Imotiv

Nuffnang Ads

Sharing is Caring

Sharing is caring... Tingalkan jejak anda.. Insyaallah mama akan terjah blog korang...^_^

Hotest Entry From Mama Yana

Nuffnang Mama Yana

My Heartbeat

Friday, August 30, 2013

Ajaib : Telinga 4

Assalamualaikum...


Aneh Kucing Ini Mempunyai 4 Telinga




Walaupun penampilannya aneh, Yoda adalah kucing normal yang penuh kasih sayang kucing dan menyenangkan. Telinga ekstranya dianggap sebagai hasil dari mutasi genetik. Dan selama 2 tahun kucing ini telah menjadi selebriti media antarabangsa.


Kucing ini pernah menerima panggilan untuk tampil di Good Morning America, Fox News dan The Tyra Banks Show. The Moggy s Mugshot telah menghiasi halaman London Guardian dan tabloid British selepas pemiliknya mempostingkan foto kucing ini diinternet.




Sumber: copy paste email.



Cumil eks.. bertambah2 cumil ngan kelebihan kat kucing nih... hehe.. 

Sori uols.. mood nak update blog kelaut dah.. skrg badan dah demam but mild jew... jadi menganggu mood dan hati.. kiki.. biasa dia... kannn




__._,_.___

Nak Kurus Punya Pasal

Assalamualaikum...




Pic from google.

Iowa: Seorang wanita memberitahu doktor dia membeli cacing pita menerusi Internet dan menelannya dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

Doktor itu begitu terkejut dengan tindakan pesakitnya hingga terpaksa menelefon pihak berkuasa kesihatan untuk meminta panduan.

Agensi memberitahu doktornya supaya menyuruh wanita itu mengeluarkan cacing itu dengan meminum ubat yang boleh membunuh parasit berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Awam Iowa, Dr Patricia Quinslisk mendedahkan perkara itu menerusi e-mel kepada pekerja kesihatan awam.
“Menelan cacing pita amat bahaya dan boleh memberi kesan sampingan, termasuk kematian, walaupun ia jarang berlaku. Mereka yang ingin menurunkan berat badan dinasihatkan supaya makan kurang kalori dan meningkatkan aktiviti fizikal,” katanya.
Artikel from email.



Korang berani..?? me..?? Tak berani dan tak hingin pun walaupun hati nak kurus.. jijik kot.. geli pun yer.. tak rela mak.. hahaha


Thursday, August 29, 2013

Bila Budak Nakal Mengusik

Assalamualaikum...


Sapa main jet kertas kat office bila free..?? free ke..?? Bosan la tuh..

Bila bos takde gini la wei.. kekadang gumpalan kertas singgah kat meja.. kekadangan goncangan screen komputer (selalu kena).. ngah syok2 tgk screen dia goncang.. hahaha

Sini ada sorang mat salleh yg suka mengusik.. mmg seronok ada org gini.. xde la asyik 'ketat muka jew' dah la kebanyakannya muka merah2.. bertambah ngan 'ketat muka' jadi mood pun spoil uols..

Ada yg jenis cam sombong berbenar.. cam la org nak bercakap sangat ngan dia khennn.. tak kuasa mak.. hahaha *penat tau bercakap cam itik ngan ayam nih*

Sakit2 kepala pun boleh gelak lg tgk kerenah kekawan.. nih semua sebab bos takde.. kahkah.. biasa dia kannn... faham2 la yer..

:)



*sajer nak berbicara.. walaupun xde apa pun.. hihi




Kenapa Trafik Menjunam Jatuh

Assalamualaikum...


Kenapa Trafik Menjunam Jatuh

Salah satunya adalah sebab


  • takde idea yg bernas/menarik pembaca blog
  • kekangan masa
  • tiada blogwalking
  • tiada pembaca setia
  • SEO blog tidak bagus
  • keyword blog tak panas.. sejuk jew eks
  • pembaca sudah bosan ngan entry2 merapu penulis..??
  • Mungkin sudah ramai pembaca menemui blog lagi hebat dari blog ini..?? pernah hebatkah??

Tau.. semuanya alasan kann.. kiki

So Apa cite korang mau baca dari blogger Mama Maman aka Yana *yg kuit ini*..???

Apapun mama akan cuba sedaya upaya update lg ok.. Sesungguhnya dikepala ini sakit sangat.. huwa.. berdenyut2.. tak menahan dia menyerang saraf2 kepala utk menyukarkan me utk berfikir dan menaksir.. *ini bukan alasan.. ini realiti*




Sendiri Itu Terapi

Assalamualaikum...




 

Ada orang tanya kenapa nama sendiri. Apa maksud Sendiri..

Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan?

Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. 

Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.

Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. 

SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.

Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.

Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.

Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.

Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan.

Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim…

Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang ‘hilang’. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.

Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah. 

Allah SWT berfirman:
“Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan” (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)

Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

..*Sendiri itu Terapi*..


Sumber: email.


Sepi itu Indah. :)


Wednesday, August 28, 2013

Mangga Haram..??

Assalamualaikum...

Semalam bercerita pasal mangga.. arini terbaca pasal mangga lak.. hehe..


Mungkin ramai yang tidak tahu, Jabatan Mufti Kedah Darul Aman telah agak lama menfatwakan bahawa Majalah Mangga terbitan Utusan Karya sebagai haram untuk dibaca dan dilihat.




Fatwa ini diputuskan melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 yang menjelaskan bahawa:
“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.”


Nih semua copy paste dr email..


Menjadi tanda tanya.. Benarkah diharamkan..?? kalu benar mama setuju benar.. mmg menyeksakan mata nak melihat pic retis dlm tuh.. kering2 dpt dosa.. tak tau la dari kering jadi basah lak..(org lain la.. ai xde la..) kahkah





Marigold Peel Fresh Mango

Assalamualaikum...

Ada tak sapa2 pernah menikmati air nih...???


Marigold Peel Fresh Manggo

Me belum lagi.. dan masih dalam proses mencari.. gitu

Nih semua gara2 permintaan tokma (ibu ai le tuh) yg nakkan Marigold Peel Fresh Manggo.. Nih salah satu barang kiriman beliau ketika me nak kuar beli barang dapur (masa tuh beli barang utk buka puasa- time blk raya aritu le) tp me terbeli perisa oren.. nmpk jenam Marigold Peel Fresh me sambar jew.. ambik yg botol 2liter terus... tp dia xsuka rupanya.. dia ckp yg perisa mangga je yg sedap.. adui..

