Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Hotest Entry From Mama Yana

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Wednesday, December 19, 2012

Pengorbanan Seorang Ayah





Demi anak pakcik ni sanggup menghantar anaknya. mereka tinggal di gombak dan hantar anaknya di IPG melaka.

nak di jadikan cerita pakcik ni tersalah jalan masuk seremban dari gombak dan terus ikut bukit putus melalui kuala pilah untuk ke melaka melalui tampin. katanya lagi,mereka berdua beranak bertolak dari gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarapan di kuala pilah.

Mendengar cerita pakcik ni, dlm hati aku berkata, "balik dari melaka ni aku akan ikut jalan blk ke seremban ikut jalan yg pacik ni lalui td" ... bila sudah abis selesai di IPG (instutut perguruan), blk ja terus ikut jln tersebut iaitu dr melaka ke seremban melalui tampin dan kuala pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dgn selekohnya yg tajam dan lory lagi......

cuba kita bayangkan pakcik ni dgn anaknya melalui jalan ni dgn beg dan bekalan mereka....sebak hati bila mendengar cerita pakcik ni...

di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ni pada ari jumaat ini "pakcik tak perlu la amik anak pakcik, nti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke gombak"....

sayu hati lihat wajah seorg ayah yg sanggup bersusah payah utk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri...

semoga Allah memberi rezki yg melimpah ruah pada keluarga pakcik ni....
pada semua,hargai la ayah, bapa, walid, dady, papa, baba kita selagi mereka masih hidup... kasih mereka tidak pernah luntur utk kita yg bernama anak.

- Pena : Kee Perantau Simpang Tiga -

Jangan ingat kita lah orang yang paling hidup susah, ramai lagi yang lagi hidup susah berbanding kita. Ingat juga, jangan kita sombong, kedekut ketika kita senang, kita belum tahu bagaimana kita di hari kita susah nanti. renung-renungkan dan selamat beramal!

****************************

Cerita diatas di share oleh adik mama kat fb.. 
tgk pic tuh menbangkitkan memori buat kami.

jadi mama paste kan kat sini.. siapa pun penulis cite nih mama mohon diikhlaskan maaf buat mama sukasuki share kat sini..

****************************

Kami jugak punya kisah.. kisah kesukaran hidup masa kecik2 dulu.. masa sekolah rendah..
adik beradik ramai.. so abah kena ulang alik menghantar kami kesekolah..

tp rasanya mama dah darjah 3 abah belikan basikal.. sebab adikku pun start masuk sekolah jugak.. adik no dua.. hari2 bawa adik gi dan balik sekolah..

tp bila adik no tiga masuk sekolah..
 abah akan bawa adik bawahku dua orang dan mama akan ikut dengan basikal dari belakang..



kisah nih pernah berlaku.. kelakar pun ada..

tiba2 jew sorang dari adikku jatuh dari motor.. kelakarnya abah tak perasan.. so mama jerit kuat2 dari basikal.. abah berhenti dan pandang belakang.. nampak la adikku baru nak bangun dari jalan tar yg panas mengosok-gosok punggung menahan sakit.. kikiki

jatuh sebab berebut roti.. hahaha

abah memang tak bawa laju sebab taknak tinggal mama jauh kat belakang..

Terpandangkan pic diatas.. hati sayu.. pengorbanan seorang bapa tak mampu kita balas wlpun kita ada berjuta duit utk dihadiahkan tanda terima kasih..

Terima kasih Abah diatas kasih sayang tak terhingga..
wlpun abah tak pernah minta.. penuh pengertian.



~Mungkin ada yg setengahnya dah kehilangan bapa atau ibu atau ibubapa.. sederkahkan al-fatihah dan bagi yg masih memiliki bapa buat masa sekarang.. hargai dan sayangi mereka sepenuh hati.. ingati pengorbanan mereka dan ingat lah tanpa mereka siapalah kita sekarang.. ~


4 comments:

Qhaifa Nur said...

itulah pengorbanan seorang ayah...

teringat kat arwah abah dulu...dulu kami x de kete..klau raya abah naik moto dari KL ke Manjung...kami naik van dgn pakcik...sedihnya ingat kisah dulu2..sedih arwah abah tak merasa apa yg kami ada kini........

Kakzakie said...

Kakak adik-beradik sekarang sedang memujuk bapak agar tinggal di rumah anak-anak tapi bagaikan susah. Doakan kakak juga moga bapak kakak berubah hati utk tinggal bersama anak-anak.

Siapa tak sayang bapak.

eelobor said...

crita bergambar di femes kat fb semalam...ada gak terbaca. masing2 antara kita semua ada kenangan ketika zaman susah payah keluarga dulu2.....

Norhaizan hakim said...

Betul kata eelabor...ramai antara kita yg datang dari keluarga susah...sedekahkan juga fatihah kepada ibubapa yg masih hidup.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...