Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Tuesday, February 22, 2011

Pelajar buta raih kejayaan



SELAYANG: Kekurangan bahan rujukan tulisan Braille di sekolah membuatkan pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kategori pelajar istimewa cemerlang (buta) sering berputus asa dan enggan meneruskan pelajaran.
Namun, bagi Mohd Rifaat Hussin, 20, bantuan rakan yang sudi membantu melaksanakan pembelajaran berkumpulan berhasil apabila diumumkan sebagai pelajar cemerlang seluruh negara.

Mohd Rifaat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St John, Kuala Lumpur, memperoleh keputusan 4A 1B berkata, kekurangan bahan rujukan membuatkan pembelajaran rumit, tetapi sokongan rakan setiap masa membangkitkan semangat untuk belajar dengan tekun.
Dia yang ditemani ibu, Rusni Ahmad, 53, dan bapa, Hussin Mat Shah, 53, memperoleh A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Kesusasteraan Melayu dan Pengajian Perniagaan, manakala B dalam mata pelajaran Syariah.

“Saya akan memperuntukkan dua jam setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran selain berbincang dengan rakan sekelas serta bertanya kepada guru-guru,” katanya yang mahu menjadi seorang pendidik dan melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Manakala, Low Hong Ping, 21, pelajar cemerlang kategori istimewa spastik di sekolah sama memperoleh 4A dalam empat mata pelajaran termasuk Pengajian Am, Ekonomi, Pengajian Perniagaan dan Matematik, berkata dia menghadapi banyak dugaan sebelum menghadapi peperiksaan kerana dimasukkan ke hospital selama dua bulan akibat radang paru-paru.

Keadaan itu membuatkan dia nyaris berputus asa kerana ketinggalan dalam pelajaran yang diajar guru sedangkan tinggal beberapa bulan saja sebelum menduduki peperiksaan.

“Saya sedih dengan situasi berkenaan kerana hanya bergantung kepada pembelajaran di kelas. Saya tidak pernah pergi tuisyen kerana hanya bergantung kepada kerusi roda,” katanya yang mahu melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang ekonomi.


Sumber : METRO. Bangga ngan mereka ini.. Kita yg lengkap anggota pun tak secermerlang mereka. Sejuk perut ibu....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...