Adik2 pun menyiakan kata2 tokma.. so sebelum balik ke puchong aritu me gi cari lagi tp mmg tak jumpa la.. me beli yg jenama lain tp perisa Manggo jugak.. harap2 dia suka la [kalu beli barang makan kat umah tuh jgn risau la.. kompom abis punya.. kiki.. ada budak2 {adik2 me} yg tengah membesar.. hilang sekejap jew.. tuh yg suka kaklong beli tuh.. hahaaha]

Sekarang dah cam jadi habit lak.. nampak Marigold Peel Fresh mesti meninjau perisa mangga.. ke sekarang dah tak kuar dah perisa tuh..?? atau mmg sedap sangat so semua orang sambar banyak2 perisa tuh... huhu 

bila nak dpt merasa nih..?? tolon.. tolon.. kiki (jadi masalah lak.. kahkah)










Tuesday, August 27, 2013

Aku Yang Dulu Bukanlah Sekarang

Assalamualaikum...


Tanya maman.. 'Ada x maman bercita2 nak jadi org kaya..??' dia leh jawap.. 'xde la.. maman nak jadi superman jew mama..' hhhmmmm....

Apa cer..




Ku yang dulu bukanlah ku sekarang
dulu ditendang sekarang ku disayang
dulu dulu dulu ku menderita
serang aku bahagia

Cita2 ku menjadi orang kaya
dulu ku susah sekarang Alhamdullilah
bersyukur pada maha kuasa
memberi jalan untukmu semua

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
mengejar cita2 paling mulia
membantu keluarga dirumah

Sekolah dulu ku tak punya biaya
terpaksa ku harus mencari nafkah
tetapi aku tak berputus asa
pasti kuasa yang memberi jalannya.


Copy paste kat youtube dan google (lirik)



Lagu fav maman ngan papa... hehe.. mama pun tumpang enjoy gak.. :)


Monday, August 26, 2013

Sebab tua..??

Assalamualaikum...

Sebab tua..?? nape title gitu... bukan nak jatuhkan atau nak menghina sesiapa ok.. semua dr kita akan tua.. so apa salahnya merasakan diri tua (wlpun masih umur 35thn) masih tuh tak menahan.. ahaks..

Entry nih berlanjutan disebabkan hormon tak berapa stabil.. buktinya entry pg tadi..  merapu jew kerja..

Tak tau nak cari dimana semangat (sering hilang) tp me tau me type tak suka buat kerja main2 kecuali mmg blur sesangat.. tp siapa kita nak FAHAM kan org yg kita nih type camner.. seumpama masuk bakul dan angkat sendiri lak kata org.. lgpun ckp camner pun bukan org nak dengar.. org akan nak menang ngan fakta dr akal dia sendiri kannn.. kan org nih byk pengalaman.. pui. (maafkan sy)

Semua org suka nak ANGKAT diri sendiri jugak.. kannn (semua mau idup khenn)

Sebab Tua

Adakah bila sampai suatu tahap kebosanan atau tahap otak sudah tak dpt nak menakul apa2 ilmu baru dalam kepala, adakah ini sudah tahap tua dah ke..?? (adakah me tua)

Sebelum ini me banyak buat kerja yg kiranya bg me agak mencabar.. so lama2 nak cari yg lg mencabar lak.. huhu.. cam bosan ditakuk lama.. nak upgrade diri (bagus apa)

Tp bila cam nmpk takleh nak faham/ikut/memahami ilmu atau type kerja lain dari biasa nih.. buat diri ini cam org takde apa2 lak.. Rasanya bukan tak boleh buat cuma masih lg lembap la.. lg2 dibandingkan ngan budak fresh graduate yg lg cepat faham dr makcik tua ini..

Patut la bila kita sampai umur terlebih nih.. nak tukar kerja baru pun sukar.. selalu kampeni taknak.. salah satunya alasan gini la kot.. lagipun xleh bagi gaji cam budak baru grad.. mesti up sikit gaji khenn.. itu satu hal.. tp rasanya korang fikir PATUT ke makcik tua nak dibandingkan ngan budak baru kuar dr uni.. kompom la otak pun berlainan kondision dia kannn.. aduhai.. lgpun makcik nih rasanya ada efek kot.. jg byk lupa lepas eksiden tuh dulu (adakah ini alasan terbaik..??)

Atau sebab ORANG TUA (me yer) nih tak cuba sedaya upaya buat sehabis baik.. Malas dah nak berhempas pulas nak memikir/mengingat benda2 banru nih.. aduhai.. tp bila dengar kwn yg menasihati me.. katanya 'utk bagus dlm industri nih makan masa.. atleast 5yrs baru terer ngan no articles dan kenal barang'



5Tahun..??

5hari seumpama panas bontot berhari2... lagi la 5tahun.. camner tu.. hehe

Salute ngan org yg boleh datang berkerja hari2 awal.. tak ambik any medical leave.. bertahun kerja wlpun tempat kerja jauh dari rumah.. kena kuar dr rumah kul 6.30pg.. what a life..?? for me not a live.

Lagi2 tempat kerja yg cam berjalan diatas bara api.. silap jew sure kena hentam (ok lagi dr kena buang.. kann) Kena beware ngan some people.. kena follow attitute mrk. omg

Susah nak hidup.. lg susah nak taknak hidup.

Some people nasihat.. jgn kerja terburu-buru.. Relax. Cool down. Jgn huruhara. Bila berserabut semua benda nampak salah.. semua benda kau tak dpt setel. Gitu lak..

Ada betulnya jugak.. serabut pun tak seseuai sebab bila kerja melibatkan nombor dan melibatkan department lain (penghantaran material).. nak2 lg org taknak buat banyak kerja.. memasing nak senang jew.. aduhai.. jiwa der..



Sabar. Banyakkan sabar.
















Entry Merapu Jap

Assalamualaikum...

Arini.. mata cam kena glue.. ngantuk amat.. huhu.. sedangkan tido kul 10.30-11.00mlm tuh.. tp sedar blik kul 2.30pg.. panas badan xleh nak ckp.. plus bercampur ngan gatal tekak ngan idung.. (sinus la nih) tak tahan bangun dan cari ubat.. telan sebijik baru rasa lega.

