Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Hotest Entry From Mama Yana

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Wednesday, February 23, 2011

Pesta kaut beras di lebuh raya



Oleh Mohd. Zaini Samsu Hadi
zaini@kosmo.com.my




KUALA KUBU BHARU - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.
Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.
Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.
Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22.
Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.
Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing.



Sumber : Kosmo. Nape la semua org suka benda2 free nih.... [mama yana pun suka... akan tetapi bukan benda yg terang lagi bersuluh bukan hak kita....] Bukankah beras tu akan dimakan dan menjadi darah daging. Bukankah sewajibnya kita makan makanan yg halal punca percariannya...??? halal kah kalu begini...???

3 comments:

Citarasa Rinduan said...

subhanallah...

sampai macam tu sekali peel mereka..apa nak jadi ??


bulan lepas syiling..ii kutip beras pulak!!!

Ummi AmnaAmzar said...

dorang tolong kaut kot beras tu bg balik tuan dia

mama maman said...

Ayu: tu la tak tau la kan apa niat mrk nih...

Ummi : kalu betul tak per la... kalu bukan camne...???
jarang atau payah org nak buat baik (ramai2 lak tuh) kalu bkn utk kepentingan sendiri.... [bkn nak bersangka buruk...]

Minta jauh kan la kan....:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...