Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Friday, December 21, 2012

Keajaiban Anakku





‎20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
     yup.. tanpa sedar kita jadi tahan lasak dan berdikari

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
    rindu.. rindu sekali sekala menjelma bila pandang wanita mengandung..:)

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
   yer.. rasanya senang lak bangun dan tidur balik lepas buat susu..kikiki

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
    satu pandangan yg lebih menyayangi dan belas kasihan buat mereka kerna sanggup bersusah  payah menjaga dan mendidik anak dia yg nakal nih.. kikiki

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
   seksa sekali.. cam nak ganti je kalu dia sakit.. huhuhuhu

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
   hari2 tidur awal.. kah..kah..

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
   mmg senang sentap.. lagi2 jika org cite benda kekurangan anak kita.. wlpun kekadang ada benarnya apa yg dicerita... huhuhu.. mmg kena ada daya tahan mental yg kuat uols.. :)

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
   jika ada benda yg dia buat tuh sebijik cam mama buat dulu2 masa kecik.. mama diamkan.. takut nnt papa jadikan point penting utk mengutuk mama.. (diam2 tau.. kah..kah..)
 
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
   benda nih benda simple je.. sebab ai punya adik berderet2.. kikikiki tp kekadang malas gak... :p

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
    rela diri ini disakiti asalkan anakku bahagia.. (itu dikira menghargai diri ke.. kiki)
   mmg betul la tuh.. jaga kesihatan dan keselamatan diri demi nak melihat anak besar dan jika boleh nak tengok anak sampai ke cucu, ke cicit dan smpi piot.. kikiki

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
    ada la kekadang... hahaha.. selalu sebenarnya...
 

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
    merasakan faham apa yg sebenarnya dia hendak.. lebih peka dengan anak kita

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
     ye.. hehehe.. kita dok kira tp bila besar.. dia malas mengosok gigi, terus rongak.. tak ensem dah

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.
    insyaallah... :)

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
   yup.. memahami sgt..

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
    yer.. sepantas kilat bersiap skrg.. hahaha

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
    ooppss.. ai dr dulu mmg peramah kot.. hahaha.. paling kurang senyum la kat jiran

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
    yup.. kekadang je rindu ngan diri sendiri.. :)

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
   bukan anak sendiri jew.. anak org yg cumil2 tuh.. kikiki.. sayang jugak..

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
    hari2 ada benda baru yg boleh mama kekadang terfikir.. 'wow.. anakku..' alhamdulillah.
Copy paste dr FB


****************************

hati dan mood kelaut.. tgk kerusi2 kosong dan sunyi sepi.. hanya bising ngan tipon dok berbunyi...
dah dekat seminggu jadi receptionist tak bertauliah.. huhuhu

dan perasaan ini berlanjutan dr minggu lepas lagi.. hahaha

adakah mampu tempuh lagi seminggu..??

gigihnya berkerja kannnn

padehal cuti takde dah.. kikiki

;)

2 comments:

Puan Eka said...

eka pun selalu dgr org kata,kalau ada anak,nanti tak dapek nak tido lena malam2..

tapi sebenarnya anak tu kan rahmat,rezeki dan mengajar kita jadi lebih mengenal hidup kan..

eka tak saba nak ada baby nanti! hihihihi


kak,keje mana?

mama maman aka yana said...

cik ika..>> kerja kat seri kembangan.. nape yang..??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...