Nih gara2 menelan berbagai makanan la nih.. pagi2 telan satay (yg malam semalam punya.. tunggu satay masak pun kat sejam.. sampai2 kat meja.. anak dah telan roti telur.. kami dah masing2 ilang selera.. bungkus sajer) pastu ke kenduri kawin, pastu ke rumah office-mate papa yg baru lepas dpt baby dan paling jauh so far beraya.. ke klang gate (me ingat kat klang rupanya ke arah gombak sudah) dan ini juga rumah kenalan papa.. 

Letih badan seharian kat dlm keta jew... sampai2 tempat dituju makan.. makan dan makan.. macam2 jenis menu dpt merasa.. malam dah tak lalu makan dah.. MIL lak call suruh dtg umah.. ada makan kat rumah MIL.. huhu.. letih.. lastly papa ngan maman jew gi sana.. mama dah cari sofa betulkan urat.. kuikui

Pagi tadi masuk office ngan perasaan sebal (malas, letih, ngantuk dll) dan masa kena panggil pg td ngan technical manager.. (nih biasa la.. nak update keja apa kita buat.. progress katner dah.. siap ke belum kerja yg kat tangan) me blur2 jew jawap.. sudah nyer kena marah (in jerman langguange.. in english langguange) gamaknya slow kot makcik nih buat kerja.. huhu.. tak kuasa mak nak layan.. ANGGUK KEPALA DAN BERLALU.. letih la wei.. *teruk kan.. ai admit tp mmg teruk*

Tp yg bengkeknya.. dr last week lg dia dah tau me sepatutnya dah kekurangan kerja so harus la dia dah plan something else for this week... nih tak kasi so me buat slow2 la.. nnt takde kerja lg susah.. bosan dol xde kerja.. kata nak buat clarify ngan sales tp sampai sudah diam.. yg dia tau dia nak isikan ruangan kerja each person.. tak kira dah.. kerja dia setel dah.. diam.. huhu

Ada gak sini kann.. serabut wei.. kalu kita yg pandai buat kerja extra (without any planner by him) so dia bising2 gak.. apa ke hal..?? dah takde kerja.. camner wei.. stress gak kann

tah.. nih nak buat siap2 kerja.. nak letak atas meja dia.. pastu nak tgk apa action dia later.. huh.. serba tak kena la..





*terdengar sipi ada yg ckp mr B nak masuk poket.. yer ke..?? kerja malas tp mr B nak jer khennnnnn... i like..

So teka apakah mr B itu..?? kahkahakahkah.. kasi hints sikit.. org gomen dah dpt dah aritu masa raya.. kiki



Saturday, August 24, 2013

Kamera Canggih Di Smartphone

Assalamualaikum...


Me penguna blackberry.. rasanya dah guna dekat 2thn dah.. guna blackberry nih best.. dpt email, dpt facebook, dapat bbm (blackberry mesage) dan dpt download free wechat, wasap dan sebagainya la.. 

Kekurangannya hanyalah kamera yg tak berapa canggih.. xde flash that mean kalu xde cahaya (belah malam especially) xdpt la nak ambik gambar... xnampak apa la wei.. hehe

So ada la meroyan ngan papa.. nakkan kamera canggih.. tp budjet xde lebat.. ada la budjet bawah rm500.. hahaha.. mana nak dpt papa kata.. hhhmmmm

tp bila papa dpt email ttg pc fair nih.. apa lagi meroyan nak gi tgk.. hehe *adakah akan tgk sahaja.. we wait n we see*






Kalu tgk nih mmg rasa cam murah la uols kannn.. tp pastikah murah.. so kena terjah dulu yer.. hehe

Jom la kalu nak survey2.. bermula 23/8 until 25/8 kat KLCC (Kuala Lumpur Convention Centre) 

cam hot n spies jew kannnn... kiki





Friday, August 23, 2013

Income Nuffnang Blog Kita Bergerak2

Assalamualaikum...

Mama suka baca blog INI banyak ilmu yg kekadang tak terjangkau difikiran.. hehe..

Nih mama sharing utk kawan2 sedikit tips yg beliau share kat blog beliau.. nak lebih sila terjah sana tau.. Link beliau.. ---SILA KLIK LINK INI

Tips utk memastikan income blog kita bergerak.. hehe.. Jom sama2 ambik noted.

Bentuk Saiz dan Kedudukan Iklan Nuffnang

Tidak meletakkan kesemua bentuk, saiz dan jenis iklan Nuffnang dalam blog. Anda perlu letakkan ketiga-tiga bentuk iklan Nuffnang dalam blog anda. Ada 3 saiz banner disediakan, dan ketiga-tiga mesti diletakkan di tempat atau lokasi yang telah disarankan oleh Nuffnang, iaitu dekat dengan header blog (728x90); biasanya diletakkan di bawah atau atas header blog. Iklan sidebar perlu di bahagian atas sekali, dan saiz kekotak (300x250) perlu berada di antara entri atau di bawah setiap entri blog.

Cerita Mengenai Nuffnang

Sebagai salah seorang blogger yang gunakan khidmat Nuffnang, penting untuk anda berkongsi dan 'berkomunikasi' dengan Nuffnang. Anda perlu cerita mengenai Nuffnang di dalam blog anda. Anda patut sedar, Nuffnang boleh kesan kehadiran setiap trafik berdasarkan cerita dan tajuk entri blog anda. Kongsikan aktiviti yang dijalankan oleh Nuffnang, seperti kontes, giveaway mahupun gathering yang mereka jalankan.

Sering Update Akaun

Tips yang selalu blogger lama berikan, kena login ke akaun Nuffnang dan kemaskini akaun Nuffnang. Sesekali ubah setting pembolehubah untuk soal selidik dalam Nuffnang itu. Anda mesti aktif dengan akaun Nuffnang supaya mereka sedar kehadiran anda.

Maintain Trafik

Anda tidak perlu nak tingkatkan trafik ...naik, naik dan naik. Lebih mudah anda maintain trafik yang masuk ke blog anda. Jika naik, jangan nampak naik mendadak. Trafik yang maintain menunjukkan blog anda konsisten. Nuffnang suka dengan blog yang punyai trafik blog yang konsisten sebab mudah bagi mereka untuk berikan bonus iklan seperti CPUV dan juga Advertorial.

Jangan Sombong Dengan Nuffnang


Nuffnang ini dikendalikan oleh manusia, jadi mesra-mesrakan diri anda sebagai blogger dengan warga kerja Nuffnang ini. Sertai aktiviti atau paling tidak, anda sentiasa lawati blog mereka dan tinggalkan komen anda. Ada kontes atau giveaway dianjurkan, tunjukkan sokongan anda. Tak masuk tak mengapa, tapi boleh komen atau kongsikan informasi tersebut di blog anda. Sering beri tiket atau bertanya pada mereka mana-mana bab dalam Nuffnang yang anda kurang faham.


