadahkan tangannya kelangit supaya menghidupkan lelaki tersebut.Doanya dimakbul oleh Allah maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit menjerit meminta tolong.

Melihat akan keadaan lelaki tersebut maka
ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini lelaki itu menjawab bahawa dia tidak meninggalkan sembahyang

ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.lelaki itu menjawab : saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah... .

maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa ?

Maka bercerita lah lelaki itu: Saya berkerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya. Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya untuk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya.

Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok- elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu.. Dipertengahan jalan saya merasa lapar dan saya berhenti untuk makan, setelah selesai saya meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dengan lidah tetapi tak berjaya, kemudian dicubanya dengan menggunakan kuku tetapi tak berjaya juga.

Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu untuk dibuat mencungkil gigi. Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya.Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai kerumah si pembeli itu, saya pun menyerah kan kayu api itu dan terus pulang.

Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini...

Astaghfirullah al azim, eloklah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini. Adakah kita pernah mengambil barang barang daripada office/sekolah samaada daripada sekecil kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik kerumah untuk di gunakan sendiri. Dan juga barang barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak di kembali kan ? Sekecil kecil barang seperti tupperware, cd,dvd dan sebagainya... .? Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar... Azab neraka itu adalah benar... Dan syurga itu adalah benar... wassalam...

copy paste dr SINI



Dalam kehidupan seharian.. sikit sebanyak ada yg kita rasakan tidak menjadi hal kann.. ye la.. seperti mengunakan paper utk photostat resepi, pen atau pencil dibawa balik (buat koleksi), dan benda2 lain tanpa sedar kita dah jadi pencuri.. kannn...

Minta2 perbuatan sebegini tidak akan kita lakukan lagi.. insyaallah.

balik rumah, belek2 perkakas yg ada.. tgk2 kot ada yg terambil.. cepat2 pulangkan.. dok gitu..??

:)

1 comment:

ariana said...

Ambil tanpa izin, walaupun kecil kira mcm mencuri gek yek, bkn tggu brg berharga je..huhu takut..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...