Ayam masih hidup selepas empat hari disembelih
SUNGAI PENUH , INDONESIA : Afriadi, penduduk Semerah, Kecamatan Sitinjau Laut, pelik apabila sudah empat hari ayamnya disembelih, tidak juga mati. Keanehan itu membuat sejumlah doktor haiwan berkunjung ke rumahnya.
Namun, doktor haiwan pun juga dibuat merasa pelik. Ayam jantan yang baru berusia lapan bulan tersebut, disembelih oleh mertuanya pada hari minggu (30/1/2011).
Ini kerana di daerah itu, penduduk resah kerana semakin merebaknya wabak virus selsema burung. Rancangannya setelah disembelih, ayam jantannya itu akan dinikmati bersama keluarga.
Namun setelah disembelih, ayam tersebut masih berkeliaran mencari makanan."Kami sedikit terkejut melihat peristiwa tersebut. Biasanya kalau sudah dipotong ayam langsung rebah dan terlihat meronta kesakitan, namun anehnya ayam ini malah langsung pergi mencari makan,†ujar Afriadi, kemarin.
Anehnya lagi, setelah empat hari disembelih ayam tersebut tetap hidup dan sihat. Meskipun makanan yang ia makan tidak langsung masuk ke tubuhnya, kerana saluran makanannya sudah putus.
"Kalau secara syariat syarat-syarat memotong haiwan sudah kami ikuti, seharusnya ayam tersebut sudah mati, namun ditunggu-tunggu sampai saat ini belum mati juga, sehingga kami merasa menyesal menyembelih ayam tersebut,†katanya.
Afriadi juga menjelaskan, sudah pernah mencuba menyambung saluran makanan yang sudah dipotong tersebut, agar makanan yang dimakan ayamnya tidak keluar. Namun cubaanya tersebut tidak boleh, kerana meskipun dipasang makanan ayamnya tetap saja keluar.
"Saya juga pernah terpikir untuk menjahit kembali leher ayam tersebut, namun tentunya butuh biaya yang cukup besar. Kalau sekarang serba salah, mau dibiarkan hidup kasihan, tapi kalau dibunuh tidak tahu dengan cara apa lagi,†jelasnya.
Doktor haiwan, Verry Irvan, yang datang terus melihat ayam milik Afriadi, penduduk Semerah, Kecamatan Sitinjau Laut, juga mengaku kehairanan. Walaupun sudah empat hari disembelih, ayam milik Afriadi itu tidak juga mati.
"Saya saja yang doktor haiwan bingung apa lagi jika yang melihatnya adalah masyarakat biasa,†ungkap Verry.
Secara perubatan, katanya, ayam tersebut sudah lama mati, kerana semua saluran vital seperti saluran pernapasan, saluran pencernaan, dan pembuluh darah sudah putus. Dengan demikian, ayam tersebut tidak boleh lagi bernafas dan boleh kehabisan darah.
"Ini memang kejadian yang sangat luar biasa. Ayam tersebut hanya mengandalkan hidup dengan syaraf sumsum tulang belakang, tanpa saluran pernapasan. Kalau dibawa ke dukun pasti ayam ini dianggap ayam ajaib,†jelas Verry. ptsii
Mama yana copy dan paste dr inbox gmail..... Pelik lagi ajaib.... kuasa Illahi siapa kita untuk menyangkal...
No comments:
Post a Comment