Cukup dah sebab yang saya berikan untuk tahu mengapa dan kenapa income Nuffnang sesetengah blogger tak naik-naik atau tidak bergerak. Saya pasti ramai blogger yang dah dapat income mencanak dari Nuffnang akan setuju dengan entri ini.


Kepada yang merasakan income tak ganjak, cubalah tips dan panduan yang telah saya berikan ini. In Sha Allah, akan ada perubahan pada pendapatan Nuffnang anda.



Sumber : COPY N PASTE

Pertanyaan | Nak halau dia dari kami.. tak suka dia sgt

Assalamualaikum...

Daku nak buat pengakuan.. Daku mmg Pemalas..!!

Bila perubahan yg kecil berlaku.. maka hubbyku berasa pelik.. kiki

Apa yg pelik..??

Balik kerja boleh lg daku mengemop rumah (selalunya hari minggu tuh pun kekadang..- penat alasanku.. ahaks) mengemop lak dua tiga kali semalam (belah malam jew pun ada kat umah)

Skrg sambil2 tgk tv tangan daku bergerak melipat kain baju.. - Dulu hari minggu jugak buat.. kiki

Skrg sambil2 mencari sepit rambut yg jatuh kat bawah sofa.. daku boleh pegang penyapu dan menyapu... kiki

Skrg pantang nmpk benda2 berterabur... daku ambik plastik dan masukkan dlmnya.. daku letak kat depan pintu tandanya utk dibuang..

Kain baju takde yg berselerak (katanya)

Pintu semua bertutup (selalu ternganga jew.. kiki)

Dia kata.. mama sekarang pelik la maman.. maman perasan tak..?? (dia tanya anak..)

Anak geleng kepala jew..




Nape perubahan drastik ini..?? Ada la puncanya..












Puncanya ini...


dia
*pinjam pic dr google*


Suatu hari tuh.. balik kerja.. nmpk dia berlari2.. omg.. mmg menyakitkan hati ok.. lagi2 ada kesan gigitannya kat pintu bilik stor ai.. kompom dia tertarik lg debom tgk bilik stor ai dah cantik kannnn... bengkek ari ini tau..

Rasanya sebab kami tinggalkan umah dekat seminggu aritu kot (raya tuh) lagipun jiran daku selalu takde umah.. mesti dia mencari ruang dan peluang nak menyelongkar umah daku kannn...

Bengkek ok..

Usahasama kami diperlukan.. ubat cikti dicari.. papa beli yg dalam tin tuh (cam glue gitu) masalahnya kuat benar baunya.. sampai semput mak tau.. huhu

Gamaknya bau kuat itu menghalaunya kot.. bagus la jugak... atau ada sebarang cadangan dari korang yg maybe lg berpegalaman lagi daku... please.. please share with me.. amat2 memerlukan sesangat... tak tahan dah nih


Pelik tak enrty daku hari ini..?? tolong doakan yg baik2 sajer ok.



Thursday, August 22, 2013

Kerana gilakan manik aku dimarahi

Assalamualaikum...


Ku mmg gila manik.. Pantang kalu jahit manik kat baju mesti nak buat jahitan yg berbeza dan pasti la ku kan kasi alasan manik xde yg sesuai, kaler xkena la.. Kompom kena pegi beli manik lagi.. kiki

Bukan sekadar beli malah teringin nak beli satu kedai manik tuh semua.. Kahkah.. Pastu balik masukkan dalam bekas plastik and susun cantik2.. seronok bukan main.. mengalahkan anak nih..

Senyum meleret sampai termimpi2 kan manik.. Kahkah

Disebabkan kegilaan ku ini papa bising dan marah.. Katanya me membazir.. Dia xfaham nape suka benar beli manik.. Kalu beli bukan satu dua manik malah sebanyak boleh dicapai ‎​ok.. Kiki.. me bad.. huhu

Membazir amalan setan.. tp buat jugak





Tapi.. tapi..

-manik kan xbasi..

-manik kan sentiasa perlu utk me sebagai penjahit manik.. (poyo disitu)

entry ini mengenai bini vs laki


bini vs laki (bukan niat nak menderhaka.. lalalala)


Sama jugak la bila time dia sibuk nak beli batang badminton aka reket badminton.. Me pun bising jugak..

Apa ke hal sampai beratus sebatang reket.. Nak pulak banyak batang lak tuh.. Apa xleh guna satu batang jew ke masa main..?? Nak kena tukar lak tuh.. Huh.. Membazir ‎​Oк.. Lagi2 ngan shutter asyik nak kena beli.. Shutter dua tiga kali games dah kena tukar.. Aduhai mmg membazir la.. (wanita yg baca nih sila sokong mama.. hahaha)

Tapi sejak hubby rajin main babnminton.. kurus la sikit badan tuh.. kiki.. bagus gak la kannn.. so kami berkompromi.. papa ngan minatnya berbadminton dan mama ngan minat me bermanik.. baru aman... (siap la kalu dia berani marah2.. nnt mama jahit baju kerja dia ngan labuci.. baru dia gerun kot... kahkah.. NEKAD nampak..?? hahaha.. gurau jew.)

Akhir kata..


Cantik apa jahitan manik ai nih... kannnn
{tutorial jahitan baju ini ada kat LINK INI

Entry masuk bakul dan angkat sendiri.. gitu.
Nampak sgt kekeringan idea.. huhu




Wednesday, August 21, 2013

WW | Kenangan Raya Kami

Assalamualaikum...

Jelez tgk pic raya kawan2.. meriah2 dan cantik.. hehe..

Kitaorg takde ambik pic perfamily pun.. jadi me (ngan kreatifnya) crop muka2 kami sefamily dr gambar yg ramai2.. jadi la kannn.. kahkah

Nasib baik kami (sefamily- mama, papa dan maman) dok dekat2.. kalu jauh2 kompom cut n paste lak jadinya.. hahaha.. jadi la pulak pic yg dah kena edit.. haha






Nak juga eks.. hahaha




For cik Anon.. Pasal Pertanyaan Manik Crystal

Assalamualaikum...

Ada cik anon bertanyakan ttg manik cystal kat entry INI.. lama dah dia tanya.. baru harini me reply atau jawap..

pastu baru terfikir.. adakah dia akan baca balik entry tuh utk mengertahui jawapan me..??


So cara terbaik (yg dpt diri ini fikir) ialah buat entry so jika dia betul2 my silent reader insyaallah dia akan terbaca entry nih.. kannn..

Bab silent reader tuh mengujakan (buat me.. please jgn label me poyo) sebabnya tak sangka ada silent reader uols.. kiki.. thank alot buat yg jadi silent reader.. me appreaciate it.. cam dah menang award uols.. sengal eks.. kahkah

:p




Tuesday, August 20, 2013

Untung bagi yg letakkan LINK, rugi bagi yg tak letak LINK

Assalamualaikum...


Harini jiwa memberontak.. almaklum semalam puas tido (kan mc semalam) puas2 pun takde la kerja membuta jew.. atleast me dpt bangkit dr perbaringan dalam kul 9pg.. hehe.. ok apa..

So otak lapang walaupun perut mendidih.. harini lak kerja cam takde hari esok.. huhu.. stress gak nak dilayan.. mata mengantuk.. jiwa kosong (dasar pemalas gini arr)

Buat entry pun sendu menyendu so me layan blogwalking.. kalu blogwalking selalu sini la tempat terjahnya.. hehe



Makanya sapa2 yg tak letak LINK dia kat situ.. so rugi la anda.. kiki.. [poyo je eks]

So ambik tips dari mama nih tau.. jumpa jew sebenda seperti ini.. makanya rajin2 kan tinggalkan link anda.. insyaallah ada jew BACKLINK utk kita, SEO ke atau TRAFIC blog meningkat.. hehe.. usaha itu penting.. kiki

Lagi besh jika la entry kita dpt sambutan ramai (entry besh la tuh) so LINK kita pulak di masukkan dalam bloglist blog diorang.. kann.. untung berganda2 tuh.. hehe


Kehidupan

Assalamualaikum...

Salur galur kehidupan.. sukar menaksir erti kehidupan.. misteri.


Hidup dalam kalangan orang2 yg bahagia melalaikan sesetengah org utk benar2 memilih calon suaminya, positif thinking yg calon suaminya akan berubah selepas bernikah dan selepas memegang tanggungjawab..


Ada yg beruntung sebab impian dan harapan calon suaminya yg berjanji utk berubah benar2 mengotakan janji malah berubah sebaik2 umat. Untung wanita itu..


Tp jika yg masih belum nak berubah, belum ada gaya nak berubah wlpun anak berderet.. Umur sudah masuk 4series tp makin menjadi2.. Camner lak tuh..??


Ada kisah yg menjadikan diri tersentak.. Dia (teman) hidup dr kecik dalam keadaan yg ayahnya cukup baik dan sayanginya tp hanya seketika sebab ayahnya lebih dahulu dipanggil ilahi.. Hidupnya dibiarkan tanpa kasih sayang, tanpa perhatian, tanpa kewangan dr ibunya.. Seakan benci pada anak2.. satu beban mungkin.


Satu kejutan buatku sebab selama kenal dia.. dia cukup ceria.. xnmpk garis duka.. siapa kita yg boleh menbaca hati org.. dia cukup bijak menyembunyikan rasa hati [aku pun berdoa agar boleh jadi setabah dia.. huhu]


Kehidupan yg sukar membuatkan dia amat detail memilih lelaki sebagai suaminya sedetail2nya sebab dia xnak jadi insan kedua (spt ibunya.. Ibunya bernikah ngan ayahnya sebab utk melepaskan diri dr belenggu kemiskinan.. Tiada cinta diawal perkahwinan dan sampai la diakhir hayat suaminya--- minta dijauhkan buat sesiapa pun) 

Alhamdulillah suaminya boleh dikatakan penyayang dan dia sebaik mungkin cuba menjadi isteri terbaik dan penyayang pada anak2nya.. Moga dia tabah yg tuhan. amin.



Kita tau sebenci2nya ibu.. Ibu tetap ibu.. so sebagai kawan pastinya nasihat yg terbaik aku cuba sampaikan.. xnak dia menjadi anak derhaka.. minta dijauhkan ya tuhan.. dan minta dibukakan pintu hati ibunya utk menyayangi semua anak2nya.. 


Bukan nak membuka aib sesiapa.. cuma perhayatan erti kehidupan.. bagi yg berbahagia.. alhamdulillah.. bg masih menghadapi kekangan kebencian dan penghinaan.. bersabar la sayang.. Allah syg pada umatnya yg sabar dan ikhlas. Insyaallah.



Benci dengan lelaki yg kununnya nak mendidik isteri dengan sepak terajang dan mungkin cacian.. nak2 perbuatan itu didepan zuriat sendiri.. 

Apa dimanakah akal dia.. dilututkah..??



detail SINI [bg yg nak memahami kenapa hati ini sebak dan mengapa entry ini diutarakan disini]


Mengoda

Assalamualaikum...

Walaupun penyakit lepas raya masih lg ada.. tp perasaan tergoda takleh nak tahan.. huhu [dasar eks]



sapa tak tergoda.. menyelerakan wlpun pagi2 lagi dihidangkan mknn sebegini.. hehe


Makanan ditaja sepenuhnya dr michal (kwn office.. yg dimasak oleh wifenya..) sedap hingga menjilat jari.. kiki.. sedangkan kat perut berombak2 tak hengat nih.. sabar jew la perut.. dpt tuan perut yg bukan reti disaman nih.. kiki





Monday, August 19, 2013

Penyakit Lepas Raya

Assalamualaikum...


Hari sabtu dan ahad beraya reramai belah famili hubby... makan dan makan plus melaram baju raya (baju raya la sgt) smpi xsedar berat badan bertingkat2 naik... :-) 


Malam tadi.. dok jadi keja berulang ke bilik air.. muntah dua kali.. penat menengek kat tmpt duduk (dlm bilik air) seksa yg amat... peluh merenjek2 (tak pasti betul tak ejaan.. apakukesah)


Setengah jam sekali perut memulas2.. mata takleh buka tp kaki bergerak gak ke bilik air.. cam nak tidur kat citu dah... huhu


Padan muka... tak pasal2 mc arini (tp smpi sekarang tak mampu nak berdiri lurus.. senak2 tak abis lg so kena tunggu hubby blk keja br gi klinik... so buat masa sekarang menahan sakit sambil berkawan baik ngan bilik air... masuk benda sikit pun dah menyeksa lg perut... huhu


 Salah sendiri.. disebabkan kununnya tak mo perut buncit menyerlah esok ari.. so telan dua ubat/suplimen diyakini boleh membuatkan diri ini akan membuang bahan2 simpanan ini... kunun.. dahnya jadi cam perut terbakar dah.. aduh.. gamaknya bergaduh kot depa.. haha


So korang jgn cuba2 follow experimen mama ya.. hadap jew perut buncit tuh sambil gosok2 dan geleng kepala.. haha






 berempat sedondon wlpun xder berjanji nak sedondonkan mereka...so sweet










Saturday, August 17, 2013

Cerita Raya Kami

Assalamualaikum...

Mood me utk menaip/bercerita kat blog rasanya bak hanyut dilautan.. xde mood sungguh.. lagi2 nak bercerita pasal raya kami.. bukan apa.. raya kami biasa2 jew.. mungkin bagi org lain xde seronok mana beraya kat kg.. tp bagi me.. seronok beronok sesangat.. sebab utamanya ialah dpt bersama2 berkumpul ramai2 ngan adik adik dan anak anak buah.. lagi2 jumpa ibu bapa tercinta.. tak tergambar seronoknya guane.. hehe

Nak tepek pic pun rasanya bukan la pic terbaik sgt pun utk ditatap.. kiki.. tah la.. rasa cam tak mau nak bercerita sgt.. [hati sering menolak utk bercerita.. akal sering menyatakan.. xde sapa nak baca pun.. buat apa cite]

Adakah diri ini disampuk dek jin utk tidak mengupdate blog..?? Adakah benar apa yg ada difikiran..?? Misteri sekali rasanya.. hhhuuuu

So setakat ini biar ajer entry Link preview Raya Kami mengisahkan raya kami.. biar sajer.. 

Lagipun ada perpatah berkata.. 'only picture can explain everything' betul dok..?? hehe


Friday, August 16, 2013

Duit Terselit

Assalamualaikum...


Apabila musim perayaan macam Aidilfitri nih memang pakai duit banyak.. seawal2 puasa lagi duit laju cam paip bocor.. huhu.. wlpun bulan puasa tuh me tak gi ari2 ke pasar ramadhan (kalu sekali abis dekat rm20.. kalu ari2 camner.. korang pandai2 la kira.. huhu)

Yang dikatakan duit banyak kuar sebenarnya pada perbelanjaan baju raya (beli baju raya anak dalam bulan ramadhan), kuih muih dan yg pastinya duit raya utk kanak2.. hehe.. dan me tiap2 tahun (insyaallah) akan kasi duit raya gak buat orang yg lebih berusia like mil, fil, tokma, tok abah, nenek tokma & nenek tok abah... takde la kasi banyak cuma sekadar tanda ingatan dan terima kasih buat mereka.. tanpa mereka siapa la kita.. lagipun raya nih kita kan nak seronok-seronok.. hehe

Bila lepas raya, waktu nih la yg peritnya (time raya seronok bukan main eks). Alhamdulillah berkat berjimat (me budjet awal2 lagi kalu bab duit raya tuh..) dan dari duit selit-selit nih dapat la rasanya bernyawa wlpun kekadang rasa nak pengsan gak.. hahaha... sebabnya tak target utk servis keta lepas balik dari bercuti.. tp bila sampai waktunya so kena gak la servis (sayang keta ooooiii.. hehehe)

pic dr google.


Kaedah menyelit duit nih dah lama dah buat.. kahkah... tp kes yg paling selalu terjadi ialah selalu lupa selit katne.. kiki.. mmg haru uols.. Ada me selit kat dompet (buat tak ingat2 la karang abis gak), ada gak selit kat beg yg berzip.. dan mana2 yg rasanya selamat.. kiki

Pagi td tergerak hati utk buka buku nota. Buku nota nih me tulis/catat apa tiap2 hari me buat bg setiap projek me handle.. kira cam nota sementara bg mengingat utk isi timesheet keja.. hehe.. tuh buku nota lama uols.. hehe.. dlm tuh ada gak la cotetan benda penting2.. me mencari tarikh2 berday kami satu family.. hehe.. belek punya belek ternampak duit.. ooohhh... rupanya me selit duit kat situ rupanya.. tak ingat langsung tau..:p

Alhamdulillah tak hilang sebab buku nota tuh mama mmg letak dalam almari kat office nih.. kekadang kunci kekadang lupa kunci.. rezeki uols.. ngah kering2 nih harus la me guna.. kannn

Ingat nak kecek2 maman utk pinjam duit raya dia.. dia xkasi.. dia suruh mama masukkan dalam bank duit dia...huhu.. nnt mama ganti la balik.. lambat lg nih gaji.. kannn (nmpk sgt terdesak mama dia nih.. huhu)



Misteri Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum...





1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu


2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman


3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA

sumber: fb


Merindui Saat Kami Bersama

Assalamualaikum...

Rindu ngan gossip kami anak beranak.. haha.. rindu to tokma.. happy berday tokma semalam.. miss u like crazy (rasanya kalu tokma baca kompom tokma malu.. kiki)

Rindu ngan anak buat yg keletah.. rindu ngan iffah yg tiba2 datang dekat me dan ckp.. 'yong..yong.. yak' (semua panggil me moklong  tp dia tak reti sebut betul2 lg.. br dua tahun lebih pun.. )

Yg tak menahan tuh dia boleh dtg mengadu dia berak.. aduhai.. nasib moklong dia bijak.. suruh dia cari ummi dia.. moklong dah pencen basuh berak.. kahkah..

Ada sekali tuh ngah lepak2 bergossip kat depan rumah.. tiba2 dia (iffah) dtg dan hulur tudung kat me.. eh.. nmpk sgt me kepala gonjeng (tak pakai tudung) sedangkan semua org pakai tudung.. hehe.. malu jap ngan budak tecit tuh.. hehe

Lagi sekali waktu tuh lepas magrib kot.. me tertidur kat kerusi ruang tamu.. tiba2 dia datang kejutkan me.. yg kelakarnya dia tak ckp apa.. cuma buat isyarat like.. lambai2 tangan dan tunjuk ke arah dapur.. hehe.. gamaknya panggil me ke dapur sebab semua org ada kat dapur.. kiki.. bijak sungguh.. geram dan rindu ngan dia.. huhu

Rindu ngan senyum manis dan keletah memasing menjahanamkan buai kat umah pakcik kami.. kiki


syaza, iffah, ezzah, iffa & maman berserta ngan moksu dan makyah

time nih raya kedua.. tema mereka pink dan biru.. kiki

Yg belum boleh naik buai tuh darwisy jew.. darwisy kecik lagi br 4bulan.. kalu x lg meriah2.. hehe


Disini kita ketawa.. disana (Mesir) mereka derita.. sama2 doakan kejayaan buat umat islam sejagat.. Jauhkan kesengsaraan dan penderitaan buat umat islam sedunia. amin.


Thursday, August 15, 2013

Aplikasi Cymera di Tablet Samsung

Assalamualaikum...

Satu aplikasi yg besh.. sebab boleh edit pic.. suka sgt.. nih pun baru tau sebab tengok adik dok mengedit pic kat tablet dia.. hahaha.. so harus la follow install kat tablet sendiri.. hewhew

install kat google play.. free jew.. :) [nih bagi yg nak tau lebih detail --- klik SINI]





nih percubaan pertama ai.. kiki.. time nih beraya pada syawal ke dua.. 

sesajer nak edit2.. kiki


Sapa2 nak cuba boleh jew install.. kiki



Nmpk sgt takde idea eks.. asal boleh jew update blog.. kiki






Preview : Raya Kami

Assalamualaikum...

Tak tau nak cite apa.. sebab terlalu sarat cite utk diceritakan.. gitu.. kiki

Apa2 hal.. tepek sekeping buat tatapan mata kalian.. 

Kami beraya

Beraya style kami yg sederhana.. tp masih tak cukup korum.. adik kedua yg janji sampai tengahari tak sampai2.. dah dekat magrib baru sampai.. apa barang nak bergambar lg.. hehe

Pastu ilang sorang yg jadi tukang ambik gambar.. haha

Apa2 pun peace..!!!



Wednesday, August 14, 2013

Projek Lepas Raya

Assalamualaikum...

Raya balik sini awal.. so ari senin kami masih bercuti.. Mmg penat sebab menempuh jem panjang.. tp ari senin tuh kuatkan semangat.. kuar awal2 utk servis kereta.. dah smpi waktunya utk servis wlpun poket kosong.. nak buat camner.. karang kita gak susah bila dia rosak kann.. huhu

lepas antar keta, balik umah dulu.. memesin kain dan berjemur kain.. sambil2 tuh ai ajak papa ke puchong utama.. nak survey rak besi.. pernah merapu kat Entry INI.. kiki. tak sangka dia layan.. so bukan sekadar survey jew la.. terus beli.. kiki..

Balik terus pasang dan terus kemas stor.. cam ada tenaga extra (bateri enegazel ok) abis2 dalam kul 1ptg.. dpt call dr pusat servis keta.. keta sudah siap servis.. berlari mandi dan gi ambik keta.. lepak2 umah mil jap.. balik dan masing pengsan.. penat doo tp me happy sebab dah kemas dah stor kita.. kiki






Nak kata kemas sgt.. xde la janji ada la ruang utk berjalan dlm tuh.. dan ada ruang lg utk masukkan apa yg patut dlm tuh.. hahaha


Tak smpai malam.. lg 'kemas' sebab si anak buat projek 'mengemas' mainan dia.. habis punah harapan nak tgk stor tuh semengah.. anak.. anak.. ponat mama tau..

Tuesday, August 13, 2013

Kisah blog yg menyepi

Assalamualaikum...

Orang sibuk update pasal raya kita sibuk pasal blog menyepi.. kununnnnnn.. kahkah.. nampak sgt xde idea.. huh.. sebenarnya banyak pic raya kat tab (byk tuh xbyk sgt.. yg bergegar byk dr yg elok.. kiki)

so raya2 punya cite kita kiv dulu.. kay!!



Mood mmg dah hilang sejak akhir-akhir puasa.. kunun mood beraya.. tp bersambung2 sampai la lepas raya.. kiki

Tak tau nape.. cam malas nak publishkan komen2 yg ada... maybe ada yg perasan.. skrg me jarang2 jew reply komen.. bukan xnak reply tp masa terhad sgt.. huhu.. ada masanya me tak publish komen tp me gi blogwalking kat blog korang yg datang... jgn ingat me tak terjah ok..

So utk publishkan komen tuh. biar tunggu byk2 sikit la.. [nape mood dtg begini.. sendiri xtau]


Tgk la trafik blog ini time raya aritu.. sendu.. sesendu dihari raya.. kiki.. jgn ingat raya mama sendu lak.. meriah ok.. cuma rasanya ramai kot yg bercuti utk berblog time raya nih.. line tipon dan tenet kat kg mama sungguh2 hazab.. so faham2 la yer.. almaklum kampung kita jauh dipendalaman.. :)

Nak update susah.. nak baca blog pun susah.. lg2 la seumpamanya.. kiki

So lepas raya korang pun sama2 cargas la update blog yer.. rindu nak membaca entry korang.. :)





Hari Pertama Kerja Selepas Beraya

Assalamualaikum...

Mata cam kena gam, mood merundum xleh nak ckp.. Perut sendat xreti nak mengempis sendiri.. lagi pedih bila kwn2 sekulit masih lg bercuti.. nape la xplan sama2 masuk kerja hari sama.. deng bosan... 

kepala xyah cite arr.. blur jew (cam ari2 tak blur.. ahaks) So arini bertabahlah hati, mood, kepala, dan sebagainya.. ikhlaskan jiwa utk bekerja.. kiki..

pg tadi xde keta bersusun bikin hati tenang.. :p

sampai2 sajer2 bersnap pic kat keta org.. hahaha
[tudung beli time iftar @ The Mines.. baru berkesempatan pakai.. kiki.. i like butterfly]


first kopi utk ari ini

gigitan pagi 

Yesss.. hati takde besh tp cuba bikin besh.. so korang besh x..??





Cite pasal raya..?? Nnt2 la dulu.. td pun termenung nak ingat password... hahaha..


Saturday, August 10, 2013

Berkualitikah Trafik Blog Mama Yana..??

[Schedule Entry]


Assalamualaikum...

Sajer suka2 type kat google.. 'trafik mama yana blog' namapun suka2.. so suka2 la type.. hahaha.. kuar2 yg pertama-tama sekali (kalu cikgu bm baca mesti mengelengkan kepala kannn) kuar 'Suka Duka Mama Yana: Aku mmg Gila trafik - So What..??' me terkejut sebenarnya..

Nape terkejut.. sebab daringnya tajuk ai kasi kat entry tuh.. hahaha.. zaman2 tak sedar diri gamaknya tuh.. check2 rupanya ai follow satu segmen dari Abang Ben kita.. hahaha.. 

Boleh tahan gak la sengalnya diri ini.. kiki.. 

Gamaknya ramai kenal blog nih pun dr segmen tuh kot eks.. hehe.. Tuh untungnya follow segmen.. skrg tak sempat nak bersegmen2 dah.. tuh gamaknya trafik blog me pun mendatar jew.. hehe





Rasanya2 time raya2 gini makin terus zero kot trafik blog mama.. hehe



Thursday, August 8, 2013

Dendang Perantau

Assalamualaikum...




Jiwa sayu mengenangkan ibu bapa dan keluarga.. layannnn

Yg pasti tuan blog masih lg bercuti.. entry schedule.. hehe

Wednesday, August 7, 2013

Salam Lebaran

Assalamualaikum...

Kemungkinan tuan blog sudah beraya dikg.. makanya tinggalkan kad ucapan penganti diri.



Harap dpt bertemu lagi yer.. :)

Doakan kami selamat sampai dan pulang kembali disini menyambung episod mencari rezeki.. hehe



Tuesday, August 6, 2013

Iftar @The Mines

Assalamualaikum...

Iftar kali ke tiga sepanjang bulan ramadhan tahun ini kat luar..yg lain2 selebihnya kat umah atau umah mil jew..

First kat Serai ngan kawan pejabat lama, kali kedua ngan kwn2 office papa (but me tak upkan entry pasal.. xde pic uols.. malu nak jadi tipe blogger hebat.. hahaha) dan kali ketiga nih kat Pizza San Fransisco @ The Mines.. dekat ngan office sajer.. senang nak balik.. lagipun ngan kawan sama kerja.. :)

Tahun lepas meriah.. Iftar kat Alicafe Tiga Rasa meriah2 sebab ramai2.. tahun nih tinggal dua org je.. apa pun tak boleh eks.. hehe.. tp seronok gak.. sebab lepas booking table dan order makanan.. kami berwindow shopping dan cam biasa.. terbeli la.. ai terbeli tudung.. sedangkan teman ai yg mencari tudung raya.. hahaha.. fail eks..

kwn kita order pasta Ireland chicken
dap dgt.. :)

kita order pasta spagetti meat ball
tp meatball dlm pic menu lg besar berbanding ai dpt.. huhuhu

tp sedap gak arr..

hehe

bersyukur eks.. itu jew rezeki kita..


air lak sama2 order Honey Milk Tea

takde la besh mana.. air tuh cam cair jew.. xpower arrr.. kiki

tiramisu for desert (pic ambik dr google)

masa sampai desert nih ai dah lupa nak snap apa dah... berborak (wlpun dua org jew) tak sedar dunia.. kiki.. that girl power.. hahaha




Abis sudah kisah makan2.. balik umah ambik anak (hubby pun buka kat luar semalam) usai mandi dan solat.. ai kejanya mengemas kain baju.. cargass.. hehehe

Tak sabar nak pulang ke kampung halaman.. rindu penuh didada.. kiki.. balik nnt lepas berbuka angkat beg dan jalan.. hehe.. kot2 hubby ajak berbuka dijalanan jew nnt.. hhhmmm.. ai follow jew.. kannn


;P



Hari ini kerja dalam hati xde benda selain sarat ngan rindu.. dalam kepala dah bersirat2 ngan wajah2 ibunda dan keluarga kat kampung, jiwa hilang dan xyah kata apa la.. ai xde mood sgt.. buat kerja sekadar nak siapkan apa yg patut jew.. kalu xsiap pun next week jugak la sambung.. hahaha.. bertabah la hati.. :D




Monday, August 5, 2013

Isteri Mithali Berjiwa Harimau Handalan Untuk Suami

Assalamualaikum...

Cuba korang baca kat bawah nih... hehe


Suami Isteri - Isteri Mithali Berjiwa Harimau Handalan Untuk Suami


Kasih sayang dan cara menerjah cinta terhadap suami memang ada pelbagai cara dan semestinya ia wajib unik dan menguja minda seseorang lelaki. Bukan saja menunjukkan isteri seorang yang penyayang dan caring, tetapi semangat harimau handalan dan sabun ekonomi handalan juga terperap dalam jiwa sanubari. So sempena ramadan ni, aku bawakan satu iklan isteri mithali berjiwa harimau handalan.









Sumber : email.


Kiki.. kelakar tau tp ada benarnya.. me ingat kalu masak ayam bermadu kat umah nnt me nak letak banting cam tuh gak arrrr... hehehe.. rasakan kuasa harimau handalan ai.. (sedangkan dok guna dynamo ari2.. kiki)

Ada ku kesah..!!






Dugaan di hari Isnin

Assalamualaikum...

Sesal datang kerja arini.. huhu.. bukan salah kita 100% tp kena gak la jelingan manja dr bos.. pastu cara dia ckp tuh dia tak puas hati.. camner la nak puashati jika dia pun buat bodo masa ai push dia checking my document.. nak antar ari jumaat tp dia yg buat delay.. stress di pagi ari isnin.. dah tuh bising ckp 'so suliana on long leave on weekend.. so some delay should be.. gooddie' ada org dr jerman (katanya ada pengalaman) tp takleh nak tolong buat apa dtg malaysia.. huhu..

org lain dah bercuti awal dr ai ok.. dah la bukan muslim pun.. dia yg lg lama cuti dr ai.. takde lak dia bising2.. pilih kasih atau pilih kulit.. sabar jew la..

Dah.. pepagi dok berkokok tak puashati.. kita cite lak benda2 yg mengumbirakan hati.. :)




My BE for July.. banyak gak kalu dpt nih nnt.. hehehe.. so kita HAPPY.. hahaha

Sabar jew la nak tunggu hari esok hari.. esok malam baru bertolak pulang ke kampung halaman... huhu.. Sesal tak ambik cuti awal tp sayang gak cuti kalu sekadar cuti sajer2.. kann


Selamat bekerja bg yg masih bekerja dan selamat bercuti bg yg cuti awal... :)



*Kami ambik cuti lewat sebab sayang anak sekolah.. tgk2 sekolah lak cuti awal.. huhu.. nak tukar tarikh cuti sukar so hadap jew la kannn.. *



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...